Novel : C.I.N.T.A 6

Dania Syakira
http://www.niakyra_93@yahoo.com

Setibanya aku di rumah,aku terus membaling beg tangan ku ke atas sofa.Aku betul-betul geram dengan apa yang Hakim lakukan.Nampaknya,dia memang telah berjaya mempermainkan aku.Pandai betullah kau Hakim.Mujurlah Rina sanggup pergi ambil aku di ofis,kalau nak tunggu bas,alamatnya,esok pagi baru aku sampai rumah.
“Kenapa dengan kau ni Qis??,”.
“Aku tengah bengang ni,Rina!!Aku geram!!!!,”.Kemarahan kau sedang membuak-buak.
“Aku taulah kau tengah bengang tapi,kau bengang sebab apa???,”.
“Sebab Encik Hakim,bos tempat kerja akulah!!,”.
“Kenapa pulak dengan bos kau….?,”.Emmm…nak cerita ke kat si Rina ni.Lebih baik aku cerita,bolehlah aku minta pandangan dia.
“Si Hakim tu,dia tak tepati janji!,”.
“Tepati janji????Ada ape-ape ker korang ni???,”.Rina tersengih macam kerang busuk.Ada-ada ajelah si Rina ni!!!
“Mana ada apa-apa…tadi petang,dia ada ajak aku keluar minum petang tapi dia tak datang pun ambil aku kat ofis.Dia ingat aku ni apa….tongkoi kayu…pirahhhh!!!!Sah dia sengaja nak mempermainkan aku!!!,”.
“Perkara kecik je pon…kau nak kecoh!!Mungkin dia betul-betul busy!!!!Dia ke mana hari ni??,”.
“Dia ada meeting dengan Mega Jaya Holding!!,”.
“Baru aku ingat!!!Emm…Memang patut pun dia tak pergi ambil kau,Datuk Kassim ajak dia minum petang sesamer tadi!!Syarikat Bima Holding dapat tender baru!!!,”.
“Macam mana kau tau Rina??,”.
“Kau ni dah nyanyuk ke ape??Akukan kerja di Syarikat Mega Jaya!!,”.Eh…lupa pulak aku.Macam mana aku boleh lupa nih!!!
“Tapi…kalau dia busy sekalipun,dia patut bagi tau aku yang dia tak boleh datang ambil aku…at least aku tak payah nak tunggu dia!!!!,”geramku masih belum hilang.
“Hisyy…kau ni…kalau sembang dengan Datuk kassim tu….dunia pun tak ingat.Datuk Kassim tu asyik puji si Hakim jer…mungkin Hakim tengah kembang sampai terlupa date dengan kau!!!,”.Eleh…Hakim kena puji!???Huh…Bagus sangat ke dia tu??Aku tak kira…yang aku tahu…aku tengah geram betul dengan Hakim tu!!!

——————————

Pin…pin….
“Sape pulak yang datang rumah kita ni?Arif kau kot Rina!!!,”terbantut niat aku nak suapkan Maggie dalam mulutku.Ada orang picit hon pulak.Jam pukul 10 macam ni pun Arif datang rumah juga???Sejak bila Arif ni suka bertandang kat rumah kami waktu begini??Seingat akulah,Arif sendiri cakap yang dia takkan datang sini lewat malam sebab tak manis dipandang orang.Dah tukar fikiran ke tunang kawan aku ni…Emmm apa boleh buat!!!!!!!
“Assalamualaikum!!!,”kedengaran salam dari luar.Hisy…Rina belum buka pintukah!Tak dengar ke Si Rina ni……..
“Rina!!!!!!!!!!!!Tunang kau datang!!!!!!!,”.Aku menguatkan speaker suaraku sekuat yang mungkin..
“Qis…kau tolong buka pintu kejap!!Aku sakit perut ni!!!!,”.Aku???Haiya…aku tengah lapar ni…..apa boleh buat…Maggie,kau tunggu aku kejap eh…nanti aku makan kau….
Aku mencapai tudungku yang terletak di tepi tangga dan memakainya di kepala..Kemudian kau terus buka pintu…..
“Arif..Rina sa……….HAKIM????,”.Apa pulak mamat ni buat kat sini…sakit betullah mata aku!!!
“Maaf ganggu Qis malam-malam macam ni….,”.Dia bersuara.Huh!!Tau pun….
“Ada apa awak datang sini????,”.
“Kim nak minta maaf pasal siang tadi….Qis marah???,”.Bengap betullah mamat ni….dia ingat aku tengah gembira ker…
“Kim betul-betul terlupa pasal petang tadi….lagipun Kim sibuk pasal tender baru di….,”
“Tak apalah Kim…saya tak marah pun!!Saya sedar yang saya ni sedang dipermainkan oleh seekor buaya!!!,”.nah…ambik kau!!1
“Qis!!!!Saya langsung tak bermaksudkan macam tu…saya….”.
“Saya tak marahlah Kim….tengok ni…saya senyum!!!,”.Aku menguntum senyuman yang langsung tak ikhlas!!Wekkk!!!Tak kuasa aku!!!
“Qis…janganlah buat saya macam ni….please!!!!!!!!!!!,”.
“Saya buat apa kat awak??,”.
“Please jangan layan saya macam ni….,”.Bersungguh betullah Si Hakim ni minta maaf kat aku…
“Saya dah maafkan tapi….lepas ni awak jangan sesekali ajak saya kemana-mana lagi….saya takkan setuju sama sekali!!!,”.Aku memberi kemaafan pada Hakim….
Hakim diam.Barangkali dia sedang memikirkan sesuatu!!!!
“Dah la Kim…tak elok awak datang rumah orang perempuan malam-malam begini…saya lapar bebenor ni!!!Awak telah mengganggu masa makan saya!!!,”.Perutku memang dah bergendang hebat.Aku belum makan sejak balik dari pejabat gara-gara melayan amarahku pada Hakim.
“Maaf…..!Saya dah luluskan cuti awak!!!,”.
“Ohhh…baguslah…,”.
“Tapi..,”.Ada tapi-tapi pulak???
“Tapi apa??,”.
“Kim akan kesana dengan Qis…ok???,”.Hakim mengukir senyuman.Ceh!!!
“Kesana ???Ke mana??,”.
“Ke kampung Qis larr,”.
“Kenapa pulak???,”.
“Sebab Kim nak jumpa dengan mak bapak Qis…boleh??,”.
“Apesal plak??,”.
“Sebab saya nak jumpa diorang la…Kenapa??Tak boleh??,”.
“Memang tak boleh!!!,”.Hakim tertawa kecil.Dia ingat aku ni buat lawak ke??Tak de masa la aku!!!
“Oklah….Bye!Kim balik dulu!!!Assalamualiakum!,”.Hakim membiarkan aku tertanya-tanya.
“Jawab salam!!!!,”.
“Dah jawab!!!,”.
“Bila???Tak dengar pun,”.Masih nak usik aku lagi…Blah la cepat!!!!
“Jawab dalam hati!!!,”.
“Oooooh….Qis!!!!!,”.Ape lagi????
“Tak baik makan lewat-lewat!!!Nanti bertambah gemuk!!!,”.Hah???Aku tak puas hati kalau orang sentuh bab badan aku…..dulu masa kecil mungkin aku gemuk sikit,tapi sekarang aku dah tak gemuk rasanya.Setahun aku diet,sebulan sekali baru aku jumpa nasi!!!!Mulut celupar betullah Hakim ni!!
“Saya gemuk ke ???,”.
“Memang pun….bye!!!,”.Hakim memboloskan dirinya dalam perut kereta BMWnya.PON!!!!!Sebelum keretanya meninggalkan perkarangan rumahku,sempat dia membunyikan hon.Cis….ingat kawasan perumahan bapak dia ker…
Aku menutup pintu rumah.
“Mana Arif???,”.Rina menyoalku.
“Bukan Arif!!!,”.
“Habis tu???,”.
“Toyol!!!!!!,”.
————————————-

“Kau jaga diri baik-baik yer …..,”.Ain menasihati aku.
“Oklah Ain!!!,”.Aku menyalaminya dan memeluknya.Macam nak ke luar negaralah pulak!!
“Sampai Kedah…kau call aku k??,”.Giliran Rina pula aku peluk dan salam.
“Yelah Rina…korang berdua pun jaga diri baik-baik masa aku tak ada nanti!!Ain,kau tolong jaga Rina tau…Rina,kau tolong jaga Ain ok??,”.Tak sampai hati aku nak tinggalkan kawan-kawan aku…sedihlah pulak!!!Padahal tiga hari jer….
“Oklah…bas aku dah nak gerak tu….aku pergi dulu yer!!,”.
“Bye Qis!!!!!,”.Rina dan Ain melambai-lambai padaku.Aku membalas lambaian mereka.
Aku membawa begku yang berat untuk masuk ke dalam bas…
“Qis!!!,”.Huh…nak luruh jantungku!!
“Kan Kim dah cakap….tunggu Kim!!Jom!!!,”.Hakim lagi????
“Ke mana????,”.
“Ke kampung Qislah!!!!,”.
“Hah??,”.Aku blurrr….ingatkan Hakim main-main je dengan aku walaupun sudah banyak kali dia pesan padaku supaya tunggu dia di rumah.Aku buat derk je….
“Jom…meh sini Kim bawa beg!!!,”.Dia mengambil beg dari pegangan ku..Aku masih statik di kedudukanku..
“Laa….cepatlah!!Tutuplah mulut tu,nanti lalat masuk!!!,”.Aik…aku ternganga ke???Mataku memerhati Hakim membawa begku ke keretanya.Qis!!!Sedarlah!!!
“KIM!!!!,”.Aku terkial-kila mendapatkan Hakim.Aku merampas semula begku dari tangan Hakim.
“Qis…apsal kau jerit-jerit ni…!!,”.Ain dan Rina datang semula padaku.Ramai juga orang memerhati ke arah kami.Malu jugak tapi….aku lebih rela malu daripda balik kampung dengan Si Hakim ni!Huh!Menyampah!!
“Ni…mamat ni!!Cari gaduh pulak dengan aku!!,”.Hilang habis hormat aku pada Hakim.Kat ofis bolehlah aku berlembut…sikit jer..Luar ofis…sorry!!!
“Qis…syhhhh!!!Malu la kat orang!!,”.Rina menenangkan aku.
Hakim menggelengkan kepalanya.Dia masih boleh senyum lagi saat-saat macam ni.Maknamya,dia pun tak malu jugak le….
“Kim tak culik Qislah!!!,”.Hakim bersuara lembut.Nak tunjuk gentlemanlah tu….
“Saya tak kira…..saya nak balik naik bas jugak!!,”.
“Qis…..control tone suara tu!!!,”ujar Ain.
“Lantaklah…..,”.Hatiku bertambah panas bila Hakim asyik tersengih aje….
“Woi!!!!Buat drama hindustan ke?????,”Jerit seorang mamat yang aku tidak kenali.Kemudian kelihatan beberapa orang lelaki ketawa sambil memerhati ke arah kami.
“Kalau nak jiwang-jiwang…pergilah Tanjung Rambutan…Baru best!!!!!,”tanbah lelaki lain pula.Umur mereka mungkin dalam lingkungan awal 20an.
“Cik adik…Jangan dilayan hero macam tu…..tak de maknenyer!!!!,”.
Reaksi Hakim berubah.Mukanya nampak serius…takut aku…
“Ada aku ganggu korang ker???,”.Persoalan Hakim dibalas dengan tawa-tawa mengejek!!!
“Aku tanya ni…ada aku ganggu korang ker???,”.Hakim mendekati mereka.Aku jadi blurr…tak tahu nak buat ape…Ain dan Rina pun jadi gelabah..
“Memang kau ganggu pun.Buat sakit mata jer…..!!!!!!!,”.Hakim makin dekat dengan mereka.
“Aku cari gaduh dengan korang ke…..???Yang korang sibuk ni apehal?????????,”.Suara Hakim berubah menjadi tinggi.Aku risau kalau apa-apa terjadi.Aku mendekati mereka.
“Kim…..sudahlah tu….jom kita pergi!!!!,”.
“Kejap…Kim tak puas hati dengan diorang ni……Penyangak!!!,”.
Tebokk!!!!!!!!Auoch…..Hakim kena tumbuk!!!Ah…kacau!!!Nampaknya pergaduhan semakin ganas.
“Kurang ajar!!!,”.Hakim turut menumbuk muka lelaki yang menumbuknya itu.Adusss…aku risau jugak tengok keadaan itu…otak aku dah blank..Tak tahu nak buat apa.Hakim masih terus berlawan dengan mereka.Tiga lawan satu.Kepantasan Hakim mengelak amat cekap.Mungkin Hakim ni pandai karate ataupun silat..ataupun selambam ataupun sumo…ataupun kung fu ataupun…ahhh………
“Hakim!!Stop!!!!!,”.Aku menjerit.Tempat kami menjadi tumpuan orang…
Aku menarik lengan Hakim supaya dia berhenti.
“Please stop Kim….,”.
“Biar Kim ajar budak-budak ni dulu!!!!!!!!,”.
“Tolonglah Kim…berhenti……….demi Qis!Pleaseeeeee!!!,”.
Hakim diam seribu bahasa.Matanya bulat memandangku……Mungkin terkejut dengan bahsa yang aku gunakan….
Tebokkkk!!!!!Hakim tidak dapat mengelak tumbukan tersebut kerana matanya terarah padaku.
“Aduh!!!,”.Mulut Hakim berdarah!!!!!!!!!!Hakim berundur beberapa tapak.
“Aku malas nak gaduh dengan korang,..kalau tak kerana buah hati aku,jangan harap aku nak berhenti!!!,”.Hakim menarik tanganku menuju ke keretanya.Nafas hakim turun dan naik…
Aku???Buah hati Hakim???????????????MasyaAllah!!!!!!!!!!!!

Advertisements

5 Respons

  1. cpat la smbung x sabar nieh….

  2. Besh nyer.. Cpt lh smbng.. X sbr nie..

  3. bila nk sambung citer nie….??? x sbr nk baca…..

  4. cerita yang best…….bila nak sambung x sabaar nak baca .teruskan dengan cerita yang best lagi.chayuk!!!

  5. bestnye…cpt la smbg…tak sabo nie…nnt tak dpt tdo mlm nie…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: