Novel : ini kah namanya bahagia 1

hana_jawak
ana_matto@yahoo.com.my

Awan hitam berarak perlahan-lahan di dada langit. Angin yang bertiup kencang menerbangkan dedaun kering di sekeliling rumah itu. Seorang gadis berusia 17 tahun mendongak ke langit. Dia tahu sekejap lagi hujan akan turun membasahi bumi. Tetapi hujan itu tidak selebat hujan di dalam hatinya. Tangannya mgusap-usap lebam di tangan kesan daripada rotan yang di libas di badannya hanya kerana lambat pulang dari sekolah

Bukan dia sengaja untuk pulang lambat dari sekolah tapi cikgu zainal memberi kerja membuat mereka tidak boleh untuk pulang awal. Tapi ayah tak pernah mengerti tetap juga rotan itu di libas di badanya bukan sahaja di tangan malah di seluruh badan. Sakit hanya tuhan sahaja yang tahu walaupun penat merayu tetap juga ayah memukulnya.. “ayah apa salahku hanya kerana aku bukan darah daging ayah, aku juga manusia ayah”

Irah! mana budak syaitan nie pergi asyik merayap je kerja memang bukan baka orang baik-baik. Apabila Irah mendengar suara ayah menjerit namanya dia cepat-cepat berlari masuk ke dalam rumah dia takut sepak terajang akan jatuh ke badanya lagi. “apa ayah? Budak bertuah cepat masak saya dh lapar ni asyik merayap je kerja memang baka tak baik. Irah hanya diam dia memang selalu mendengar ayahnya bercakap sebegitu. Irah tahu siapa yang di maksudkan oleh ayahnya dia mesti mengata tentang arwah ayah kandungnya. Ayah kenapa tak bawa aku bersama pergi ke alam yang tenang tu.

Irah pergi ke dapur memasak makanan untuk tengah hari itu, anak-anak kandung ayah semua duduk di ruang tamu meliha siaran di dalam tv, irah tak selalu dapat duduk tenang di rumah itu sentiasa ada yang hendak di kerjakan bagai dia orang gaji di dalam rumah sedangkan ayah saudaranya telah di beri amanah untuk menjaganya setelah kematian ibunya, adik kandung ayah yang paling bongsu.

Apabila emak melihat Irah dengan mata yang sengaja di besarkan irah cepat-cepat berlalu irah tahu emak tidak pernah menyukainya, tak akan menyukainya sampai bila-bila. Irah melakukan setiap kerja di rumah itu dengan tangkas, rumah tempat dia menumpang berteduh. setelah habis kerja irah boleh duduk berehat sekejap kerana dia tahu ada kerja lain yang menantinya selepas ayah, emak dan sepupunya makan. Kalau ada lauk lebih yang di tinggalkan berlauk lh Irah makan kalau tak makan je nasi dengan garam. Apa pun irah tetap bersyukur dia masih ada lagi tempat untuk berteduh.

Bagaikan lipas kudung Irah cuba untuk menyelesaikan latihan yang di beri oleh cikgu Zainal memang semalam dia tidak ada masa untuk membuat kerja penat sangat. “haraf-haraflah cikgu Zainal lewat masuk kalau tak habis kena syarahan percuma” ayat cikgu tu bisa sampai ke tangkai jantung.
“oik Irah baru buat kerja? Ye lh Ika sibuk sikit malam tadi tak ada masa nak menghadap buku, awk dah siap latihan ke? pinjam gak nak copy.”awak ni Irah copy je awak tau copy tak ada kerja lain. Ambil je lah buku nie.

Irah hanya tersenyum mendengar kata-kata ika dia tahu Ika bermaksud baik. Irah bertuah sangat ada kawan sebaik ika yang boleh di jadikan tempat untuk dia merasa lebih bahagia.

Walaupun Ika tak berapa tahu dengan kehidupan Irah namun Ika tahu banyak penderitaan yang di alami oleh Irah kerana dari sorot mata irah ada derita yang tersimpa. Dia seolah-olah cuba untuk menyembunyikan darinya namun dia tahu. Dia mengenali irah bukan sehari dua sekarang persahabatan mereka sudah menjangkau ke 5 tahun. Semenjak mereka sama-sama memasuki tingkatan satu. Budak bertudung itu lah yang sentiasa bersama dengannya dan sekarang budak itu juga bersama dengannya setelah 5 tahun.

“Irah awak tahu semalam ada cikgu baru masuk hensem giler-giler mata saya tengok terbeliak” ai ada ke Ika, irah tak perasan pun? Kan semalam Ika pergi ke sekolah nak jumpa cikgu Hayati tapi tak sangka pula dapat cuci mata sekali, kata Ika sambil ketawa kecil. Irah juga tidak sabar menunggu ketibaan cikgu yang akan mengajar kelas mereka dalam subjek metamatik mengantikan cikgu mary yang berpindah mengikut suaminnya ke terengganu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: