Cerpen : Bingkisan hati yang suci

haifat binti ab hamid
ifa_lovely@yahoo.com.my

“Suasana di kafe begitu memeninggkan kepala. “Hai belum mula-mula lagi ke majlis dah lapardah ni”. Bebel kak G yang bermulut becok. “Hai sabarlah kak kita p minum dulu”. Na menenangkan perasaan ketidak sabarapa Kak G. “Ha Efa tak mahu pergi minum dulu ke? Tak laparke.” Kak G mengejutkan lamunan Ifa yang dari tadi melayan pemikiranya yang dari tadi asyk melihat gelagat pelajar-pelajar tahun pertama kemasukkan ke IPT Iaitu Unversiti Malaysia Sabah. “Kak G bila nak start majlis ni. Boring dah ni”. Na merenggus kecil dengan nada yang manja. “Sabarlah Na kejap lagi. Cubalah belajar sabar sikit. Kita datang sini kena pandai-pandaila berdikari” Kak G membebel seolah-olah ustazah. “Ok la ustazah adik tak buat lagi” Tersengih sambil menampakkan barisan giginya yang putih melepak.

“Pelajar-pelajar sila ambil perhatian Kaunter PTPTN akan dibuka sebentar lagi sila sediakan wang berjumlah RM 5.00 untuk pembayaran borang” Kedengaran suara pihak AJK minggu suai mesra memgumumkan sesuatu yang penting kepada pelajar-pelajar tahun satu. “Hai Kak G mampus kita tak dapat pinjaman, kak G rasa dapat ke ?” tanya Ifa dengan nada kebimbangan. “Dapatlah Ifa jangan bimbang hero tak gaduh” Sokong Kak G.

Suasana di kafeteria E begitu gamat dengan pelajar sibuk menghantar borang PTPTN. “Alahai kak bila nak sampai turn kita ni. Penat sangat. Dah nak longgar skru tulang saya ni. Kalau macam ni sampai kiamatpun tak habis lagi ni” renggus Ifa dengan mencebik mulutnya. Nanti dua hari lagi pendaftaran kursus penatnya. Kak G lepasni kita pegi makan ye lapalah”. “Okey” jawab Kak G pendek agak keletihan kerana dari tadi lagi beratur. “Na sedapke soto tu nampak sedap je” tanya Ifa. “Tak tau Ifa rasalah, kalau nak jimat kita kongsi” jawab Na sambil tersengih. “Ala tak mainlah kongsi-kongsi ni tak minat” Jawab ku dengan bergurau. Sambil makan mataku meliar melihat keadaan sekelilng. Tiba-tiba jiwaku tersentap melihat seseorang yang seakan-akan ku kenal. Kata hatiku memeroses siapkah lelaki tersebut.

“Ifa, Kak tengok dah berapa hari dah lihat Ifa menungje. Ingatkan keluarga ke?. Kak G pun ingat gak. So jangan bimbang. Itu bias di atur bah !”. “Tak da lah kak Ifa just tengah fikirkan seseorang ni. Sebab ada seseorang tu yang Ifa macam kenal tapi tak tau sape…….oh, baru Ifa perasan kak lelaki tu,….tu……..”. “Sape Ifa, kak tak faham. Yang kak faham ye tu,…..tu je ” Gurau Kak G. “Ala kak baru Fa inggat Fa pernah jumpa masa tingkatan enam, masa seminar jawab soalan kat Pengkalan Chepa. Masa tu Fa satu kumpulan dengan dia. Wa kecilnya dunia ni kan kak”. “Eh hensomke Fa? Kalau hensom rekemenkan kat kak ye.” Gurau kak G. “Porr……ah kalau saya baik saya kebas dulu sebelum bagi kat kak”. Bederai dalam bilik dengan gelak ketawa.

Sudah bebrapa hari pelajar-pelajar tahun pertama bersama menyertai minggu suai mesra dengan baju batik yang tak dibasuh selama seminggu. Ramai yang merungut tidak selesa dengan bau baju. Tapi terpaksalah. Susana dalam dewan Censelor yang sejuk menyebabkan mata pun masing-masing semakin layu. Ia lah tidak cukup tidor. Dan kamera liar pun liar mencari mangsa-mangsa yang tidur dalam dewan. Masing-masing bekap rakan-rakan yang tidur. “eh, Ifa bangun-bangun ada gambar Fa kat layar tu”. Kejut Kak G. “Alamak apasal kak tak kejutkan Fa malulah Fa. Mana Fa nak letak muka Fa n ” runggut Fa. Kak G mengukir senyuman.
“Selepas ni pelajar akan di bahagikan ke kolej kediaman masing-masing. Dan sesiapa yang akan ke labuan sila kemaskan barang-barang anda”. Kedengaran suara AJK mengarahkan kepada para pelajar. “Kak G betulke kak kena pergi, sunyilah Fa nanti. Fa sanyangkan kak. Janganlah tinggalkan Fa hah” rayu ku. “Tak bolehla Fa, kak kena pergi. Ala Fa tinggallah dengan Na. Kak kena kemas barang ni kul empat pagi esok dah kena bertolak dari jeti” pujuk kak.

Sudah tiga hari pemergian kak ke Labuan. Terasa sunyi pula tak tau apa hendak dibuat. Nak bergayut dengan telefon kredit habis pula nampaknya terpaksalah tengok halaman suasana kolej kediaman. Kelihatan pelajar lalu-lalang disekitar kolej kediaman. Sesekali pemikiran ku teringat-ingat dengan lelaki yang aku terserempak di kafe E. “siapa ye nama lelaki tersebut lupa”. Bisik hati kecilku. Ifa mengambil hanfon yang terletak di kaki kerusi lalu menghantar sms kepada rakanya di UKM. Beberapa jam kemudian kedengaran nada deringan nokia. Lalu Ifa mengambil cepat-cepat dan terus memicit punat inbox sms.

Oh Ahmad Hisyam Fat tapi orang banyak panggil Hisyam. Kenapa Fat?. Oh ini mesti special kes ni.
Aku senyum seketika. O, rupanya Hisyam namanya. Mengimbas kenangan bersamanya sewaktu seminar di Pengkalan Chepa. Sungguh berketempilan Hisyam. Dengan semangat kepimpinan yang ada padanya membuatkan aku meminati dan menggagumi dirinya. Alamak esok daftar kursus alamak boringnya. Mesti ramai orang. Hari pendaftran kursus yang berlangsung di UMS begitu memeningkan kepala. Ramai pelajar-pelajar berebut-rebut. Si perempuan pula ada yang menjerit-jerit kesakitan dirempuh tapi nasib baiklah tudak ada yang mati terpijak. Kalau tidak mati sia-sia saja. “Siti penatlah macamni kenapa tak strategik pentadbiranya kalau macam ni matilah kali ni” keluh diriku kepada rakan ku yang baru berkenalan sejak dua hari lepas. “Sabarlah bah itukan dugaan namanya”. Jawab Siti dalam telor Sabah yang sememangnya beasla daripada Sabah.

Sudah tiga minggu aku belajar di UMS. Terasa gembira juga memandangkan aspek pembelajaran yang selesa cuma penghawa dingin yang agak sejuk memberikan tekanan sedikit. “Siti, kamu tahukah yang saya ada meminati seseorang?”. “Siapa Fa ?”. “Betulka Siti mahu tahu?”. “Ish, betullah Siti mau tau”. ” Ok, tapi jangan bagi tau sape-sape ya. Azri”. Jawab ku ringkas. “Apa matyi?. Apasal Fa dapat minat dia. Siti ingatkan lelaki mana tadi”. Seloroh Siti.

Sejak hari itu setiap kali ada kelas Psikologi aku sering bersemangat untuk ke kelas walaupun apa yang aku belajar pada hari tersebut tidak di fahami sangat tambahan pula lecture yang mengajar seolah-olah mengajar untuk dirinya sendiri. Bla…bla…bla. Kalau yang lepak kat belakang dewan kuliah ada yang tidur dan ada yang ponteng. “Hai gapo benda ye cik Smaiel ngajar tu. Aku sikit pung tok pehe ni. Nak jawak gapo maso mittem nanti”. Runggut Sara pelajar Kelantan. “tak taula Sara seroh diri la” Jawab ku ringgkas dalam dialek Kelantan. Beberapa minit kemudian kelihatan Hisyam melintas dihadapan ku. Serta merta azam ku meningkat. “Alamak Siti Hisyam…Hisham…lintasla.Wow hensemnya dia. Macammana reaksi dia Siti ?”. “Dia senyum Fa sambil berjalan”. “Jom pergi kampung E makan laparla” ajak ku. Ok. Jawab Siti ringkas. Sambil berjalan aku bercakap tentang Hisyam walaupun aku tahu Siti bosan mendengar cerita yang sama dariku. Sampai di kampong E sambil menunggu Siti mengambil makanan dilihat gelagat Hisyam dengan kumpulanya sampai ke Kafe. Namun aku buat muka yang innocent saja. Tapi dalam hati punyala suka sangat rasa macam nak menari dan bergolek-golek dalam kafe. Tapi nanti orang kata gila pula. Kih-kih ketawaku dalam hati. ” Eh ni ke lauk kamu beli tak ada yang lain ke asyik ikan-ikan belilah ayam” romel ku. “Ala nikan lauk gak bah bukannya mahalpun. Saya ni bukan macam kamu nak jimat”. Balas Siti. Aku mencebik mulut tanda mengalah. “Siti nak tau saya jumpa sape?”. “Ala Hisyam kan. Macamlah saya tak tau kamu tu. Kamu ajak saya ke kafe E nipun ada maknanya kan. Semata-mata nak jumpa Hisyam je kan” kata Siti. “Ala kamu ni Siti tak surprisela. Betulla. Kenapa dengan Matyi tu Siti dia senyum kat saya tau tapi dibelakang je tidak di depan macam malu-malu”. “Ala dia syok kat kamu la tu tapi malu-mau”. Teka Siti. “Ish takkanlah Siti. Tapi insyaallah. He…he…he….

“Fa, kamu tak mauke buat kerja luar kampus untuk asaigment seni peribumi borneo ?”. Tanya Siti. “Ish, malasla Siti. Kalau kita buat dapat markah tinggi ke kat mana?”. Tanya ku. “Eh, mestilah dapat markah tinggi Fa, kita pergi ke Kota Belut”. Kata Siti. “Alamak jauhnya tak ada tempat dekat ke. Ok lah saya pergi. Bila Siti ?”. “Khamis. Tapi kita kena bermalam kat sana”. Cadang Siti.

Perjalanan ke Kota Belud selama dua jam begitu memeningkan kepala tetapi demi memikirkan asaiment yang perlu disiapkan tidak mematahkan semangatku untuk menyiapkan asaiment tersebut. Sampai keperkarangan rumah yang ingin dibuat kajian kami disambut dengan tidak meriah seolah-olah tidak dialu-alukan. Pada masa tu punyalah dahaga dibuatnya. “Siti kita ni datang ke apa. Dahaga ni. Kering tekak aku ni. Adakah patut tuan rumah buat macamni kat kita. Mana kawan kau Siti tak nampak pun. Batang hidung pun tak nampak. Bunyi haritu dia yang beria-ia ajak kau pergi buat kajian. Nantilah kalau kajian tu tak segempak nantilah kau Jun”. Renggus Ifa geram. “Cubalah Fa sabar sikit biasalah lain orang lain adatnya”. Siti menenangkan. Sememangnya aku menggagumi Siti yang sememangnya betah dari segi kesabaran dan agak jarang merungut walaupun sakit hatinya. Pada malam tersebut kami begitu dilayan dengan cara baik. Kami agak terkejut dengan layanan yang diberikan. Terasa menyesal pula sikap prejudis yang timbul dihati kami. Setelah tiga hari kami berada di Kota Belud, Sabah maka tugasan yang perlu disiapkan oleh kami akhirnya siap. Terasa sedih pula hendak meninggalkan perkarangan kampong halaman. “Ifa kamu singgah di Kolej E dululah ye. Siti mau ambil barang jap. Boleh?”. Rayu Siti. “Okey, tapi jangan lama tau. Saya nak balik cepat ni nak mandi tak tahan panas”. Pantas Ifa mencelah. Suasana di kafe E sememangnya tidak pernah sunyi. Jika dibandingkan dengan kolej A, B, C dan D agak lengang dan sunyi. Tidak hairanlah kolej E sering mendapat jolokan kolej yang ‘gamat dan panas’ tambahan pula kolej E adalah kolej yang paling ramai penghuni dan pusat kemudahan. Segala kemudahan seperti kemudahan pos, mini market dan sebagainya semua ada. Umpama kalau dalam iklan Astro “macam-macam ada”. Sambil duduk mataku meliar memerhati seseorang dan dalam pemikiranku terlintas akan secret admire. Rindu rasanya. Tiba-tiba….dia yang ku cari melintas dihadapan ku. “Alamak Hisyam. Apasal tiap laki aku stay je kat kafe ni asyik muka dia aje. Aisey men. Alamak hensemnya dia. Ish, kenapa macam nak main-main je depan aku ni. Macam nak tanyang body je kat aku. Nak kata tunggu kawan tak ada pula. Tolonglah hambamu ini tuhan. Janganlah diuji dengan dugaan begini”. Bisikku dalam hati.

Kira-kira beberapa minggu lagi final exam menjelang masing-masing sibuk ke library untuk menelaah. Aku juga tidak lupa untuk mengunjungi perpustakaan. Hampir aku ingin membuka pintu. “Hahh…, Hisyam” namun aku buat muka innocent sahaja. Pada masa tersebut betapa gembiranya perasaan ku. Perasaan cintaku kepadanya semakin bertambah. Tetapi aku tidak tahu sama ada perasaan itu sanyang atau cinta. Hanya kata-kata rindu hanya ku boleh ungkapkan kepada rakan baikku iaitu Siti. Hanya dia yang tahu segalanya. “Fa kamu bagitaulah yang kamu minat kat dia. Nanti tak sempat menyesal nanti”. Pujuk Siti. “Ish tak mau la saya ni bukan jenis yang perigi cari timba. Tapi Siti Matyi syokkan saya ke?”. Soal ku. “Tak taula Fa tapi saya rasa dia ada perasaan tu Fa mungkin dia tidak berani nak bagi tau. Sebab saya tengok setiap kali dia lintas di hadapan kamu dia senyum. Itu menandakan dia syokkan kamu, Fa”. Petah Siti.

Kedengaran suara bunyi ombak yang tidak pernah surut dan hilang suaranya. Biarpun rebut melanda dia tetap setia melaungkan suaranya seolah memanggil nama seseorang. Aku termenung sendirian sebelum menunggu kuliah bermula. Sambil memerhatikan ombak di Pantai Laut Cina Selatan yang terhampar lesu pemikiranku melayang kepada seseorang. hisyam,…ya Hisyam. Namanya tidak lekang di ingatanku dari hari pertamaku kenal dia sehinggalah hari ini. Pernah aku cuba untuk melupakan dia dan membenci dia dari pandanganku tetapi tidak dapat. “Ya Allah tolonglah hambamu ini. Berikan kekuatanku untuk melupakan dia dalam ingatanku. Aku tidak mampu mengatasi semua ini. Tetapi aku tak sanggup kehilangan dia kerana aku sangat menyintai dirinya. Jika dia ada yang lain janganlah orang yang aku kenal. Sakit rasanya menyintai orang yang aku tidak pernah bercakap dan berinteraksi denganya”. Bisik hatiku sendirian dikala aku kesunyian.
Dua hari lagi cuti panjang selama tiga bulan akan berlangsung. Tiket untuk pulang ke Kelantan tanah tumpah airku sudah dibeli tunggu untuk kemaskan barang sahaja. “Siti, saya minta maaf kalau ada terkasar bahasa selama perkenalan kita okey dan kirim salam saya pada keluarga kamu Siti”. Kata-kata akhir dariku untuk Siti sebagai tanda perpisahan. Pada hari tersebut aku mendapat tahu Matyi dan rakan baiknya Shahlan bertolak di sebelah malam pulang ke tanah air Kelantan.

Pesawat penerbangan Malaysia sedia memuatkan penumpang untuk balik ke kampung halaman masing-masing. Masing-masing gembira setelah lama tidak pulang ke kampong halaman. Aku disambut dengan gembira oleh keluargaku terutamanya ibuku yang ku rindui. Terasa lain apabila berada ditempat sendiri. Struktur bandar yang telah lama kutinggalkan hampir setahun tidak banyak mengalami perubahan hanya beberapa sahaja. “Umi gah banyak cerita nak dikongsi umi. Banyak sangat”. Beritahu ku dengan girang. Sememangnya aku agak manja dengan keluarga selain daripada anak yang agak bising dari kalangan empat beradik. “Umi apa yang gah nak kerja balik ni ye. Kalau gah tolong umi buat kuih tak apa?. Soal gaji tak payahla umi. Gah tolong suka-suka saja. Nak kerja pun tak sempat”. Pinta ku. “Boleh, apa salah ya. Lagipun umi penat sikitlah bulanni. Kalau ada gah, bolehlah umi tumpang senang sikit”. Jawab umi. Aku tersengih gembira. Apa tidaknya sebenarnya aku malas nak kerja.

“Hai boring……..ye”. keluh ku dengan panjang. Tinggal beberapa hari lagi untuk kembali semula ke kampus UMS. Tiba-tiba terdengar bunyi deringan nokia di talefon mudah alih. Aku mengambil dan melihat di skren talefon one masseges receive.
‘Fa, kenal takHisyami. Budak Sekolah Tun Ismail. Orang tak sure dia UMS atau UNIMAS. Dia dah tak ada pagi tadi accident’
Bagaikan tersirat darah ku . hatiku meronta mengatakan tidak benar. Tidak benar……!. Aku masih lagi tidak percaya. Pantas jari jemariku membalas balik apa yang rakanku katakan. Dua minit kemudia aku menerima meses

‘Betul Fa, kelmarin kawannya dah pergi ke rumah dia. Orang cakap dia accident, tujuh hari di koma. Baru pagi tadi orang baru siap mandikanya dan pergi kuburkanya’.
Pada petang tersebut terasa hancur luluh segala apa yang ada pada tubuhku. Ku rasakan dunia ku gelap. Aku mula tidak percayakan sesiapa lagi. Tuhan. Tapi cepat-cepat aku mengucap kalimah Allah. Berdosanya aku. Dalam seminggu ini perasaan ku agak terganggu sedikit. Agak ramai yang menenangkan perasaan ku ketika itu. Tapi aku tabah untuk menghadapinya. Sejak menerima kematian Matyi aku rasa tidak ada mood untuk melakukan mana-mana aktiviti. Pemikiranku asyik membayangkan Matyi sahaja. Jiwaku kosong asyik nak marah-maerah sahaja. Kadang-kadang aku lupa bahawa Allah S.W.T yang menetap segalanya. Berdosanya aku apabila aku mengigati semula. Tinggal beberapa hari lagi untuk ku kembali semula ke UMS. Dalam seminggu ini hanya buat persiapan kelengkapan untuk ke kampus. Ibuku kelihatan kalut sedikit. Tapi tuanya empunya diri selamba sahaja. Sememangnya ibuku tabah orangnya dan agak bijak dalam mengurus dan membuat persiapan. “Gah, semua dah ada ke ? ubat, pakaian, dan apa-apa lagi dah cukup ke” bebel ibuku. “Emm…entah” jawabku selamba. “Ish, budakni. Perangai lamatu ada lagi. Meh sini umi buat. Kalau umi tak masuk campur tak siap ni” bebel umi macam mak nenek.

Hampir seminggu aku menjejaki ke UMS dan telah banyak perkara telah aku selesaikan antaranya pendaftaran kursus, kemas rumah dan sebagainya. Esok sudah bermula pengajian. Alamatnya berperang baliklah aku dengan buku. Setiap kali aku melintasi ruang-ruang kampus mengimbas kembali ingatanku pada Hisyam. Dari segi warna baju, cara potongan rambut yang mana semasa arwah masih hidup selalu merapikan rambutnya secara back comb. Kebiasaanya arwah akan memakai warna baju kesukaanya merah, hijau tua dan biru. Kadang-kadang semasa hidup arwah selalu berdiri dibawah pokok menunggu bas untuk pulang ke kolej E. Sekarang ini pun aku tidak mungkin menjejakkan kakiku lagi ke kolej tersebut. Sampailah ke hari ini.

3 Respons

  1. honestly, sy x phm all about this cerpen. i’m sorry

  2. sy pun xpaham jugak..

  3. cerita yang nak disampaikan agak menarik..tetapi penggunaan ayat dan perkataan tak sesuai…kadang2 ada ayat yang susah nak difahami dan tak kene tempat… susunan cerita pun tidak teratur….buat orang susah memahami cerita nie…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: