Novel : Triplet 3

Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

SATU

2017hrs, 21 Julai 2015, Pismo Beach…
Angin sepoi musim panas di Pismo Beach, California, sedikit sebanyak memberi kesan kepada Maria. Matanya yang hampir layu memaksanya menghentikan jip putih itu ke bahu jalan. Maria turun, menghirup udara segar, menggeliat malas dan mencuci matanya dengan keindahan sinar cahaya matahari yang semakin tenggelam di ufuk barat. Laut yang luas terbentang menggamit pandangan. Suasana kabut disekeliling seperti tenggelam bersama mentari senja yang mula pudar warnanya. Ketika musim panas begini, tak dinafikan pantai akan menjadi salah satu tempat yang sesak selain daripada taman-taman tema yang sememangnya merata wujud di negeri Hollywood ini. Selagi sekolah tak dibuka tidak jemu-jemu kawasan-kawasan peranginan dipenuhi manusia yang inginkan kehangatan summer yang datang hanya sekali setahun. Bagi remaja perempuan, kulit keperangan yang mereka idamkan akan hanya diperolehi tika ini. Bagi remaja lelaki pula waktu inilah kehebatan mereka menakluk ombak laut dipamerkan. Sukan luncur air sememangnya dinanti-nantikan untuk menceriakan suasana havoc di pantai.
Lautan manusia didepannya ditinjau teliti. Maria memerhati satu persatu kelompok manusia disitu, memastikan tiada sesiapa yang mencurigakan mengekori mereka daripada San Francisco. Kelibat kanak-kanak yang girang bermain buih-buih air mengingatkan zaman kanak-kanaknya bersama Jimmy dan Billy… juga Sabrina. Peristiwa yang berlaku dulu membuat jiwanya memberontak untuk pulang ke tanah air, Malaysia yang telah 20 tahun ditinggalkan Maria sejak dia berumur 3 tahun. Hatinya sudah terlalu rindu, lebih-lebih lagi apabila mengetahui Peter telah mula mengesan mereka. Maria ingin segera keluar dari negara yang kononnya paling selamat di dunia, United State of America. Hakikat tidak segah namanya. Maria terkedu, kenangan dulu menggigit perasaan.

——————————–

April 1997…
“Mama, Maria nak dapat adik ye. Bila adik nak keluar?” Bibir kecil itu mengomel. Maria leka bermain dengan perut Hanis yang telah memboyot. Hanis hanya tersenyum melihat gelagat anak angkatnya itu.
“Maria nak adik ke? Kalau Maria nak adik tak boleh nakal-nakal. Nanti adik merajuk tak nak keluar dari perut mama.” Hanis mencium pipi Maria. Sejak setahun dahulu anak kecil inilah yang menjadi penghibur hatinya dan juga suaminya, Stephen atau nama Islamnya Hazwan. Pengalaman hidup sebagai seorang anak yatim piatu telah membuatkan hatinya terbuka untuk memelihara Maria yang senasib dengannya. Lagipun Hazwan tak keberatan dan perasaan inginkan anak setelah lima tahun berkahwin tetapi masih tidak dikurniakan cahaya mata membuatkan jiwa bapa Hazwan menyokong cadangannya itu. Lebih-lebih lagi pertama kali menjejakkan kaki ke negara orang, hanya Maria seorang tempatnya melepaskan rindu pada tanah air. Kini dia mengandungkan anak sulung mereka dan menganggap rezeki ini sebagai tuah daripada Maria. Akhirnya Allah makbulkan juga doanya yang ingin memiliki darah daging sendiri.
“Mana ada Maria nakal, lagipun kalau adik lahir nanti Maria janji nak jaga dia.” Maria bersungguh.
“Promise?.” Hanis mengunjukkan jari kelingkingnya.
“Promise mama.” Maria menyangkuk jari kelingkingnya pada jari yang di unjuk Hanis lalu memeluk satu-satunya ibu yang dikenalinya itu…
“Maria, don’t disturb your mother! Come to papa, time for your class now.” Suara Hazwan memecah suasana. Hazwan menghampiri kedua-dua puteri hatinya itu lalu mencium kedua-duanya dipipi.
“O.k. papa, let’s go. Bye mama, but don’t forget about our date tonight. I want you to tell me the story of Cinderella.”
“Again!!” Hazwan berseloroh, tersenyum kepada anak kecil itu.
“Em…. papa, I like that story!” Maria memuncung. Geram dengan Hazwan yang menyakatnya. Hanis tergelak.
“O.k. sweetheart. I won’t forget. Listen to your farther, o.k.”
“Yeah… Like she would listen!” Hazwan menyindir manja anak kecil itu.
“Em… papa, I will.” Maria merajuk.
“O.k. I trust you. Now give your mother a kiss and we better leave now.” Hazwan mengarah.
Maria mengikut kata papanya dan terus ke bilik latihan di bahagian belakang rumah mereka untuk berlatih ilmu seni mempertahankan diri

————————————–

Mac 2000…
“Hanis, would you lend me the manuscript of your new invention.” Peter bertanya.
“Ha…. oh ya! Of course… but how did you know about it, I didn’t tell you ?” Hanis hairan. Peter adalah rakan setugas Hazwan dimana mereka mengendalikan ‘SCHOOL OF MARTIAL ARTS’ bersama. Hubungannya dengan Peter agak dingin memandangkan Peter tidak begitu suka dengan orang Asia. ‘Tapi sejak bila dia mula minat dengan sains dan bercakap baik dengan aku. Mungkin dia dah berubah’ fikirnya. Hanis memaksa diri untuk tersenyum.
“Oh, it was Stephen. I heard about it and I think it was an interesting theory.” Peter tersenyum sinis.
“Thank you. Here you are.” Hanis menghulurkan manuskrip itu. Jantungnya berdegup kencang. Bilik bawah tanah yang dijadikan sebagai makmal peribadinya itu terasa panas. Dia tidak pernah bersendiri dengan lelaki itu dan tiba-tiba dia merasakan ada sesuatu yang tak kena dengan Peter. Lebih-lebih lagi Peter membelek manuskripnya itu seolah-olah ianya amat berharga. Maria ragu dengan apa yang difikirkan Peter. ‘Tak mungkin dia mahu mencuri ciptaan ku. He know nothing about my invention, about science’. Hanis ingin menyedapkan hati.
“You know Hanis, we can make a lot of money with this thing. Do you have any prototaip of it? Can I take a look?” Peter tenang. Wajahnya seakan mengugut.
“NO!…I mean, I didn’t do it yet. Anyway I don’t want it as a commercial product. Its has a sentimental value and I invent it only for my children and family. I hope you understand. I’m sorry and thanks for your offer.” Hanis berpaling, dia mula takut. ‘What do you mean we and money’.
“I understand.” Peter menepuk bahu Hanis dan mengkucup pipi kanan wanita itu. Dia meletak kembali manuskrip itu dan bergegas ke atas.
Hanis terkaku, manuskrip di tangannya digenggam. Perasaannya bercampur baur dengan rasa takut, geram dan marah. Peter tak pernah mengkucupnya dan dia tahu aku seorang Islam dan perkara itu dilarang. Hanis menarik keluar laci meja tulis didepannya, suatu cip komputer kecil yang berukuran 5x10mm dikeluarkan daripada perut laci itu.
Ini yang diminta oleh Peter tadi. Cip kecil ini berfungsi sebagai alat perhubungan yang ditanamkan di belakang leher seseorang selari dengan salur saraf vertebra atlas. Cip ini akan menyebabkan penggunanya menghasilkan gelombang otak yang lebih tinggi dan dapat dikesan oleh mereka yang juga merupakan pengguna cip ini. Dengan kata lain ianya seolah-olah membuatkan seseorang mempunyai kuasa telepati. Pengguna juga dapat menggunakan kuasa ini selagi gelombang otak itu dapat diterima oleh sistem radar dan dipantulkan kepada orang yang dituju, bermakna penggunaannya tidak terhalang oleh batas jarak memandangkan rata-rata kawasan di seluruh dunia dapat berhubung dengan sistem radar angkasa lepas. Cuma kadar kecepatan pesanan itu sahaja yang dipengaruhi, jika jauh pesanan itu dipantulkan daripada penerima maka lambatlah ia sampai. Pesanan yang disampaikan tidak boleh diterima oleh sebarang orang kerana gelombang otak setiap manusia adalah berlainan. Pesanan itu hanya akan diterima oleh pengguna yang mempunyai kadar gelombang yang telah ditentukan oleh pemberi maklumat. ‘Teknologi ini mungkin ada faedahnya tetapi jika diberikan pada Peter aku tak rasa faedah itu akan berfungsi. Argh…. Kenapa aku berfikir begitu, kenapa naluri aku bagai menyangka ada sesuatu yang tak diduga akan berlaku. Apa yang harus aku lakukan. Ya Allah berikan hambamu ini petunjuk!’
Hanis menggengam cip komputer itu. Perlukah aku memusnahkannya.
“Hei sweetheart! Are you o.k? You are sweating.” Hazwan menepuk bahu Hanis. Nyata tepukan itu membuatkan Hanis terkejut dan melompat daripada kerusinya.
“It’s me Hanis! Are you fine dear?” Suara Hazwan lembut. Dia terkejut dengan tindakan Hanis tadi. Hazwan memeluk erat Hanis, cuba menenangkannya.
“Thank god it was you. I’m O.k., mungkin cuma penat. I worked too hard didn’t I?” Hanis tersenyum, cuba menyembunyikan apa yang telah berlaku… Apa yang dia fikirkan.
“Jangan kerja kuat sangat. Ni, em…Peter dah nak balik so wouldn’t you want to say good bye to him?” Hazwan masih memegang mesra isterinya itu.
“It’s not necessary isn’t it. Sampaikan salamku padanya. I think I want to take my bath and rest for a while”
“O.K. Oh ya! I ingat nak ke office sekejap ambil beberapa dokumen dan uruskan kemasukan pelajar baru. Emmm…..dan mungkin I lambat balik.” Hazwan mengerut mukanya. Ekspresi wajahnya melucukan Hanis.
“Again!… Sekarang siapa yang kerja kuat sebenarnya?” Hanis bercekak pinggang.
“O.K., but make sure you come back before dinner.” Hanis mengarah. Tangannya pantas mencubit peha Hazwan.
“Oouch, I promise Madam!” Hazwan mengangkat tangan, tabik ala-ala polis kepada Hanis. Mereka tergelak.
“Mana budak-budak?’
“Ada di dewan, diorang tengah berlatih. Master Maria tengah ajar.” Hazwan senyum. Anak angkatnya Maria yang kini berusia lapan tahun dianggap guru oleh tiga orang kembarnya yang lain. Dia tidak risau, sememangnya Maria yang telah dilatihnya sejak berusia tiga tahun menunjukkan prestasi yang lebih bagus daripada para muridnya yang lebih dewasa.
Hanis sama-sama tersenyum. Teringat telatah Maria yang tekun mengajar adik-adiknya ilmu seni mempertahankan diri. Ketiga-tiga orang kembarnya, Haikal, Hakimi dan Nurul sememangnya mengikut jejak langkah papa mereka, gemar akan ilmu pertarungan, begitu juga Maria. Tiada seorang yang mengikutnya, minat kepada sains dan teknologi kecuali Nurul yang kini telah mula berjinak pada komputer, itupun terpaksa mengikut mood nya jika hendakkan tumpuan yang penuh daripada Nurul. Walaupun umur mereka baru hendak menjangkau empat tahun, dia bersyukur kerana dikurniakan dengan anak-anak yang pintar. Ini mungkin kerana campuran baka daripada dua bangsa yang berbeza.
Hakimi atau Jeremy seperti mana yang dipanggil oleh Hazwan lebih mirip papanya. Begitu juga dengan Beaverly, panggilan Hazwan buat Haikal. Mereka berdua adalah kembar seiras, memiliki mata biru Hazwan dengan kulit yang putih cerah. Cuma bezanya Haikal berambut hitam manakala Hakimi berambut perang. Ramai yang hairan kerana keduanya merupakan kembar seiras, begitu juga denganku tetapi aku percaya akan kekuasaan Allah lagipun perbezaan ini memudahkan aku mengenali mereka. Nurul ataupun Sabrina, panggilan manja Hazwan kepadanya, merupakan kembar sulungku dan lebih menyerupai diriku. Memiliki kulit hitam manis, rambut dan mata yang hitam membuatnya lebih kelihatan seperti orang Asia. Ramai yang keliru dengan dua nama yang diberikan kepada tripletku. Hidup di USA, diskriminasi terhadap Islam mungkin sukar untuk disanggah. Sejarah-sejarah hitam mencalarkan nama suci Islam dimata rata-rata penduduk Amerika. Sebab itu Hazwan mengambil keputusan untuk membiarkan kembar-kembarnya dikenali dengan sebagai Jeremy, Beaverly dan Sabrina dikalangan rakan sebaya mereka. Hazwan takut sekiranya anak-anaknya menghadapi tekanan hanya kerana nama mereka yang berbeza. Namun bagi Hanis tripletnya adalah Mohd Haikal, Mohd Hakimi dan Nurul Hazelina.
“O.K. I better go now. Peter was waiting for me upstair.” Hazwan mengkucup isterinya didahi dan mula melangkah ke arah tangga yang terdapat di hujung sebelah kiri bilik bawah tanah itu.
“Hazwan!” Hanis memanggil tiba-tiba.
“Yes.” Hazwan berpaling, setapak kakinya telah menaiki anak tangga itu.
“I think I want to go to Nicholas’s clinic at 4, would you mind if I bring along the childrens. I have an appointment with him.” Hanis tersenyum kepada suaminya. Nick merupakan salah seorang kawannya ketika dia masih menuntut di Havard University dahulu dan juga kawan baik kepada Hazwan. Nick lebih menjurus kepada bidang perubatan manakala dia lebih meminati bidang Fizik. Nicklah yang telah mempertemukan dia dengan Hazwan ataupun Stephen ketika itu.
Waktu itu Stephen merupakan nama besar di Havard kerana dia merupakan salah seorang petinju yang mewakili Amerika Syarikat bagi sukan tinju di Olimpik dan mempunyai ratusan peminat. Aku tidaklah berapa meminatinya, tetapi setelah diperkenalkan, hubungan kami sampai ke jinjang pelamin. Ramai yang mendakwa bahawa Stephen bodoh kerana memilih aku, seorang pelajar daripada Asia yang hanya dapat melanjutkan pelajaran dengan bantuan biasiswa kerajaan sebagai teman hidup. Walau bagaimanapun Stephen tetap berdegil dan terus memeluk Islam kerana hendak memilikiku. Aku akur dengan ketentuan yang Esa, tidak kusangka hidup menumpang di rantau orang telah mengubah keseluruhannya nasib diriku. Mulanya aku buncah juga memikirkan tentang niat sebenar Hazwan terhadapku, namun sememangnya Allah telah menjodohkan kami bersama dan dia telah membuktikan bahawa cinta itu buta. Sebaik sahaja kami berkahwin, Hazwan telah mengumumkan persaraannya. Kemudian dia telah mengikutku pulang ke Malaysia sejurus selepas kami mendapat ijazah yang pertama. Hidup di Malaysia mengundang sedikit kontroversi, meskipun aku mempunyai pekerjaan yang bagus dan gaji yang besar di Pusat Kajian Fizik Negara, Hazwan hanya bertugas sebagai instruktor sementara di sebuah Fitness Club di K.L. Bukan kerana Ijazah Sains Sukannya tidak laku tetapi kerana jadual kuliah bagi kursus agama Islam yang diambil Hazwan agak ketat, maka tidak begitu banyak pilihan yang boleh dibuat. Setelah tamat kursus pengajian agama Islamnya di K.L., Hazwan memujukku pulang ke California, Amerika Syarikat untuk memulakan kehidupan yang baru kerana dia tidak mahu bergantung hidup pada titik peluh isteri. Ketika itu Hazwan telah banyak berubah, fasih berbahasa Melayu, lancar membaca Quran dan mencintai Islam sepenuhnya. Ternyata pengajiannya di Pusat Islam tidak lama dahulu mendatangkan kesan yang amat positif.
‘Didalam Islam suami yang perlu memberi nafkah kepada isteri’ katanya. Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata itu dan akur dengan kehendak Hazwan.
Di California, Hazwan bekerjasama membuka sekolah ilmu seni mempertahankan diri bersama Peter Cox dan aku pula hanya bekerja dirumah, menjalankan penyelidikan di makmal bawah tanah yag di bina khas oleh Hazwan untukku. Setelah lima tahun mendirikan rumah tangga, kami masih tidak dikurniakan cahaya mata. Dek kerana tidak tahan menunggu, aku membuat keputusan mengambil Maria sebagai anak angkat dan setahun kemudian aku melahirkan kembar tiga. Hingga kini setelah lapan tahun berkahwin, aku dan Hazwan masih lagi bersama.
“Hello, menung panjang nampak!”
“Ha, what did you say?” Hanis terkejut, Hazwan telah berdiri semula didepannya.
“You sakit ke, kenapa nak jumpa Nick?” Wajah kacak itu merenung mesra kepada Hanis menantikan jawapan.
Hanis hanya tersenyum.
“Tak, nak ambil multi vitamin untuk raksasa-raksasa berempat tu.” Hanis tersengih, merujuk kepada anak-anaknya.
“Can I take those monster with me?”
“Of course you can. Jangan ditelan raksasa-raksasa tu sudah” Hazwan tergelak. Budak-budak itu sememengnya nakal.
“Stephen! Can we go now?” Suara garau Peter daripada tingkat satu rumah teres dua tingkat itu, memecah suasana.
“I’m coming! I better go now.” Hazwan mengusap manja rambut Hanis dan beredar pergi.
Hanis melihat kelibat suaminya menghilang.

—————————

“Nick, can you do it?” Hanis merenung wajah lelaki berusia 35 tahun itu, serius.
“I can, otherwise it’s just a minor operation but don’t you think that this is radicals. Are you sure this microchip will work?” Nick keliru.
Hanis hanya mengangguk.
“I dah buat uji kaji. It’s all done well.”
“How about Hazwan, dia tahu tentang perkara ini?” Nick mengangkat keningnya serius memandang wanita ayu didepannya itu. Dia bangga boleh berbahasa Melayu. Semuanya hasil tunjuk ajar Hanis dan beberapa orang rakan kampusnya yang juga berbangsa Melayu. Walau sedikit pelat tapi perkembangannya memang mengkagumkan.
Hanis menyelak rambutnya yang jatuh, ke belakang. Fikirannya kusut. ‘Betul ke tindakan aku ini.’
“No, he got nothing to do with this. It was just my instinct…you know.”
“Your instinct? What?” Nick musykil.
“I don’t know? I’m afraid! I feel that something wrong will happen if I kept this thing longer, especially after my conversations with Peter. At first I thought I should destroy it, tapi I rasa lebih elok jika anak-anak I yang dapat gunakannya. Sekurang-kurangnya I tahu ciptaan I itu berada di dalam tangan orang yang betul.” Hanis menerangkan dengan panjang lebar.
Nick hanya mengangguk mendengarnya.
“I understand, I juga ragu-ragu dengan Peter. So are you really sure you want me to do this?” Keningnya terangkat sekali lagi.
“Yes, dan I mahu perkara ini menjadi rahsia antara kita berdua… Even from Hazwan.” Suara Hanis sedikit menekan. Perkara ini perlu di rahsiakan terutama daripada suaminya.
“No problem. It would be O.K. for me, but can you?” Telunjuknya mengarah kepada Hanis.
“He is your husband, remember?.” Nick tersengih.
“I can handle it. Dia akan ke Chicago minggu depan. Out station, dan Maria akan ikut sama. You ada apa-apa komitmen ke minggu depan?”
“Nope”
Hanis tersenyum.
“Good, so lets do it.”

————————————-

“How are my kids?” Hanis bersuara. Matanya dihala tepat pada Haikal, Hakimi dan Nurul yang berada didalam bilik kaca di depannya itu.‘Mereka nampak sihat bagiku’.
“They are doing fine. Pembedahan itu berjaya. Cuma…” Ada noktah disitu.
“Cuma apa?” Wajah Hanis mula berkerut.
“Cip itu tak berfungsi. Tiada sebarang gelombang aktif yang dapat dikesan daripada otak mereka?” Dahi Nick berpeluh. ‘It’s imposible.’
“How can it be? Are you sure Nick?.” Hanis berhenti.
Nick mengangguk, bahunya terjungkit sedikit.
“Tapi tak mungkin cip itu tidak berfungsi Nick. You silap.”
Nick menggeleng pula. Bahunya terjungkit lagi.
“So, apa yang you nak I buat sekarang. Keluarkan semula cip tersebut?”
“No, it’s nothing wrong with the chip. Just give them time to learn how to use it.” Hanis bingung.
“It’s up to you. I dah usahakan sedaya upaya I. Selain daripada itu I’m sorry.” Nick menepuk bahu Hanis.
“I know. Anyway thank you very much. Tapi I harap perkara ini masih menjadi rahsia kita berdua, walau daripada siapa sekalipun, please.” Hanis mengharap.
“I promise.” Nick tersenyum.
“I better go now, thanks again. Sampaikan salamku pada Jenny O.K.” Hanis menghala masuk kedalam bilik kaca itu untuk mengambil anak-anaknya.
“I will.” Nick tersenyum hambar. Agak kecewa dengan hasil pembedahannya tadi.
“Lets go kids. Jom balik. Say good bye to Uncle.”
“Bye, bye Uncle Nick.”

———————————

“I told you Peter I’ve already burned the manuscript. You can’t find it anywhere. Let Sabrina go.” Hanis menjerit, tangannya perit ditarik Peter. Hati ibunya meronta bila melihat Sabrina di tangan lelaki jahat itu dan dua orang puteranya pengsan ditampar Peter.
“I will not. Unless if you agree to make a deal with me.” Cengkaman tangan Peter semakin erat menarik rambut Hanis.
“Arghh, O.K. O.K. Just let my daughter go.” Air mata Hanis jatuh deras. Tangisan Nurul menyayat hatinya.
“Write the manuscript again. I give you another three day to do it, just before your beloved husband come back from his holiday and don’t you ever dare to tell Stephen, police or anybody else about this or you will never ever see your little angel again!” Peter menghempas kepala Hanis kuat ke bucu meja tulis yang terletak di bilik bawah tanah itu dan terus beredar pergi membawa Nurul yang sedang menangis memanggil-manggil nama ibunya.
Hanis memegang erat kepalanya yang berdarah. Kakinya terhoyong-hayang cuba mencari kekuatan untuk mendapatkan Haikal dan Hakimi yang terlantar di lantai bilik makmal yang berselerak itu. Namun kekuatan itu seakan semakin lemah, Hanis rebah, dunia dirasakan gelap dan sunyi baginya.

———————————

Ogos 2005…
Suasana di tanah perkuburan di Suns Street, California agak hening pagi itu. Maria menyudahkan bacaan surah Yasin yang di bacanya buat Allahyarham Hazwan Daniel bin Abdullah dan Allahyarhamah Hanis binti Dzulkefli, bapa dan ibu angkatnya. Jimmy dan Billy yang berada disisinya hanya diam memerhati.
‘Sudah hampir lima bulan papa mereka menemui yang Esa, mengikut jejak mama yang mati dibunuh lebih lima tahun dahulu. 15 April 2000, aku ketika itu berada di Chicago, mengikut papa menyertai pertandingan Tae-kwan do yang diadakan disana. Tarikh itu juga arwah mama telah dijemput menemui ilahi tanpa aku sempat menatap wajahnya buat kali terakhir. Motif pembunuhan adalah rompakan dan penculikan, begitulah mengikut kata polis. Mama meninggal akibat pendarahan teruk di kepala manakala Sabrina telah hilang dilarikan penculik yang sehingga kini masih tidak dapat dikesan. Jimmy dan Billy pula ketika itu berada didalam keadaan trauma akibat kematian mama dan kehilangan kembar mereka.
Semenjak itu papa telah mula berubah. Aku tidak tertanggung melihat penderitaannya. Dia selalu menyalahkan diri kerana terlalu mempercayai rakan kongsinya Peter yang telah menjadi dalang peristiwa itu. Papa percaya bahawa Peter mahukan ciptaan terbaru mama dan dia menyesal kerana memberitahu Peter tentang perkara itu. Setelah hampir setahun polis menjejak Peter akhirnya kes itu ditutup kerana tiada bukti dan maklumat lain yang diperoleh untuk mencarinya. Peter terus bebas bersama Sabrina yang tidak diketahui keadaannya. Papa menjadi tidak keruan, perasaannya berkecamuk, tertekan dengan pemergian mama dan kehilangan Sabrina. Lima tahun lamanya papa melilau menjejaki Peter, namun usahanya sia-sia dan dia akhirnya menghembuskan nafas terakhir tanpa sempat membalas dendam. Berita kematian papa tersebar luas, maklumlah papa adalah bekas petinju U.S. yang amat dikagumi dan kehilangannya dalam keadaan yang mengharukan menarik perhatian ramai. Kisah papa disiarkan secara meluas.
Aku, Jimmy dan Billy pula terpaksa hidup menumpang di rumah Uncle Nick sejak lima bulan yang lalu. Kehidupan kami walaupun tidak seperti dulu tetapi sekurang-kurangnya memori pahit itu tidak lagi menghantui. Jimmy dan Billy telah mula tersenyum kembali. Mujur ada Uncle Nick dan Auntie Jenny yang banyak mendorong kepada perubahan mereka. Aku juga telah berubah, tidak lagi seorang remaja pendiam. Aku meneruskan pentadbiran sekolah seni mempertahankan diri yang ditinggalkan oleh papa atas bantuan Uncle Nick dan beberapa orang anak murid papa yang berpengalaman dalam dunia ini. Berkat usaha itu aku dapat meneruskan pengajian Jimmy dan Billy yang telah lama ditinggalkan. Semoga mereka berdua dapat menjadi seperti papa mereka dan dapat mengikut jejak langkah papa mencari Sabrina dan PETER! Amin…’

———————————–

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: