Novel : Kau Ku Cinta 1

sarra aulia
fairygurlz_158@yahoo.com

“Lis…tolong la…aku betul-betul suka dekat kawan kau tuh…”ujar Fakri dengan serius.

Ya allah…kenapa dengan dia ni…aku dah la kepenatan ni…dia ni tak ada hati perut betul la…patut ke aku percaya dengan ape yang dia katakan sebentar tadi…aku tahu dia ni dari dulu lagi jenis lelaki yang suka mempermainkan perasaan perempuan…dasar lelaki murahan!!kurang ajar!!…kau tunggu la akan tiba saatnya…tatkala itu kau akan sedar bahawa langit itu tinggi atau rendah….kerana kau aku kehilangan semua kawan aku..aku sendiri tidak mengerti mengapa mereka menjauhkan diri dari aku..

“Boleh tak awak jangan ganggu saya…awak pergi la cakap sendiri dengan dia!!tolong la jangan nak ganggu saya sebab saya tidak pernah ganggu awak!!”jeritku yang sedang duduk di atas tikar…aku memandang tepat ke arah wajahnya…Fakri kelihatan terkejut melihat riak wajahku yang mungkin kelihatan seperti harimau yang mahu menerkam mangsanya.

“Erk..”hanya itu yang terungkap dari mulutnya.

“Kalau awak kacau saya lagi…awak tahu lah..nasib awak!!”ujarku lantas bangun dan berjalan menuju ke arah Sofiya,Khairul,Najwa,Faizal dan Haziq…mereka melambaikan tangan ke arahku…aku membalas lambaian mereka.

“Kenapa dengan Luqman tu??”soal Najwa.

“Abaikan dia…saya tak mahu tahu”ujarku sambil mengambil burge di dalam bakul.

“Yang kau datang dengan muka masam nak suruh aku abaikan…cakap la kenapa??kalau kau tak nak cakap…aku call Abang Ikhwan..”ujar Najwa lantas mengambil telefon bimbitnya di dalam tas tangan…aku merampas telefon bimbit Najwa dari tangannya.

“Eh…jangan telefon Abang Ikhwan..dia tak ada buat apa-apa pun..saya ok..awak jangan la risau…”ujarku lantas memulangkan kembali telefon bimbit milik Najwa.

“Arr..sebelum terlupa..Abang Ikhwan suruh kau telefon dia balik..”ujar Najwa.

“Hurm..ok..kejap lagi saya call dia..terima kasih Haziq”kemudian Haziq menghulurkan gelas yang berisi air oren kepada ku…aku menyambutnya dengan ikhlas.

“Kau jangan layan sangat Fakri tu Lisa..nanti kau juga yang sakit hati”ujar Khairul sambil mengambil seluar pendeknya mungkin dia mahu mandi..mereka turut pergi menukar pakaian…hanya aku sahaja yang masih belum tukarkan pakaian.

♥”Kalau kau membantah apa yang aku putuskan…kau bukan lagi anak aku!!”jeritan ayah membuat jantungku seakan-akan mahu berhenti….kenapa ayah buat Lisa macam ni…

“Ayah..Lisa cuma”belum sempat aku mahu meneruskan kata-kata…

“Cuma apa!!ayah tak suka kau buat apa-apa tanpa keputusan dari ayah!kau ingat Lisa…ayah dengan paklong dah bersetuju ….kau dengan Ikhwan akan ditunangkan minggu depan juga!!”bagai halilintar membelah bumi..begitu lah juga hati ku…kenapa ayah suka paksa Lisa…Ibu!! tolong Lisa ibu…kenapa ayah buat Lisa macam ni Ibu…kenapa Ibu tinggalkan Lisa !!Ibu…

Semua perkara dalam hidup ini…semua keputusan terletak di tangan ayah…dengan siapa Lisa nak berkawan…kemana Lisa nak pergi…Ibu..hidup Lisa terletak di tangan ayah…adakah Lisa tidak mempunyai hak untuk menentukan arah tujuan hidup Lisa..Ibu…kenapa Ibu pergi…adakah kerana Ibu tidak tahan dengan sikap ayah…kenapa Ibu tidak membawa Lisa bersama…adakah Ibu tidak pernah menyayangi diri ini… ♥

“Lisa!!!”jeritan Sofiya membuat aku terkejut dari lamunan…baru aku tersedar bahawa telefon bimbitku terdering..lantas aku menjawab tanpa melihat nama yang tertera diskrin.

**Assallamualaikum**

**Waalaikumussalam…ayah ni…Lisa boleh balik sini sekarang juga tak??**

**Lisa dekat Pangkor ni ayah…**

**Ayah suruh Ikhwan ambil kau….lagi 5 minit sampai lah dia…tunggu tahu??!!**

**Baiklah ayah…**

Air mataku menitik tanpa aku sedari…lantas aku menyeka…setelah aku menamatkan perbualan…mereka datang ke arahku…

“Kenapa Lisa?”soal Faizal.

“Paksu suruh saya balik..”ujarku perlahan.

“Jadi kita balik sekarang lah yer??”soal Najwa.

“Tak..bukan kita..hanya Lisa..ayah dah suruh Abang Ikhwan datang untuk ambil Lisa…”ujarku lagi.

“Kenapa Paksu suruh kau balik???”soal Sofiya.

“Lisa sediri pun tak tahu Sofiya…”ujarku.

“Kau tak nak ikut kita orang mandi sekali ke Lisa?”soal Haziq.

“Hurm…tak apa la…awak semua pergi la mandi…nanti kalau Abang Ikhwan dah sampai..saya pergi yer..”ujarku lalu mereka kembali mandi semula…

♥Aku tahu Abang Ikhwan sudah mempunyai teman istimewa…dan aku tidak pernah mempunyai perasaan cinta terhadapnya…Abang Ikhwan mengganggap aku sebagai adiknya dan aku juga mengganggap dia tidak lebih dari seorang abang…tidak mungkin aku dapat menerima dia sebagai teman hidupku…

Oh tuhan…temukanlah semula aku dengan Ibu…aku terlalu merinduinya…♥

“Lisa…jom?”ujar Abang Ikhwan yang baru saja tiba…lalu aku bangun dan masuk ke dalam kereta.

“Kenapa ayah suruh abang ambil Lisa?”soalku memecahkan kesunyian yang bermula sebentar tadi.

“Paksu nak tetapkan majlis pertunangan kita”ujar Abang Ikhwan dengan riak muka yang resah.

“Abang pergi la beritahu paklong …abang dah mempunyai calon…Lisa tak mahu majlis pertunangan kita diadakan…kita kan pernah berjanji bahawa kita akan menjadi adik-beradik sehingga kita menghembuskan nafas yang terakhir…kenapa perlu jadi macam ni..”soalku dengan nada yang pelahan.

“Abang sendiri pun tak tahu Lisa…abang dah cuba cakap dengan paklong…semua ni gara-gara harta Lisa…mereka tak mahu harta itu terlepas ke tangan orang lain..Lisa pun tahu…arwah atuk tidak meninggalkan sedikitpun harta untuk mereka…sebaliknya semua harta arwah atuk..telah pun diwasiatkan kepada kita berdua…abang sendiri tak dapat membangkang kata-kata ayah abang..”ujar Abang Ikhwan.

“Abang..apa kata kita tukarkan semua harta arwah atuk tu ke atas nama mereka…Lisa tak mahu sebab harta..kita jadi macam ni…abang sendiri pun tahu selama ini hidup Lisa terletak di tangan Paksu…”ujarku lagi.

“Abang pun rasa macam tu juga…tapi Lisa…kalau mereka tak setuju macam mana??apa kata Lisa yang ajukan cadangan ini kepada paklong..Lisa sendiri tahu paklong kan sayangkan Lisa…”ujar Abang Ikhwan dengan senyuman.

“Insyallah Lisa akan ajukan kepada paklong…”ujarku…

——————————-

“Tidak..paklong tak setuju…ini bukan sebab harta…paklong sayang Lisa…paklong nak Lisa jadi menantu paklong..”ujar Paklong..aku yang ketika itu sedang duduk berdua bersama paklong di taman mini…terkedu seketika.

“Tapi paklong…Lisa cuma mengganggap Abang Ikhwan macam abang kandung Lisa sendiri…kesian dekat Abang Ikhwan paklong…dia dah ada calonnya sendiri…Lisa sendiri pernah jumpa dengan calonnya…dia seorang wanita yang sopan santun…baik…paklong cuba laa suruh Abang Ikhwan bawa perempuan itu datang sini…paklong mungkin akan berkenan”ujarku sambil tersenyum..hampir setengah jam aku merenung wajah paklong yang makin dimamah usia…oh tuhan…kurniakanlah hajatku yang satu ini.

“Baik…paklong akan beri peluang kepada Fadzli…tapi…jodoh kamu biar paklong yang cari…setuju?”ujar paklong…sekali lagi hidupku diatur…tapi kalau dengan cara ini kami tidak terikat..aku rela.

“Baiklah Lisa setuju”ujarku lantas tersenyum….ketika itu ayah datang bersama Abang Ikwan sambil gelak.

“Sakan nampak gelak…usu…aku dah buat keputusan…nak batalkan pertunangan diaorang..”ujar paklong yang duduk bersebelahan dengan aku…aku hanya tertunduk.

“Kenapa??”ujar ayah dengan nada yang terkejut…tanpa menjawab persoalan yang melanda ayah…lantas paklong mencapai tangan ayah..membawa ayah keluar..Abang Ikhwan yang dari tadi hanya berdiri datang ke arahku.

“Macam mana Lisa??paklong kata apa??”ujar Abang Ikhwan dengan nada yang mungkin tidak sabar untuk mengetahui perkara itu.

“Hurm…”aku sengaja menjawab lambat-lambat.

“Takkan paklong tak setuju??cakap la Lisa??”ujar Abang Ikhwan…aku kemudiannya tersenyum.

“Abang ni cepat gelabah la…paklong setuju…nanti abang bawa la akak datang jumpa paklong..tapi…”aku kemudiannya tertunduk semula.

“Tapi apa Lisa???”soal Abang Ikhwan…aku terdiam seketika…kelihatan…manik-manik peluh menghiasi dahi Abang Ikhwan.

“Paklong nak pilihkan jodoh untuk Lisa… Lisa tak kisah…asal abang bahagia…asal kita tak dinikahkan…itu pun Lisa dah bersyukur sangat-sangat..”ujarku sambil melemparkan senyuman kepada Abang Ikhwan…tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi..lantas aku mencapai telefon yang aku letak di atas meja sebentar tadi.

**Assallamualaikum…siapa tu??**

**Luqman ni…Lisa…tolong la saya…please**

**Awak ni memang la…tolong laa berapa kali saya nak beritahu awak…tolong la jangan kacau saya!!…sebab awak saya hilang semua sahabat saya…boleh tak awak berhenti jadi pemusnah sebuah persahabatan…**

**Tapi Lisa**

**Sudah..saya tak mahu dengar apa-apa lagi….awak jangan kacau saya!!**KLIK!!

“Sape Lisa?”soal Abang Fadzli.

“Luqman…”ujarku lagi.

“Anak Dato’ Jazran kawan paklong dengan paksu tuh ke?”soal abang tanpa henti.

“Iye!!anak Dato’ yang miang tu..”ujarku perlahan..serentak itu kami ketawa dengan kuat.

“Amboi..seronoknya…cerita apa ni..”soal ayah…aku dan Abang Fadzli menutup mulut kerana terlampau seronok…

“Cerita pasal Dato’ miang la ayah..”ujarku…lantas buat kali kedua aku dan Abang Fadzli tergelak…

“Dato’ mane yang miang sangat tuh?”soal paklong yang tidak tahu hujung pangkal cerita kami.

“Dato’ Jazran…”ujar Abang Fadzli.

“Uish..tak baik kamu kata dia macam tu…jahat-jahat dia pun…bakal ayah mertua kamu juga..”ujar ayah.

“Hah??ayah mertua siapa??”kami menyoal serentak.

“Bukan kamu la Ikhwan…tapi Lisa..”ujar paklong.

“Hah!!dengan siapa ayah??!”jerit ku spontan…tak kan dengan Luqman??tidak!!!Lisa tak mahu.

“Ish…kamu kenapa!!??dengan siapa lagi…dengan Luqman la…kenapa kamu nak dekat ayahnya ke?”ujar ayah serentak itu mereka bertiga ketawa…aku hanya mencemikkan muka.

“Ya allah…kenapa dengan buaya darat tu juga ayah…tak ada orang lain dah ke???”ujarku sambil meraupkan muka ku.

“Ada..Abang Ikhwan..”ujar paklong…aku hanya mendiamkan diri…apa laa nasib aku…tak dapat sepupu…dapat buaya darat…nasib…nasib.

“Terpulang lah..Lisa nak pergi siapkan makan malam…”ujarku sambil berlalu..

—————————

Ketika itu aku sedang mengemas bilik stor yang mungkin sudah bertahun tidak terkemas…bilik itu terletak dibelakang rumah…aku sendiri hairan ayah tidak pernah pergi ke stor itu untuk mengambil apa-apa…aku sudah terlampau bosan duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa aktiviti..jadi aku mengambil keputusan untuk mengemas stor di belakang rumah…stor itu tidak mempunyai banyak barang…hanya ada kotak-kotak yang mungkin sudah lama…dan 1 kotak kelihatan baru…keinginan aku untuk membuka kotak yang kelihatan baru itu amat kuat…lantas aku mencapai kotak itu dengan pantas…alangkah terkejutnya aku…setelah aku membaca surat-surat yang begitu banyak di dalam kotak itu…ternyata ditujukan untuk aku…aku dengan pantas membuka satu daripada surat itu…

Assallamualaikum…

Apa khabar puteri??ibu dekat sini sentiasa sihat…ibu harap puteri sentiasa sihat..ibu yakin ayah akan menjaga puteri dengan sebaik mungkin….kenapa puteri tidak pernah membalas surat-surat ibu yang lalu..kenapa puteri hanya mengirimkan gambar…..adakah puteri marah dengan ibu…oh ya puteri…kalau puteri senang datang lah ke rumah ibu di Kuala Kangsar…alamatnya ibu sertakan di belakang surat ini…ibu terpaksa berundur…harap bertemu di lembaran yang lain…jaga lah diri puteri…

Ikhlas Dari Bonda,
Puteri Khairina Alisha

Apa!!surat itu bertarikh 2 Mei 2006…maknanya…seminggu yang lepas!!…lantas aku menutup semula kotak itu…selepas aku meletakkan kotak itu ditempatnya kembali dengan pantas aku keluar dari stor itu…surat itu aku simpan di dalam poket seluarku…ya allah…ini peluang untuk aku bertemu kembali dengan ibuku…tiba-tiba paklong muncul di pintu utama…

“Kenapa Lisa??nampak macam terkejut je…”ujar paklong.

“Tak ada apa-apa paklong…paklong…boleh tak kita bersembang??”soalku sambil memaut lengan paklong.

“Tentu boleh…Lisa nak sembang tentang apa…”soal paklong….aku mendorong paklong masuk ke dalam kereta.

“Adalah..tapi kita pergi ke Taman Bunga…boleh paklong??tentang ayah dengan abang..paklong jangan la risau…macam tak biasa je…kalau paklong dengan Lisa tak ada…maknanya kita keluar sama-sama la…”ujarku sambil menghidupkan enjin kereta.

“Ok..paklong tak ada masalah…”ujar paklong…sepanjang perjalanan kami …suasana sunyi sepi..setelah tiba di Taman Bunga…aku mengajak paklong duduk di bawah pokok…

“Lisa berharap sangat …tolong lah beritahu Lisa perkara yang sebenarnya…hanya paklong tempat Lisa bertanya tentang segala-galanya…”ujarku sambil menatap wajah paklong…

“Lisa nak cakap apa sebenarnya ni…insyaallah…paklong akan berterus-terang dengan Lisa..
Tapi boleh paklong tahu tentang apa??”ujar paklong.

“Tentang ibu..kenapa ibu tinggalkan Lisa…”soalku…paklong kelihatan amat terkejut dengan pertanyaan aku sebentar tadi.

“Tentang Alisha…huhh….”paklong melepaskan keluhan yang amat panjang.

“Lisa harap paklong jujur dengan Lisa…”ujarku…

“Baiklah Lisa…sebenarnya Alisha tak pernah tinggalkan kamu..ayah kamu telah menceraikan ibu kamu 3 hari selepas kamu lahir…”ujar paklong.

“Kenapa ayah ceraikan ibu??”soalku lagi.

“Ibu kamu telah difitnah…dia diperangkap ketika itu kamu masih didalam kandungannya…keluarga belah ibu kamu telah memerangkap ibu kamu…mereka telah membuat rancangan sehingga ibu kamu ditangkap bersama dengan seorang lelaki di sebuah hotel..ketika itu ayah kamu dan paklong dipanggil oleh keluarga belah ibu kamu…ayah kamu sangat marah…tapi paklong tak percaya yang ibu kamu sanggup berbuat begitu…setelah paklong menyelidik…barulah paklong tahu apa yang terjadi sebenarnya..tapi…semuanya sudah terlambat…ayah kamu telah menceraikan Alisha..dan paklong tidak dibenarkan bercerita apapun tentang Alisha di hadapan kamu…pernah juga paklong membuka mulut untuk menceritakan hal yang sebenar…tetapi semuanya sia-sia..ayah kamu tidak mahu mendengarnya…”ujar paklong sambil melontarkan pandangannya kearah bunga-bunga di taman itu…mataku yang bertakung tidak mampu lagi membendung airnya…lantas mengalir dengan deras…lantas aku mengeluarkan surat dari ibuku.

“Paklong…kenapa semua orang cuba menyembunyikan dari Lisa..surat dari ibu untuk Lisa berkotak-kotak lagi di dalam bilik stor…kenapa paklong…”ujarku dalam tangis.

“Maafkan paklong Lisa..paklong tidak berdaya..itu semua kehendak ayah kamu…”ujar paklong lagi.

“Lisa nak cari ibu paklong…”ujarku sambil menyeka air mataku yang mengalir.

“Paklong boleh mengaturkan semua itu…tetapi…seharusnya kamu pergi setelah kamu bertunang..itu lebih memudahkan lagi rancangan kita kerana ayah kamu…pasti akan menyuruh Luqman untuk menemani kamu…”ujar paklong…

“Terserah….semuanya Lisa serahkan kepada paklong…yang penting Lisa dalam bertemu dengan ibu secepat yang mungkin..”ujarku sambil menggenggam tangan paklong..paklong hanya mampu tersenyum..

-**-Bersambung-**-

3 Respons

  1. Cite nie cm best la.. Cpt la wat smbungnyer.. X sbr nk tunggu nie..

  2. cerita best…..bila nak sambung…??? tak sabar nak baca sambungan cerita nie…

  3. -nina-
    nak tanye skit nape ade name sarra aulia kat atas ???
    boleh tolong jawab x..
    sye x berape puas hati..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: