Novel : C.I.N.T.A 5

Dania Syakira
http://www.niakyra_93@yahoo.com

Hatiku resah.Kenapalah Balqis minta cuti tiga hari pulak?Macam mana kalau aku rindu pada dia nanti.Alamatnya….demam rindulah aku nanti.Minta cuti sampai tiga hari,rasanya mesti macam tiga tahun.Huh….aku baru je nak hepi sebab dapat jumpa dengan Qis di syarikat papaku ni,dia nak minta cuti pulak.Kalau aku bagi cuti pada dia nanti,aku takut aku merana,tapi kalau aku tak beri cuti padanya….silap-silap hari bulan,dia hantar surat berhenti kerja pulak kat aku…alahai!!!Tapi aku kenalah beri kebenaran cuti kat dia sebab dia pun ada famili jugak kat kampung.Nak tak nak,aku kenalah beri cuti pada Qis…Tiga hari pun,tiga harilah Qis!!!Layan….

Tut…Tut……telefon pejabatku berdering…aku menekan butang interkom…
“Ye Qis!!!Ada apa-apa ker???,”.Aku tersengih…memang sah aku angau gila kat si Qis ni.
“Ye bos…!Hari ni bos ada meeting dengan lembaga pengarah Mega Jaya Holding mengenai tender baru di Kedah.. ,”lembut aje suara Qis ni pada pendengaranku.Hisy…..meeting???,Potong line betul!!Aku baru aje nak ajak Qis lunch dengan aku hari ni.Sudah tiga hari aku kerja disini tapi tak pernah keluar lunch dengan Qis..tapi….
“Ok Qis!!Terima kasih!Qis…petang ni kita keluar minum petang sama-sama eh….????Lepas tu saya hantar awak balik…ok?,”.Timbul idea bernas dari otakku…kadang-kadang otak aku ni boleh pakai juga…memang patut pun budak-budak sekolah aku panggil aku Jimmy Neutron Malaysia…hehehe
“Bos…minta maaflah bos…hari ni saya puasa..,”.
“Ha?Puasa?Puasa ganti ker?,”.Gulp…hisy mulut aku ni…main hentam keluar je ayat…tak sempat nak susun…
“Upstt…sori Qis…esok boleh tak Qis??,”.
“Esok pun mungkin saya puasa,”.Si Balqis ni!!Puasa le hari lain…
“Lusa??,”.Aku masih belum mengalah.Chaiyok Kim!!!!!!
“Tengoklah dulu…,”.HIsy!!!!Kalau Qis nak puasa jugak…Kim doakan Qis ‘cuti’ time tu.Tak payah puasa…kan senang..Hahahaha,jahatnya aku!!!Kalau dengar Si Qis ni…alamatnya aku lembiklah nanti!!!!
“Tak perlah Qis!!Lain kali eh!!!,”.Sedihnya aku..
“Saya letak telefon dululah bos…,”.
“Kejap!!!!!!!,”.
“Kenapa bos???,”.
“Jangan la panggil Kim bos,call Kim jer!!,”.Entah berapa kali aku pesan kat Qis ni….dah kering air liur aku.
“Maaf….saya rasa kat ofis,saya kena hormat bos.Nanti apa pula kata pekerja lain,”.
“Emmmm……..,”.Bertambah sedihnya aku……
———————-

Kurang asam betullah bos aku tu!!!!!!!Suka hati akulah nak puasa apa pun..!!…tapi…aku bukannya puasa pun hari,saja ja aku bagi alasan macam tu sebab aku malasssssssss nak lunch dengan dia…macam gatal jer…gedik!!
Aisyy…lupa pulak aku nak tanya bos aku pasal cuti….agaknya cuti aku tu diluluskan ke tak?Kalau dia tak luluskan,jangan harap aku nak tengok muka dia lagi.Huh!!!!!!
Baru aje aku kutuk,Hakim keluar dari biliknya.Huh,tak habis-habis dengan cermin mata hitam dia tu….kalau pakai cermin mata pink tak pelah jugak becoz pink tu warna kesukaanku.Ah!!!Lantaklah!!!
“Saya keluar dululah Qis…assalamualaikum!,”.
“Waalaikummussalam,”.Jawab salam wajib….dosa pula kalau aku tak jawab..
Hakim berjalan menuju ke pintu keluar tapi dia undur semula ke tempat aku…
“Kenapa bos?,”.Hairan dengan senyuman sinisnya itu.
“Sedap biskut chipsmore tu…,”.Alamak,macam mana biskut chipsmore aku boleh ada atas meja pulak….temberang aku dah pecah!!!!Berkecai!!!!!!!
“Jadi tak petang ni…kalau tak,saya takkan luluskan cuti awak!,”.Hakim masih ajak aku keluar minum petang dengannya.Nak ke tak nak…nak ..tak nak….nak…tak nak?????Mentang-mentang dah jadi CEO kat sini,nak buat belagak pula…menyalahgunakan kuasa veto betul!!!Hampeh!!
“Oklah bos!!!!,”.

Pukul 6.05 petang…
Hakim!!!!!!!!!!!!Kau di mana???Dah setengah jam aku tunggu!!!!!Geram betullah kalau orang tak menepati janji ni….!!!.
Kalau kau tak datang jugak,lebih baik aku blah dulu,kat ofis ni pun dah tak ada orang,tinggal aku sorang je jadi tunggul kayu kat sini.Hakim ni memang dasar jantan tak guna.Mesti dia sengaja nak mempermainkan aku ni…aku geram!!!!!!!!!!!!GERAM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
———————–

Yahoooo!!!Aku happy gila bila dapat tender baru di Kedah.Yang bestnya….tapak projek tu di Pokok Sena….Yabedabedu!!!!!!!!Lusa aku kena melawat tapak projek,bolehlah aku hantar Qis balik kampung!!!Alahai….untung sungguh nasib aku hari ni…Aku yakin semuanya bukan kebetulan,tetapi suratan.Suratan yang menyatakan aku ada jodoh dengan Balqis!!!Aku tak dapat nak gambarkan kegembiraanku ketika itu yang aku pasti,I’m happy.Very very happy!!!!!!!!…………….ALAMAK!!!!!!!!!
Aku kelam kabut menuju ke keretaku.Aku dah lewat.Ni semua pasal Datuk Kassim aarrr,kalau dia tak ajak aku minum petang ,mesti aku takkan lupa janji aku pada Qis!!!Kalau tak sebab Datuk Kassim yu bapak Melya,jangan harap aku nak minum petang dengan dia!!Mampus aku!!Sudahlah Qis tu belum sebati lagi dengan aku.Mesti dia tengah hangin sekarang ni!!!!
Aku membawa keretaku selaju yang mungkin…dah le ofis aku jauh dengan Syarikat Mega Jaya Holding.Kalau dikira balik….ambil masa 30 minit…..Arrgh!!!Maknanya aku sampai kat ofis aku kol 6.45 lar…Macam mana aku boleh lupa janji aku pada Qis nie…
Aku terus memecut keretaku selaju…sepantas…secepat…se….ah!!!!Rasanya dah hilang akal aku ni…Gaya aku bawak kereta macam orang mabuk jer…Cara aku bawak kereta pun macam dalam Impak Maksima…Fuh!!Hebat!!!Aku ni pun ada bakat juga buat aksi-aksi yang membahayakan macam tu…kalau Ahmad Idham tengok aku larrr,sure dia ambil aku jadi pelakon utama dia….Aku bolehlah ganti Awal Ashaari tu,rasanya muka aku lagi hensem dari dia….aku lebih macho dan berbakat….glamourlah aku nanti…tapi yang pasti.
PON!!!!!!!!!!!!!!!
Adehhhhh!!!!Sori aarr brader!!!Mati terus angan-angan aku….Brader belakang aku ni pun satu,sabar ler….kau ingat kereta kau tu cantik sangat ke ape???Choi!!!!!
Balqis!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!Tunggu Hakim!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: