Novel : Hanya kau dihati 6

kathy
ktp_snkp@yahoo.com

Kami semakin selesa dan dapat menyesuaikan diri di sini. Setiap petang anakku akan bermain bola. Aku tidak memerhatikannya lagi kerana aku tahu dia akan bermain dengan anak jiranku. Namun sejak kebelakangan ini, dia sering menyatakan seronok bermain dengan uncle. Dia sentiasa memberitahuku bahawa dia diajar bermain dan uncle itu adalah jiran kami yang tidak pernah aku temui itu. Sekarang aku terlalu sibuk jadi aku hanya dapat menasihat anakku agar berhati-hati sahaja. Mungkin selepas kerjaku ini siap barulah aku akan berjumpa dengan uncle yang diberitahu oleh anakku itu.
Sepanjang aku menyiapkan budget untuk projek pembinaan bangunan perniagaan ini, aku tidak pernah berjumpa dengan pengarah projeknya. Ini kerana menurut bosku, En. Ali, dia telah ke Singapura kerana menjalani kursus selama 2 bulan. Namun begitu, telah seminggu dia pulang tetapi aku masih belum berkesempatan untuk jumpa. Adakalanya jadual kami bertindih dan ini menyebabkan kami sukar untuk berjumpa.

Hari ini, aku telah membuat appointment untuk berjumpa ketika makan tengahari. Aku tidak tahu kenapa hatiku rasa gementar dan tidak tenteram. Aku juga terlalu sukar untuk memilih pakaian yang ingin dipakai sehingga hampir semua pakaianku dalam almari aku keluarkan. Akhirnya aku memilih untuk memakai baju kurung. Aku tidak tahu kenapa itu yang aku pilih, sedangkan aku jenis yang tidak sukar berpakaian baju kurung. Kenapa dengan diriku hari ini? Aku pun tidak dapat mencari jawapannya.
Aku tiba di restoren yang dijanjikan. Aku pergi bersama Azman kerana Azman merupakan pembantuku. Kami sampai 5 minit sebelum pukul 1 namun, meja yang ditempah telah diduduki oleh 2 orang lelaki. Ketika aku melangkah ke situ, aku dapat melihat En. Razi, pembantu pengarah yang selalu aku jumpa. Manakala seorang lagi lelaki membelakangiku menyebabkan aku tidak dapat melihatnya. Mungkin inilah pengarah itu. Fikirku. Aku menghampiri meja itu.

“Maafkan kami sebab lambat” ujarku sambil memandang En. Razi
“Eh..mana ade. Belum pun pukul 1. Kami je yang datang awal. Duduklah Siti, Azman.
“Terima kasih.” Ujarku sambil mengambil tempat sebelah En. Razi.
“Oh ya, kenalkan inilah pengarah projek kita, En. Mukhriz Fitri Mokhtar.”
Nama yang disebut itu membuatkan aku terus memandang lelaki yang berhadapan dengan En. Razi. Saat itu aku rasanya seolah-olah dunia ini tidak berpusing. Dadaku berasa sakit seolah-olah udara telah kehabisan untuk dihirup. Lelaki itu hanya memandangku dengan tenang. Sememangnya dia lelaki yang tenang dalam menghadapi apa jua keadaan. Tangannya dihulurkan kepadaku pula setelah bersalaman dengan Azman. Aku menyambut huluran tangannya dengan tanganku yang sejuk dan bergigil.

“Mukhriz Fitri” Suara yang terlalu lama aku rindui.
“Siti” Balasku ringkas sambil cuba melepaskan tanganku dari gengamannya.
“Hai Fitri, tak nak lepaskan tangan cik puan kita tu? Usik En. Razi
“Macam mana aku nak lepaskan. Dia kenalkan diri tak lengkap. Siti apa? Siti Nurhaliza? Siti Khadijah? Atau Siti Nor Qatrizah?” Balasnya sambil merenungku.
“Siti Nor Qatrizah.” Jawapku sambil merentap tanganku.
“Wow, hebat kau Fitri. Tahu nama penuh Siti. Aku yang selama ni berbincang dengan dia pun tak tahu.”
“Boleh kita mulakan sekarang? Ucapku sambil berharap namaku tidak menjadi topic.
“Apa kata kita makan dulu.” Jawapnya sambil merenungku. Kalau ikut hati aku memang hendak sahaja aku korek mata dia.
“Saya tak lapar. Saya ingat nak bincang sekejap je pastu saya nak pulang.” Tolakku
“Kenapa Siti? Kau tak apa-apa ke? Kau tak makan dari pagi lagi kan.” Tanya Azman.
“Aku dah makan tadi.” Bohongku.
“Bila? Dari pagi tadi aku dengan kau meeting kat Bank. Bilanye kau makan? Sangkal Azman
“Aku tak sihat lah, Man. Boleh tak kau ambil alih meeting ni?
“Demam ke? Abg…eh, saya hantarkan ke klinik?” terlajak kata-katanya membuatkan aku tergamam. Namun, aku cepat-cepat kembali ke alam nyata.
“Tak payah lah. Saya boleh pergi sendiri.” tolakku
“Bahaya kalau drive masa sakit.”
“Pandailah saya jaga diri sendiri.”
“Kita cancel kan meeting ni. Saya hantar awak ke klinik.”
“Kenapa nak batalkan pula? Selama ni pun kalau saya takde, Azman yang gantikan saya. Tak payah nak menyusahkan semua orang.” Bentakku.
“Kenapa keras kepala sangat ni?” soalnya sambil merenungku. Kebiasaannya apabila memarahiku.
“Awak peduli apa?” balasku.
“Woi, yang korang berdua ni tiba-tiba bertekak, kenapa? Fitri, kau kenal ke Siti? Soal En. Razi yang dalam kehairanan melihat kami.
“Maafkan saya. Sila teruskan lah. Apa-apa hal nanti Azman akan beritahu saya. Saya balik dulu. Bye.” Ucapku sambil berlalu tanpa memandang ke belakang lagi.

Serentak dengan langkah kakiku. Airmataku turun tanpa dapat ditahan lagi. Sesungguhnya telah lama airmata ini tidak mengalir. Akhirnya aku kalah dalam melawan gelora dalam hatiku sebentar tadi. Wajah dan suaranya tidak pernah hilang dalam hatiku ini. Walaupun beribu kali aku menyatakan benci terhadapnya, ia masih tidak dapat memadamkan ingatanku terhadapnya. Dirinya memang sebahagian dari diriku. Segala kebencian yang aku wujudkan hanya untuk menipu hatiku agar membuang cintanya. Namun, semua itu hanya sia-sia kerana selama 6 tahun aku masih tidak mampu membencinya apatah lagi untuk melupakannya.
Aku runsing memikirkannya apabila aku mendapat tahu bahawa aku akan selalu berjumpanya untuk berbincangkan projek ini. Aku tidak kuat untuk mengharungi ini. Aku tidak mampu untuk bersikap biasa apabila berhadapan dengannya kelak. “Ya Allah, bantulah hambamu ini dalam menghadapi dugaanmu ini.”
Sudah 3 hari aku mengambil cuti. Aku berasa lemah dan tidak bermaya. Segala semangat dan ketabahanku telah di bawa pergi olehnya. Anakku hairan melihat aku hanya termenung sahaja. “wahai anakku, seandainya kau tahu apa yang ibumu sembunyikan darimu”. Bukan niatku untuk menyembunyikannya, tetapi aku tidak berdaya untuk menghadapi kenyataan sekiranya Mukhriz Fitri ingin merampas anaknya, Munir Fitri dariku. Cukuplah aku merasai kehilangan orang yang paling aku cintai dahulu. Aku tidak mahu kehilangan kesayanganku ini.
Anakku masih seperti biasa, riuh bercerita tentang bola, kawan-kawan barunya dan uncle. Siapa uncle itu? Sehingga kini aku tidak berpeluang untuk berjumpanya. Aku risau juga sandainya “uncle” yang diceritakan oleh anakku itu adalah orang jahat. Sekarang terlalu banyak kes kehilangan anak-anak kecil. Kecut hatiku apabila membaca didada-dada akhbar. Aku berharap agar perkara ini tidak terjadi pada anakku.
Petang itu, selepas pulang dari bermain bola anakku menyatakan dia membawa pulang “uncle” untuk diperkenalkan padaku. Memang aku mengajarnya agar memperkenalkan semua kawan-kawannya padaku. Aku menyuruh anakku menjemputnya masuk sementara aku menyiapkan minuman.
“Maaflah sebab menunggu. Fitri tak beritahu nak bawa kawannya datang” ujarku sambil menatang dulang.
Ketika mataku terpandang wajahnya, seluruh anggotaku lemah. Aku tidak mampu menahan beban dulang minuman lalu jatuh terhempas. Kaca dan air minuman berselerak dihadapanku. Fitri, anakku dan dia bangun terus meluru ke arahku.
“Mama, kenapa ni?” anakku lari mendapatkanku.
“Fitri, jangan.. kaca banyak tu” Tegah Mukhriz Fitri.
Suaranya menyebabkan aku tersedar dari kejutan. Lalu melihat Fitri berada dalam dakapannya. Saat melihat itu, air mataku mengalir.
“Mama… kenapa mama nangis? Mama sakit lagi ke? Tanya anakku
“Tak lah, sayang. Jangan ke sini. Biar mama sapu dulu. Fitri pergi mandi ek.”
“Tapi uncle ada kat sini. Kejap lagi lah mama.
“Sekarang juga. Biar mama layan uncle. Nanti fitri dah mandi, turun bawah.”
“Tapi mama…”
“Fitri.!!!!”
“Ok mama, Fitri pergi mandi sekarang”
Selepas anakku beredar, aku terus memungut kaca-kaca yang berselarak tanpa menghiraukan kehadirannya. Aku terus ke dapur dengan harapan agar dia terus pulang. Namun sangkaanku meleset, ketika aku ingin ke ruang tamu, dia memerhatikanku sambil menyandar di pintu dapur. Aku tersenyum memandangku sedangkan ketika itu aku sedang menyapu air mataku.
“Awak nak ape lagi, En. Fitri. Pergilah balik. Nanti dah malam, lewat pula sampai rumah.
“Takpe. Rumah abang kat sebelah je.
“Hah.!!! Aku terperanjat dengan keterangannya dan panggilannya.
“Rumah saya takde orang, nanti apa pula kata jiran-jiran. Tolonglah keluar.
“Mana suami?
“Dia keje lah. Kejap lagi balik. Baik En. Fitri keluar.
“Fitri yang jemput saya untuk berkenalan dengan family dia. Tak salah kalau saya nak kenal dengan suami ayang kan?
“Jangan panggil saya ayang lah.
“Kenapa?
“Saya tak suka.
“Tapi dulu ayang paling suka abang panggil begitu kan”
“Tak ada masa dulu dalam kamus hidup saya.
“Ayang dah lupakan abang? Cinta abang? Cinta kita?
“Awak tak layak untuk bercakap tentang cinta dengan saya. Sebelum saya jadi kurang ajar, baik awak…
“Mama, Fitri dah siap mandi.” Katanya lalu duduk di sebelah Mukhriz Fitri.
“Uncle dah nak balik Fitri”
“Tapi tadi uncle janji nak makan dengan Fitri. Mama kan nak buat makan-makan dengan family auntie mas. Boleh lah ajak uncle skali.
“Uncle sibuk.
“Tapi tadi uncle….
“Fitri, siapa ajar kurang ajar ni? Mama cakap uncle sibuk kan.
“Maafkan Fitri, mama. Fitri cuma nak ajak uncle makan dengan kita. Kesian uncle makan sorang-sorang.
“Mama…
“Oklah, Fitri. Uncle makan dengan Fitri ek. Tapi uncle kena balik sebab nak mandi dan salin baju.
“Ok, uncle. Fitri ikut ek. Boleh , mama.
“Tak boleh.
“Tapi mama… rumah uncle kat sebelah je.
“Mama cakap tak boleh
“Ikut cakap mama Fitri ek. Lagipun nanti kalau papa Fitri balik mesti dia marah kalau Fitri keluar malam-malam.
“Tapi papa Fitri tak pernah balik. Fitri tak pernah jumpa papa.
“Hah…
“Fitri tolong mama je. Nanti kan uncle nak datang juga.
“Ok mama. Biar Fitri hantar uncle kat luar ek , mama.
“Ok.
Ape yang aku perlu lakukan sekarang. Kedua-dua Fitri telah berjumpa malah menjadi rapat tanpa aku sedari. Aku tidak mampu untuk menghadapi kedua-duanya nanti. Mas…cepatlah datang. Aku perlukan bantuan kau. Aku belum lagi menyiapkan tempat untuk makan malam nanti. Aku seolah-olah tidak tahu untuk berbuat apa-apa. Aku hanya termenung sahaja di dapur.
“Mama, auntie Mas dan uncle Azman dah datang.” Jerit anakku.
Aku terus meluru ke arah Mas lalu memeluknya.
“Kenapa kau ni?
“Eh..korang berdua ni, macam dah bertahun tak jumpa. Padahal minggu lepas baru pergi shopping sama-sama” tegur Azman.
“Qat, kenapa ni?
“Oklah, jom kita pergi dapur. Abang tengokkan budak-budak ni.
Mas terus menarikku ke dapur. Aku terus menangis di hadapan Mas. Kami tidak berkata-kata. Hanya suara tangisan aku yang kedengaran. Nasib baik tidak kuat. Pandai pula aku cover…hehe.
“Fitri tinggal kat sebelah. Dia dah jumpa anak aku. Siap kawan lagi. Tiap-tiap hari Fitri cerita pasal uncle. Aku tak sangka rupa-rupanya uncle tu adalah dia. Aku tak tahu nak buat apa”
“Qat, sebenarnya Azman dan Fitri kawan. Fitri selalu tanya aku pasal kau. Aku tak pernah cerita apa-apa sebab aku dah janji dengan kau. Masa kau suruh carikan rumah, Azman minta tolong dari Fitri lah. Aku tak sangka pula ada rumah kosong kat sebelah rumah dia.
“Kalau kau dah tahu, kenapa kau tak beritahu aku. Kenapa kau biarkan dia dapat jumpa dengan aku.
“Kau tak boleh elak Qat. Bukan setakat sebelah rumah malah kau kerja pun berurusan dengan dia kan. Mungkin dah takdir korang untuk berjumpa.
“Tapi aku tak nak jumpa dia.
“Kenapa Qat. Dia papa pada anak kau.
“Aku tak nak dia tahu. Lagipun aku benci sangat dia, Mas.
“Tak. Kau tak benci dia, Qat tapi kau masih sayang dengan dia kan. Kau tak nak jumpa sebab kau takut akan jatuh cinta pada dia semula.
“Tak, Mas.
“Aku kawan kau,Qat. Aku tahu semua rasa hati kau. Kau memang takkan jatuh cinta semula pada dia sebab cinta tu memang untuk dia. Dalam hati kau hanya ada dia je.
“Tak. Aku dah lupakan dia.
“Kalau kau dah lupakan dia, kenapa sampai sekarang kau masih tak kahwin lain. Aku tau ramai yang datang pinang senua kau tolak. Kau tolak sebab kau hanya inginkan Fitri.
“Tapi hati aku masih sakit lagi, Mas. Aku tak cintakan dia. Aku tak sayang dia, Mas.
“Oklah, Qat. Aku pun tak mahu kawan aku sedih. Cukuplah tu. Mata kau pun merah dah tu.
“Aku hanya berserah pada takdir, Mas. Biar keadaan yang menentukan. Aku tak kan beritahu pada dia bahawa Fitri adalah anaknya.
“Jangan macam tu, Qat. Fitri tu darah daging dia juga. Zuriat dia.
“Aku tak mampu nak beritahu, Mas. Aku takut anak aku bencikan aku.
“Buat masa ni janganlah cakap apa-apa lagi dengan anak kau. Bila masa sesuai barulah kau cakap ek.
“Tengoklah dulu.
“Oklah, jom siapkan meja. Lapar dah suami dan anak-anak aku. Ingatkan nak datang makan je. Tapi kena buat gak keje.
“Eleh..minta tolong sikit pun tak boleh. Kalau nak aku buat sorang, boleh juga tapi tunggulah pukul 9 baru kita makan.
“Oklah, aku tolong.
Kami menyiapkan meja untuk makan malam. Walaupun luar aku nampak tenang dan bergelak ketawa namun hatiku masih gementar. Gementar kerana takut hal yang aku sembunyikan terbongkar dan gementar untuk berhadapan dengannya.
“Orang perempuan ni kalau kerja mesti bising. Tak sah kalau tak riuh.”
“Tapi riuh-riuh mereka lah yang menceriakan rumah,Man.” Suara itu membuatkan semua perbuatanku terhenti. “Bila masalah dia datang. Aku tak dengar pn.” Fikirku.
“Ye..ye…uncle dah datang.” Ujar Fitri lalu terus memeluknya. Terkejut aku dengan perbuatan Fitri kerana anakku bukan suka memeluk orang yang tidak rapat dengannya.
“Mestilah uncle datang. Fitri kan ajak uncle.” Ujarnya lalu mengucup dahi Fitri. Mukhriz Fitri memandangku. Aku memalingkan muka kerana tidak mahu dia melihatku yang cuba menahan airmataku yang hampir gugur. Adakah aku kejam kerana memisahkan mereka?
“Jomlah kite makan. Aku tak sabar n ink rasa nasi ayam Qat ni.” Ajak Mas bila lihat aku hanya membisu.
Kami mengambil tempat duduk. Anakku berkeras untuk duduk di sebelah “unclenya”. Aku membiarkan sahaja. Aku adalah orang terakhir mengambil tempat dan kebetulan berhadapan dengan Mukhriz Fitri. Ini mengurangkan lagi seleraku untuk makan. Kenapa kami perlu dipertemukan?
“Sedap kau masak Qat. Setahu aku dulu kau lah paling tak suka memasak.” Mas cuba untuk memecahkan kesunyian di atas meja makan.
“Kalau tak masak, nak bagi anak aku makan apa? Jadi nak ke tak nak aku kena masak gak.” Balasku.
“Berselera aku. Kalah makanan kat restoren aku. Untuk kau datang Fitri, dapat rasa makanan sedap.”
“Ni memang rumah Fitri lah auntie. Kenapa Fitri nak datang lak?”
“Fitri cakap dengan uncle Fitri lah.
“Ohhh…tapi auntie salah sebut nama Fitri lak.
“Kan uncle nama Fitri juga”
“Iye ke? Fitri tak tahu pun. Betul ke nama uncle Fitri gak? Siapa nama uncle?
“Fitri, makan tak elok cakap. Kan mama dah pesan banyak kali.
“Fitri tahu, mama. Fitri nak tahu nama uncle je.
“Kan Fitri dah kenal.
“Tak, mama. Fitri panggil uncle je. Uncle pn tak beritahu nama uncle.
“Fitri tak tanye uncle. Nama penuh Fitri pun, uncle tak tahu.
“Nama Fitri…
“Fitri… mama cakap makan dulu kan.
“Fitri makan lah ni mama. Uncle nak tahu nama Fitri je. Boleh kan mama.
“Tak apelah, Fitri. Nanti mama marah.” Belanya. Aku memandang tajam padanya.
“Tak, mama tak marah sebab mama Fitri baik. Nama Fitri… Muazim Fitri bin Mukhriz Fitri.
“Siapa nama ayah Fitri?
“Uncle ni mesti tak dengar betul-betul Fitri cakap. Mukhriz Fitri bin…. Mama, papa bin apa? Siapa nama atuk? Fitri lupa lah mama.
“Fitri kecil lagi dah lupa. Mama pun lupa lah. Mama nak makan. Fitri pun makan juga. Lepas ni baru berbual, ok”
“Mama ni….Fitri tanya pun tak nak jawap. Takpe biar Fitri fikir dulu…
“Makan dulu Fitri. Kenapa degil ni?
“Mama, Fitri dah ingat. Nama mama Siti Nor Qatrizah binti Abdullah. Nama papa Mukhriz Fitri bin Mokhtar.” Aku memandang wajahnya.
“Hah….” Ucapnya terkejut lantas terus memandangku.
“Uncle ni terkejut pula.Fitri dah beritahu nama Fitri, uncle pula..
“Nama uncle pun Mukhriz Fitri bin Mokhtar.” Ucapnya perlahan sambil terus memandang kearahku. Pandangannya yang tajam telah aku hafal maksudnya. Dia mahukan penjelasan.
“Mama, nama uncle sama dengan nama papa lah…. Mama dengar tak Fitri cakap.”
“Mama dengar.
“Bestnya kalau uncle jadi papa Fitri kan, mama.
“Fitri, kenapa minta bukan-bukan ni?” tengkingku.
“Fitri cuma cakap je, mama.
“Mama tak suka tahu. Fitri sekarang dah degil ek. Mama suruh makan Fitri berbual je. Mama tak ajar Fitri macam ni. Sekarang dah besar ke sampai tak nak dengar cakap mama? Jangan sampai mama pukul Fitri.
“Fitri minta maaf, mama. Fitri makan sekarang ni.
“Qat, depan rezeki ni. Jangan lah marah anak macam tu.
“Maaflah Mas. Lupakan jelah. Makan lah. Banyak lagi dekat dapur tu.
“Aku dah 2 kali tambah, kau tu yang makan sikit sangat. Dari tadi aku tengok kau cuit-cuit je nasi tu.
“Aku dah kenyang lah tu. Macam kau tak faham perangai aku.
“Mama…
“Kenapa sayang?
“Mama tak marah Fitri lagi ke?
“Tak tapi janji dengan mama Fitri jangan nakal dan dengar cakap mama tau.
“Ok mama, Sayang mama.
“Fitri, pergi basuh mulut dulu baru cium mama. Tengok sekarang, berminyak pipi mama.
“Ok mama.

Selepas kejadian malam itu, aku menerima panggilan telefon daripada abah. Aku sudah dapat mengagak perkara yang akan diperkatakan oleh abah. Menurut abah, Mukhriz Fitri telah menelefonnya dan meminta penjelasan dari abah. Selama ini, hubungan Fitri dan keluargaku tidak pernah putus kerana mereka berhubung tanpa pengetahuanku. Semua perkara dalam pengatahuan kecuali hal anakku kerana familyku telah berjanji untuk merahsiakannya. Abah masih tidak memberitahunya tetapi abah telah menyuruhnya meminta penjelasanku. Seandainya aku masih tidak memberitahunya, abah sendiri akan memberitahu.

Nampaknya aku perlu berdepan dengannya tetapi apa yang perlu aku perkatakan. Sedangkan dia sendiri telah mengetahui dari mulut anakku menyatakan bahawa namanya yang ku letakkan di hujung nama anakku. Perlukah aku larikan diri sekali lagi? Sejauh mana aku larikan diri pasti dia akan menjejakku kerana dia mendapat bantuan dari familyku dan juga Mas. Adakah dia masih mencintaiku sepertimana yang dikatakan oleh abahku? Kalau dia tidak mencintaiku, kenapa dia memanggilku dengan panggilan ayang?.

Selama seminggu aku cuba untuk melarikan diri darinya. Setiap perjumpaan berkenaan projek dengannya akan aku mewakilkan Azman untuk pergi. Aku pulang lewat ke rumah agar dia tidak berjumpaku apabila anakku dan dirinya pulang dari bermain bola. Aku perasan, setiap kali aku pulang dari tempat kerja dia akan berada dihadapan rumahnya tidak kira selewat manapun aku pulang. Dia memandangku tetapi apabila mata kami bertentang aku akan segera melarikan wajahku. Aku tidak mampu untuk berdepan dengannya lagi. Biarlah aku bersedia dahulu.

Hari ini, anakku meminta izin dariku untuk pergi menyaksikan perlawanan bola sepak di Bandar Terengganu bersama dirinya. Pada mulanya aku tidak membenarkannya, namun apabila dia datang bersama Azman untuk mengajak anakku menyebabkan aku tidak mampu untuk menolaknya. Dia berusaha untuk dekat dengan aku dan anak kami. Aku masih melihat sinaran cinta dari matanya dan perbuatannya. Namun, aku tidak pasti. Jika dia mencintai dan menyayangiku kenapa dia tergamak melukakan aku dahulu?
Kenapa dia harus cuba mendekatkan dirinya padaku sedangkan dia mengetahui bahawa aku tidak mahu berjumpa dengannya? Kenapa hatiku masih berdebar bila berhadapan dengannya? Mulutku sering menyatakan benci namun hatiku masih tidak melupakan.

Satu Respons

  1. bes la cite nih..
    org ganu mmg baek ek..hehehe..
    ader smbgn lg ke cite nih..
    klu ader cepat2 la..xsabar nk thu ending dier..gudluck for writer tk story nih..cite ni mmg best…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: