Novel : Hanya kau dihati 7

kathy
ktp_snkp@yahoo.com

Mas mendapat tempahan untuk memasak bagi majlis pertunangan. Rupa-rupanya esok adalah pertunangan adik bongsu Fitri, Batrisyah. Rumahnya menjadi tempat persinggahan rombongan lelaki yang datang dari Kuala Lumpur. Mas ingin menggunakan ruang dapurku bagi memasak untuk mereka. Lagipun mudah untuknya menhantar nanti.
Aku menjadi semakin tidak tenang kerana risau seandainya terserempak dengan bekas ibu mertuaku. Walaupun kami selalu berhubung sekali-sekala namun aku tidak mampu untuk berjumpanya kerana kenangan masa lalu pasti menjelma. Walaupun kenangan manisku banyak di masa lalu tetapi aku tidak mengetahui kenapa kenangan pahit itu juga yang aku ingati.

“Assalamualaikum”. Kedengaran salam dihadapan rumahku.
“Waalaikummussalam.” Aku terus membuka pintu untuk melihat siapa yang datang.
Aku melihat seorang perempuan sedang menunduk mengeluarkan barangnya.
“Cik hendak cari siapa?”Tanyaku..
“Saya…..Kak Siti!!!” Jerit Batrisyah sambil terus memelukku.
“Bila kak datang sini? Dengan siapa? Kenapa akak duduk sini lak?” tanya Batrisyah sambil mengesat airmatanya.
“Satu-satulah. Tak terjawap akak, Isyah tanya banyak sangat. Masuklah dulu.
“Isyah rindu sangat dengan akak. Mak tunggu sokmo akak call. Akak dah lupakan kami.”
“Bukan macam tu Isyah, akak pun rindu sangat kat ko terutamanya mak. Sebab tu akak call.
“Akak duduk kat sini doh ke?
“Iye. Akak kena transfer kat sini. Dah dekat 3 bulan akak kat sini.
“Sampai hati akak tak datang rumah. Bukan jauh pun. Akak tak sayang kami lagi ke?
“Jangan cakap macam tu, Isyah. Akak sayang kamu semua tapi akak tak kuat. Akak takut kalau terjumpa dengan abang.
“Takut jumpa abang? Tapi akak tau tak, abang tinggal kat sebelah.
“Akak tahu sebab tu akak rasa tak tenang je.
“Rumah tu dia beli 5 tahun lalu. Dia cakap memang dia beli untuk tinggal dengan akak. Rumah tu untuk akak.
“Tak mungkin, Isyah. Kami dah berpisah.
“Tapi abang selalu cakap dia akan bawa akak balik semula sebab hanya akak dalam hidup dia. Abang sayang akak sangat-sangat,
“Kalau dia sayang akak, dia tak akan lukakan hati akak, Isyah.
“Semua orang buat kesilapan. Masa akak tinggalkan abang, dia dah tak terurus. Kerja pun tak pergi. Kak Najatul selalu datang cuba pujuk abang tapi abang sikit pun tak pandang dia. Abang cakap takde siapa leh ganti tempat akak. Seminggu lepas tu abang putuskan pertunangan sebab dia terserempak Najatul keluar dengan lelaki lain. Kak Najatul rayu suruh abang terima dia balik.Kami memang tak suka dengan kak Najatul. Dia tipu abang dan family kami. Dia memang sengaja nak tunang dengan abang supaya boleh hancurkan rumahtangga akak.” Terang bekas adik iparku
“Apa jadi dengan abang? Dia tak ape-ape ke?
“Dia memang tak kisah pun putus tunang. Tapi bila akak hilang tu baru Isyah tgk abang memang macam orang gila. Sejak tu dia asyik kerja je. Dia cakap nak kumpul duit banyak-banyak, nak bawa akak balik dengan abang dan nak akak hidup bahagia je.
“Tapi tak mungkin, Isyah.
“Kenapa kak?”
“Mama, Fitri nak pergi rumah uncle ek. Fitri dah siapkan homework.”
“Uncle sibuk, Fitri. Duduk rumah temankan mama lah.
“Tapi mama dah janji tadi. Lepas siap homework Fitri boleh main dengan uncle.”
“Ok sayang. Pergilah. Salam dulu dengan Mak usu.
“Mak usu? Usu aem tak kahwin lagi lah mama.
“Salam jelah. Pandai je menjawap tu.
“Siapa name?” tanya Batrisyah sewaktu Fitri menghulurkan tangan untuk bersalam.
“Muazim Fitri bin Mukhriz Fitri.”
“Jangan balik lewat, Fitri.
“Ok mama. Sayang Mama.” Ucap anakku sambil mencium pipiku.
“Kak…dia anak abang ke? Abang tahu ke? Kenapa akak tak bagitahu kami?
“Kenapa Isyah cakap macam tu? Dia anak akak.
“Isyah tahu, kak tapi ayahnya abang Fitri kan.,
“Tak lah.
“Tapi nama…
“Mungkin suami akak dulu sama nama dengan abang Isyah.
“Akak…cakaplah betul-betul. Dia anak saudara Isyah kan.
“Lupakan jelah, Isyah. Bila rombongan lelaki dijangka sampai?
“Isyah nak akak jawap soalan Isyah dulu. Tu anak abang kan?
“Baiklah Isyah. Akak beritahu Isyah tapi akak nak Isyah janji jangan beritahu abang ek.
“Ok akak. Isyah janji.
“Fitri adalah anak abang. Akak tahu akak mengandung 2 bulan lepas seminggu kami bercerai. Akak tak beritahu abang sebab akak tak nak abang ambl dia dari akak. Dialah nyawa akak.
“Tapi dia anak abang juga, kak. Akak nak rahsiakan tapi dia pergi rumah abang tadikan.
“Memang akak cuba nak jauhkan dia dari abang tapi dia rapat sangat dengan abang sekarang. Akak dah tak tahu macam mana nak buat lagi. Akak dah penat belari.
“Hubungan darah macam mana nak putuskan pun tak boleh akak.”
“Janji dengan akak, Isyah. Jangan cerita ape-ape dengan abang ek. Jangan beritahu mak juga tau.”
“kenapa kak?
“Tunggu akak dah bersedia. Baru akak beritahu ek.
“Baiklah kak.
“Isyah datang sini nak ape tadi? Berbual sampai terlupa tujuan sebenar ek.
“Yelah, kak. Teruja tengok akak..hehe. Isyah nak hantar kelapa yang kak Mas nak.
“Letak jelah kat dapur tu. Nanti akak beritahu kak Mas. Dia pergi ambil barang-barang yang nak digunakan. Bila diaorang nak datang?
“Mungkin sampai pagi esok. Majlis tu start pukul 2. Akak datang tau.
“Akak tak boleh datang lah, Isyah. Akak ingat nak tolong Kak Mas.
“Jangan lah macam tu, kak. Datang lah ek.
“Insyallah, Isyah.

Nampaknya rahsia yang aku simpan ini tidak akan bertahan lama. Kini Batrisyah telah tahu mungkin nanti satu keluarga Fitri akan tahu juga. Aku yakin Fitri mengetahui bahawa anak kecil yang selalu bermanja dengannya itu adalah darah dagingnya. Namun begitu, dia masih tidak berkata apa-apa padaku lagi. Ini mungkin kerana aku yang menjauhkan diri. Aku masih tidak kuat untuk berbincang dengannya. Apatah lagi untuk memberitahu hal sebenar pada anakku. Aku takut dipersalahkan dalam hal ini.

Jam sudah menunjukkan pukul 8 tetapi anakku masih tidak pulang lagi. Sedangkan Azman sudah pulang. Menurut Azman, Fitri membawa anakku berjalan-jalan di Bandar. Dia juga telah menelefonku meminta izin dan aku membenarkan. Namun, hatiku masih terselit rasa risau dan gelisah. Aku masih menunggu di hadapan pintu.
“Kejap lagi baliklah tu. Bukannya dia keluar dengan orang lain. Papa dia juga kan.” Ujar Mas setelah penat melihat aku mundar-mandir.

Mas, Azman dan 3 orang anaknya tidur di rumahku hari ini kerana majlis esok. Ini bagi memudahkan Mas untuk menghantar makanan nanti. Lagipun aku boleh menolongnya.
“Tapi dah pukul berapa ni? Kenapa lewat sangat? Ikut suka dia je nak bawa anak aku. Sampai nanti siaplah Fitri tu”
“Fitri mana? Dua-dua Fitri.” Usik Azman.
“Kau jangan nak main-mainkan aku. Man” ugutku
“Assalamualaikum, mama” kedengaran salam dari anakku.
“Hah…kan dah sampai tu. Risau sangat.
“Waalaikummussalam. Kenapa lewat balik? Ujarku sambil bercekak pinggang.
“Fitri dah beritahu mama kan nak jalan-jalan dengan uncle. Best tau mama.” Ujar anakku sambil tersengih.
“Maafkan abang sebab lewat bawa Fitri balik.” Ujar Fitri sambil merenungku. Aku hanya membalas dengan jelingan. Aku dapat melihat dia hanya tersengih. Aku tengah marah dia boleh tersengih pula.
“Pergi mandi sekarang. Lepas tu kita makan.
“Kita ajak uncle makan sama-sama boleh kan mama?
“Mama kata pergi mandi kan.
” Ok mama. Uncle datang tau nanti.” Ujar anakku. Sempat lagi dia berpesan pada Fitri.
“Boleh abang datang makan kat sini? Ujarnya meminta izinku.
“Datanglah kalau awak tak malu.” Balasku sambil berlalu ke dapur
“Kau memang tak malu kan Fitri. Datang je.” Sampuk Mas. Aku hanya menjeling melihatnya.

Fitri sampai setengah jam kemudian. Anakku telah menunggunya di meja makan. Aku hanya membiarkan anakku makan dengannya. Setelah mereka makan, aku mengemas meja. Namun pinggan telah dibasuh olehnya. Sememangnya dia ringan tulang kerana ketika kami bersama dulu Fitri memang rajin membantuku di dapur. Ketika aku keluar ke ruang tamu, aku melihat anakku sedang duduk di riba Fitri. Sungguh manja Fitri membelai anakku. Aku menolong Mas memotong bahan-bahan memasak sambil memerhatikan anakku.
“Mama, Fitri nak minta sesuatu dengan mama boleh tak?
“Apa dia?
“Boleh tak Fitri panggil uncle, papa?
“Kenapa Fitri nak panggil uncle macam tu. Fitri kan ada papa.
“Fitri tahu. Tapi Fitri suka dengan uncle. Fitri nak panggil papa.
“Fitri pun suka uncle Azman, kenapa tak nak panggil uncle Azman papa pula?
“Sebab Fitri sayang uncle. Fitri nak uncle jadi papa Fitri.
“Fitri jangan nak ngada-ngada. Mama tak suka.
“Fitri nak panggil papa je. Fitri nak papa juga. Semua kawan Fitri ada papa. Uncle pun beri Fitri panggil papa.
“Mama tak suka. Fitri pergi masuk tidur sekarang.
“Tak nak. Fitri nak papa juga. Uncle jadi papa Fitri.
“Fitri jangan buat mama marah. Mama suruh masuk tidur pergi sekarang. Jangan sampai mama hilang sabar.
“Fitri nak papa.
“Fitri!!!
“Fitri nak papa. Fitri sayang papa. Fitri tak sayang mama”
Kata-katanya itu membuatkan aku marah. Lalu aku bangun dan mengambil penyangkut baju. Anakku terus berlari kearah Fitri dan memeluknya sambil meminta pertolongan. Kali ini aku memang tidak boleh sabar dengan kelakuan anakku.
“Lepaskan anak saya.” Kataku pada Fitri.
“Abang boleh lepaskan tapi ayang jangan pukul Fitri.” Balasnya.
“Saya tak perlukan orang lain ajar saya bagaimana nak ajar anak saya dan saya bukan ayang awak lagi. Saya tidak suka awak memanggil saya begitu. Lepaskan anak saya dan keluar dari rumah saya.” Jeritku sambil menarik anakku darinya.
“Mama, sakit mama. Jangan pukul Fitri lagi. Sakit mama.”
“Hati mama lagi sakit Fitri cakap macam tu. Siapa ajar Fitri cakap macam tu. Mama tak pernah ajar Fitri jadi macam tu.
“Fitri minta maaf, mama. Sakit mama. Fitri hanya nak papa je. Fitri rindu papa.”
“Fitri ingat dah besar sangat ke sampai semua cakap mama tak nak dengar.”
“Siti, berhenti sayang. Jangan pukul Fitri. Dia tak salah.” Fitri berusaha menarik diri anakku menjadi mangsa pukulanku
“Kalau Fitri tak nak dengar cakap mama lagi. Jangan sayang mama. Pergi sana. Mama tak nak tengok muka Fitri lagi.” Ujarku sambil terduduk menahan marah.
“Mama…
“Jangan panggil mama.”
“Papa, mama marah Fitri.” Kata- katanya kepada Fitri membuatkan darahku naik kembali.
“Siapa papa Fitri? Fitri memang dah degil sekarang ek.” Marahku sambil cuba menarik anakku dari pelukan Fitri.
“Sudah ayang. Kenapa mengamuk ni?.”
“Awak diam. Awak tak de kena mengena dalam hal ini.
“Fitri anak abang juga. Abang papa dia.” Kata-katanya membuatkan aku tergamam.
“Masuk bilik Fitri sekarang kalau tak nak mama pukul.
“Mama…
“Masuk sekarang.!
“Fitri nak cium mama.
“Mama tak nak. Mama tak sayang Fitri. Pergi masuk bilik sekarang.”
Fitri meluru ke biliknya sambil menangis tersedu-sedu. Dia menoleh kearahku namun aku hanya memalingkan muka. Apa yang telah aku lakukan. Tidak sepatutnya aku memukul anakku.
“Kenapa ayang pukul Fitri macam tu sekali? Kalau ayang tak nak Fitri panggil abang, papa abang tak kisah. Kenapa mesti mengamuk?
“Jangan panggil saya ayang. Saya benci awak.
“Abang tetap akan panggil ayang sebab abang sayang ayang dari dulu lagi.
“Semuanya sebab awak. Saya tak nak dia jumpa awak. Dia bukan anak yang degil. Saya tak pernah pukul dia macam tu.
“Kenapa ayang pukul dia? Sebab dia nak papa dia kn.
“Dia takde papa.
“Abang ni siapa ayang. Dia anak abang. Tak guna ayang nak tipu abang sebab dia memang anak abang. Abang perlukan ayang dan Fitri dalam hidup abang.”
“Kami tak perlukan awak. Selama ini kami hidup berdua je.
“Itu dulu. Sekarang berilah Fitri dan abang peluang untuk bersama. Kalau ayang tak nak beritahu siapa abang pada Fitri tak ape tap janganlah pisahkan kami.
“Awak yang cuba untuk pisahkan kami berdua. Awak cuba nak rampas Fitri dari saya.
“Tak ayang. Abang cuma nak dapatkan kasih seorang anak sahaja. Tolong abang, ayang.
Aku hanya mendiamkan diri. Mas dan Azman hanya memerhatikan kami. Nasib baik anak-anak mereka dah tidur. Kalau tidak mesti diaorang takut melihat aku memukul Fitri tadi. Tiba-tiba anakku berdiri didepanku dengan airmatanya yang berlinang.
“Mama, Fitri minta maaf. Fitri sayang sangat-sangat kat mama. Fitri janji tak buat lagi. Fitri tak kan minta papa lagi. Mama jangan pukul Fitri lagi ek. Sakit mama.”
“Mari kat sini.”
“Mama tak marah Fitri lagi.
“Tak, sayang. Mana mama pukul tadi. Mari mama sapukan ubat.
“Aduh. Sakit mama.
“Mama tahu, sayang. Tahan sikit ek.
“Mama jangan marah uncle ek. Fitri sayang uncle.
“Fitri sayang papa tak?
“Sayang sangat.
“Banyak mana?
“Banyak sampai tangan Fitri ni.”
“Fitri sayang mama tak?
“Fitri pun sayang sangat kat mama. Sayang macam Fitri sayang papa juga.
“Fitri. Tu papa Fitri.” Ujarku sambil menundingkan jari ke arah Fitri.
“Tu uncle lah mama. Tapi boleh ke uncle jadi papa Fitri?
“Uncle adalah papa Fitri, sayang.
“Fitri tak faham lah mama.
“Siapa nama papa?
“Mukhriz Fitri bin Mokhtar.
“Siapa nama uncle?
“Fitri tak tahu. Uncle, nama uncle siapa?
“Mukhriz Fitri bin Mokhtar.
“Sama dengan nama papa lah, mama.
“Sebab uncle memang papa Fitri.
“Mama cakap papa kerja jauh?
“Betul lah mama cakap. Papa kerja kat terengganu. Sekarang Fitri dan mama dah sampai kat terengganu. Sebab tu Fitri boleh jumpa papa.”
“Kenapa mama tak beritahu Fitri masa Fitri bawa uncle balik jumpa mama.
“Sebab mama takut Fitri ikut papa. Mama takut Fitri tinggalkan mama.
“Betul ke uncle papa Fitri, mama?
“Iye, sayang. Pergi salam papa.
Anakku berlari ke arah Fitri. Mereka berpelukan dan aku melihat Fitri mencium anakku bertalu-talu. Aku dapat melihat airmata Fitri mengalir sambil dia merenungku.
“Papa.” Panggil anakku
“Ya, Sayang.”
“Papa sayang Fitri tak?
“Papa sayang Fitri
“Kenapa papa tak jumpa Fitri. Fitri rindu sangat dengan papa. Mama pun rindu papa.
“Ewah…mama pula. Fitri yang selalu cakap rindu papa.
“Papa pun rindu sangat-sangat kat mama.
“Papa sayang mama?
“Sayang sangat.” Ujarnya sambil merenungku.
“Nanti bolehlah papa tinggal dengan kita kan mama.
“Tak boleh Fitri. Papa kan ada rumah sendiri.
“Kalau macam tu kita pindah rumah papa lah, mama.
“Kita baru kemas barang kan. Penatlah mama nak pindah semula. Nanti-nanti lah ek.
“Ok mama. Malam ni Fitri nak tidur dengan papa. Boleh kan mama?
“Tak boleh, Fitri.
“Kenapa pula? Fitri nak tidur dengan papa, dengan mama.
“Fitri dah besar.
“Papa tidur rumah kita malam ni kan, mama.
“Tak boleh. Janganlah minta bukan-bukan, Fitri.
“Kenapa tak boleh?
“Sebab papa ada kerja, Fitri
“Tadi papa cakap esok tak kerja. Nak bawa Fitri pergi rumah nenek.
“Awak janji apa dengan dia?.”
“Abang janji nak bawa tengok mak.
“Kenapa tak bincang dengan saya dulu. Tengok Fitri dah tuntut.
“Memang perangai dia macam ayang kan. Suka tuntut.” Ujarnya sambil tersengih. Aku hanya menjelingnya.
“Sejak bila pandai jelling-jeling ni?” Sakatnya lagi.
“Biar jelah Fitri tidur sini, Qat. Dia tidur kat luar dengan aku dan anak kau ni.” Azman memberikan cadangan sambil cuba memujuk anakku.
“Boleh lah mama ek. Fitri tidur luar dengan papa.”
“Ok. Nanti mama kemaskan tempat tidur untuk Fitri.
“Untuk papa sekali, mama?”
“Iye, untuk papa sekali.

Aku berlalu mengambil tilam kecil untuk tempat tidur mereka. Selepas itu, aku menyambung semula menolong Mas. Mas sendiri hairan kerana aku dengan mudah memberitahu anakku sedangkan selama ini aku bertekad tidak mahu memberitahu. Aku pun tidak tahu. Sememangnya apabila berhadapan dengan Mukhriz Fitri aku akan menjadi lembut. Terlalu kuat aura cintanya padaku.

Aku hanya berserah pada takdir apabila aku mengambil keputusan ini. Dia harus tahu bahawa dia mempunyai zuriat denganku. Aku akan bersedia dengan segala kemungkinan. Aku harus berdepan dengan masalah ini. Sampai bila aku harus terus sembunyikan diri. Dia tidak sesekali akan menyakitiku. Berpegang dengan sikapnya itu, aku berharap agar dia tidak memisahkan aku dengan anakku.

Aku akan memberitahu dunia ini bahawa anakku mempunyai seorang papa. Aku akan pastikan anakku mendapat kasih sayang kami berdua. Kerana kedegilanku dahulu, anakku merana. Dia beranggapan bahawa dirinya malang kerana tidak mempunyai seorang ayah. Sekarang aku hanya memikirkan kebahagian anakku sahaja. Biarlah aku korbankan perasaanku untuk anakku.

Setelah siap semua kerja, aku keluar untuk masuk tidur. Aku melihat anakku dalam pelukan Mukhriz Fitri. Terdetik dihatiku rasa senang melihat mereka. Alangkah baiknya kalau kami sekeluarga bersama. Ah,..itu tak mungkin berlaku. Aku melihat selimut yang berlipat ditepi. Anakku memang tidak suka memakai selimut seperti dirinya juga. Mereka memang sama dari segi sifat dan perbuatan. Aku menyelimutkan mereka kerana aku tahu suasana disini akan semakin sejuk apabila hari semakin malam.
Aku terus meluru ke bilikku. Hatiku berasa amat tenang dan lapang setelah memberitahu segala rahsia yang kusimpan selama ini. Aku sendiri yang menyebabkan hidupku tidak tenang. Menyimpan dan melarikan diri tidak menyelesaikan masalah. Aku juga bersalah kerana memisahkan mereka. Kini aku hanya perlu berdepan dengan bekas ibu mertuaku. Aku perlu memberitahunya kerana Fitri juga adalah cucunya. Menurut Fitri tadi, dia akan membawa anakku untuk berjumpa ibunya. Aku juga ingin berjumpa dengannya. Aku amat merinduinya kerana aku amat rapat dengannya dulu. Walaupun kami sering berhubung, ia tidak sama dengan berdepan. Dia telah kuanggap seperti ibuku sendiri. Sudah tentu rasa sayang dan rindu untuknya tetap ada. Lagipun aku boleh melihat Batrisyah bertunang sekali. Sekurang-kurangnya aku tidak menghampakan jemputannya.

6 Respons

  1. cpat la wat smbungan. best la citer nie…

  2. im so confused right now… dh hbs or ade smbgn??? kalu ade, cpt le sket… anyway, cite nie mmg best… tp knp nk pukui ank twok sgt… can b considered as child abuse dh tu…. hehehe

  3. best la jg.mengis aku bc cite ni…congrte la to muzri.ni ending ke lum?klu ada cpt2 la wat..

  4. bestla cite nie..cptla wat sambungan..x sabar nk baca n nak tau ending dia

  5. bkn muzri yg wat cite nie laaaa…. cian kat author die… muzri tu posted j….

  6. syok ar bce..ader smbgn lg ker..
    cptla dah xsbr nk tau kesudahan citer nie..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: