Cerpen : Kepadamu Kekasih Hati

Maya
sweet_rose_121@yahoo.com

28-Disember-2007

Tiba-tiba telefon bimbit ku berdering..

“Hye,leh kenal tak?”…Aii,siapa pula yang hantar mesej pagi-pagi buta ni…kacau betul..nak kemas bilik pun susah.
Aku menghiraukan mesej tersebut.Bagi ku mesej ini hanyalah gurauan.Ramai rakan-rakan ku suka menghantar mesej sebegini.Nak uji iman lah katakan…Hurm,nasib..nasib…

Selepas aku menikmati makan malam,aku terima mesej yang sama..juga dari nombor yang sama..
“Hye,leh kenal?”
“Tak boring-boring ke mamat ni..asyik kacau aku jer..” bisik hatiku.Aku tetap juga menghiraukannya.

29-Disember-2007

Deringan handphone membuatkan ku terjaga dari tidur..

“Ni number Syahirah kan?” Haiii…orang ni tak tak jemu-jemu lagi ker kacau aku.
“Syahirah mana pula ni?” aku membalas mesej tersebut.
“Bukan ea..maaflah ganggu awak”
Aku tidak membalas mesej tersebut.Aku terus tidur memandangkan hari masih awal lagi..(tapi bagi aku jer lah awal.Selagi belum tengah hari selagi tu aku tidur.Anak dara jenis apa lah aku ni..hehe…)

“Hye,tengah buat apa tu..tidur lagi?” Mesej yang dihantar jejaka yang aku tak kenali itu.
“Dia ni macam tahu-tahu je aku ni kuat tidur” kataku sendirian.
“Tak ada lah..awak nak apa lagi?” balasku.
“Maaf kalau saya mengganggu awak.Saya cuma ingin meminta maaf atas kejadian semalam” Pandai juga dia ni bercakap.Cantik bahasa.Kalau dia lah yg buat kertas B.M untuk UPSR aku ni..fuh,sure aku dpt A punya!
“Tak apa..awak tak ganggu saya pun..” balasku.
“OK,Lega hati saya.Awak tengah buat apa tu?” dia membalas mesej.
“Tak ada buat apa-apa pun.Kemas bilik jer.” Padahal aku masih belum bangkit dari katil lagi.Nak cover line.Jatuh maruah anak dara macam aku ni kalau dah tengah hari buta masih belum mandi.(hehe..)
Selepas itu aku tidak mempedulikan mesej-mesej yang dihantarnya.
Mesej yang dihantarnya cumalah ucapan maaf.Maaf..maaf..dan maaf.

30-Disember-2007

Memandangkan hari ini cuti sekolah,aku tiada kerja untuk dibuat.Nak tak nak aku terpaksa lah layan mamat ni..
“Awak ni asyik mintak maaf je..tak boring ker?” aku menghantar mesej untuk memulakan bicara.
“Saya hantar mesej kenapa awak tak balas?” mesej yang dihantarnya yang mungkin agak marah akan perbuatan aku.
“Jangan lah marah.Nanti cepat tua.Tak hensem tak ada orang nak” aku membalas mesej sambil memujuknya.
“Siapa marah.Saya tak cakap pun saya marah.Kalau saya tak hensem awak je la yang jadi isteri saya.” balasnya.Eee..sedap je cakap aku nak dekat dia.Kenal pun belum,ada hati nak jadi suami aku.Ptuih..
Aku tidak membalas mesej tersebut.Siapa nak mesej dengan mamat perasan?

31-Disember-2007

Hari yang aku nanti-nanti kan.Sambutan tahun baru.Aku suka tengok bunga api.Macam budak-budak.

Tiba-tiba..
Ding-dong!!! Handphone aku bunyi daa…
“Hye,sombong nampak.Tengah buat apa cik maya?” Ish,Polan ni hantar mesej dekat aku lagi.
“Pelik,selama ni aku tak pernah tanya nama dia pun.Dia jer yang tau yang nama aku..tak apa lah,esok-esok lah aku tanya..” aku berkata dalam hati.
“Tengah dok lepak-lepak dekat taman.Awak pula tengah buat apa?” Aku membalas mesejnya (dalam keadaan terpaksa..huhu)…
“Rajin awk malam-malam buta ni pergi taman.Saya tengah lepak main gitar dekat depan rumah dengan member-member.” Balasnya.
“Saja-saja jer.Em awak,saya bzy sikit sekarang ni.Bye” Balas ku.Aku tahu aku agak kasar dengannya.Tapi aku terpaksa.Kalau tidak,sampai esok dia tak kan berhenti hantar mesej kepadaku.

5..4..3..2..1..!!!!
Persembahan bunga api yang dinanti-nantikan akhirnya dapat juga aku saksikan.Tapi entah mengapa,aku teringat lelaki yang aku tidak kenali,yang aku tidak suka selama ini,yang sering mengganggu aku dengan menghantar mesej yang kadang-kala mencuit hati,tatkala menyaksikan suasana yang sungguh indah ini.Mungkin inikah dikatakan rindu…ah,entah lah.Selama ni aku tak pernah berpacaran dengan mana-mana jejaka walaupun ramai yang mintak.(perasan jer aku ni..tapi memang betul!)

1-Januari-2008

Hari yang baru.Tahun yang baru.Rasa cepat pulak dunia ni berputar.Tetapi apa yang membuatkan aku berdebar-debar..aku akan melangkah ke alam sekola menengah lagi 2 hari!

————–

Aku dan Zakuan..(kini baru aku tahu namanya),lelaki yang selalu “mengganggu” aku.Aku akan terasa sunyi jika tidak menerima mesej darinya.Semakin hari aku mengenalinya semakin suka aku padanya.Personalitinya yang suka bergurau,memahami,mengambil berat tentang diriku membuatkan ku senang dengannya.Kami menjadi sahabat baik.Sekiranya aku ada masalah,aku akan memberitahunya,begitu juga dirinya.
Aku tidak pernah berjumpa dengannya.Entah mengapa,mungkin belum jodoh lagi.Zakuan bersekolah teknik di Subang Jaya.Sekolahnya merupakan halangan bagi kami untuk berjumpa.Memang dah takdir kot..Dia menetap di Taman Privillage (dekat mana tu?aku ni budak lagi..mana lah aku nak tau semua tempat-tempat dekat bumi ni).Zakuan seorang remaja yang kuat bargaduh (hobi agaknya).Zakuan orang pertama yang dapat mencuri hatiku.Bagaimana dia lakukan..entahlah..

Dan suatu hari…

17-Januari-2008

“Sudi atau tidak jika I jadi teman lelaki u..wahai pemaisuri hidupku?”Mesej yang dihantar benar-benar membuat aku terkejut.Sebenarnya aku belum sedia untuk mempunyai hubungan dengan mana-mana lelaki.Maklumlah,aku ni pun budak lagi.Dia tu dah tingkatan 4.Kadang-kala aku terkilan,apa yang dilihat pada lelaki seperti dia dalam budak macam aku.Muka tampan,perangai baik.Lelaki yang semua perempuan idam-idamkan.
“Erm,entahlah.U bagi I masa lagi tau.I tahu U penyabar orangnya.”Aku membalas mesejnya dengan berhati-hati agar tidak menyinggung perasaannya.
“Tak mengapa wahai puteriku.Demi U seribu tahun pun I sanggup tunggu.”Dia membalas mesej..dan membuatkan jantungku berdegup lebih laju dan kuat.Dia ni memang tak pernah boring lah.Manusia jenis apa lah dia ni.
Tetapi pelik.Di mana Zakuan yang ku kenal selama ini..yang suka bergurau senda,yang tak pernah serius dalam setiap kata-katanya.Mungkin dia sudah lama memendam perasaannya.Zakuan..Zakuan..

20-Januari-2008

“U..I ada sesuatu nak bagitau U.I harap U faham.”Aku menerima mesej dari Zakuan.Dia seperti mempunyai masalah.Risau aku dibuatnya.Tapi kenapa aku risau tentang dia???Mungkin aku sudah jatuh cinta padanya.
“U bagitau I k..Mana lah tau kalau I boleh tolong U.I kan baik..”Aku membalas mesej dengan bergurau supaya dapat menenangkan hatinya.
“Seriuslah sikit.I harap U tak marah kalau I bagitahu u.”Balas Zakuan.Kali ini dia memang betul-betul serius.Apalah masalahnya dia ni.Besar sangat ke?Macam nak beranak jer.
“OK Mr. Zac.Bgtaulah,apa masalah U?” balasku.
“Sebenarnya..I tak boleh teman U esok.Esok kan hari jadi U.I harap U faham.I tak mintak semua ni.Selamat Hari Jadi.”Dia membalas mesej aku.Tatkala itu,air mata mengalir membasahi pipiku.Kenapa aku harus menangis?
“U…”Zakuan menghantar mesej.Mungkin kerana aku belum membalas mesejnya.Tengah menangis la…Sabar lah kejap!
“Tapi kenapa….”Balasku.Dalam hatiku terpahat seribu satu soalan.Kenapa harus jadi begini.Aku cuma mahukan dirinya semasa hari lahirku.Tapi aku tidak terlalu berharap.Mungkin sudah terbiasa,hari jadiku memang tiada orang yang ingat.Zakuan seorang sahaja yang ingat.Dia orang pertama yang mengucapkan ucapan Selamat Hari Jadi kepadaku tahun ini.
“Cikgu rampas phone I.Sekarang ni pun I tengah curi-curi masuk bilik guru.U,cikgu I nak balik dah ni..I harap U boleh sabar tunggu I.I Love U.”balas Zakuan.Pada saat itu air mata tidak terhenti menuruni pipiku.Kata-kata itu,sering bermain di fikiran ku.\’I Love U\’.Itulah kali pertama dia ucapkan kata-kata itu kepadaku.Walaupun ringkas tetapi itulah kata-kata yang aku nantikan selama ini.Cuma,adakah dia ikhlas mengucapkannya?Tuhan sajalah yang tahu.
“Zakuan,sebelum u pergi,I ada sesuatu juga nak beritahu U.Sebenarnya,I sayang U.U tak perlu risau pasal hari jadi I.I tak kesah pun.Take care..”Itu sahajalah yang mampu aku katakan padanya.Aku betul-betul tidak kesah sekiranya dia tidak menemaniku semasa hari jadi kerana aku sudah dapat apa yang aku mahukan pada hari jadiku.
Ucapan \’ I Love U \’ daripadanya…

21-Januari-2008

Hari lahirku…memang tepat sangkaan ku.Tiada siapa yang ingat,termasuklah keluargaku.

“Kalau lah Zakuan ada..tentu aku tidak sunyi sebegini..”kataku sendirian.Aku tidak menyedari rakan karibku,Anis mendengar kata-kataku itu.
“Maya!! Ha..pagi-pagi dah mengelamun.Ingan balak ker?” Dia menyergah aku dan membuat aku sedar dari lamunan.
“Kau ni ada-ada je lah Anis.Tak baik tau sergah orang,kalau aku ada sakit jantung macam mana?Kau nak ker kawan kau yang paling baik dekat dunia ni mati macam tu jer?Kau jugak yang susah.”Aku berleter.
“Tapi,bukan aku seorang je yang susah.Zakuan pun susah juga kan?Maya..aku dengar apa yang kau cakap tadi.Kenapa dengan kau ni,muka macam cekodok penyek aku tengok.Asyik monyok je.Story lah sikit.”Anis berkata kepadaku seakan-akan memerli aku.
“Tak ada apa lah Anis.Cuma aku teringin makan kek je.”Aku cuba memberi clue kepadanya yang hari ini ialah hari jadi aku.
“Kenapa pulak?Kau mengidam eh?Kau mengan…..”Belum sempat dia berhujah lagi aku menutup mulutnya.
“Ish kau ni..mulut main lepas je.Aku selekeh karang.Satu apa pun tak dapat.Bukannya apa,aku boring hari ni.Kau aje lah sahabat aku dunia akhirat (walaupun hari jadi aku kau lupa)”kataku.
“Ha?Kau cakap lagi sekali.Aku tak dengar lah..yang last sekali tu..kau cakap apa?Pak Pandir papa kedana??”Anis berseloroh.
“Tak ada apa-apa lah Cik Anis oii..”Aku malas nak heboh-hebohkan hari jadi aku.Nanti orang cakap apa pula.Selepas itu aku terus menyambung kerja yang diberikan guru.

Penat gila hari ni.Tak sangka hari JADI aku JADI teruk macam ni.Haii..Nasib kau lah Maya..Semasa aku merebahkan badan di katil dan melelapkan mata..
Ding-Dong!!!
“Siapa pula yang kacau aku malam-malam buta ni.Tak reti ke orang nak tidur..Memang nasib hari jadi la.Ni je la hadiah aku..Orang kacau aku malam-malam buta.Sabar..sabar.” aku berkata sendirian.Kalau malam-malam buta ni aku lemah sikit.Mesti aku meraban sorang-sorang..
“Hai sayang intan permata jantung hati kasihku..”Aku menerima mesej dari nombor yang tidak dikenali.Siapa pulak la yang mengarut malam-malam buta ni.Mengigau ker arr..
“Awak ni cari siapa.Mengigau ke?Saya nak tidur lar..Jangan lah kacau!!”Aku membalas mesej tersebut dengan agak marah.Aku ni memang tak boleh kalau orang kacau aku tidur.Habis gunung berapi malatop!
“Kalau tak nak Zakuan kacau Maya tak apa lah..😦 ” balasnya.Alamak! Zakuan rupanya.Mata aku yang ngantuk terus menjadi segar-bugar.Alahai,malunya aku.Macam mana ni..harap-harap dia tak marah dengan aku.Nak je aku tampar-tampar muka aku masa tu.Tapi tak boleh,muka aku ni lawa.kuang..kuang..kuang..perasan jer lebih aku ni..
“Zakuan ker?Maaflah,ingat boyan mana yang kacau I tadi.Tu la,masuk tak bagi salam.Kan kena marah..” balasku.Aku betul-betul tidak sangka itu Zakuan.Hari ini lah hari paling seronok dalam hidupku.Menyambut hari lahirku bersama Zakuan (walaupun melalui handphone dan sms..) Redha jer lah..
“Ye ni Zakuan.Em,macam mana dengan hari jadi U?Ok??” buat-buat tanya pulak mamat ni.Dia tinggalkan aku masa hari jadi aku.Nak ok ape??Nasib baik dia mesej aku malam ni.Kalau tak,habis aku kerjakan dia..
“Ok..”HAPPIIIYYY” sangat..Yang U ni..cakap tak dapat mesej dengan I.Boleh pulak ni..kenapa?” aku membalas mesej tersebut seperti memerlinya.
“Tak suka ker.Kalau tak tak apa.I pinjam phone cikgu I..Nasib baik cikgu I baik.Kalau tak habis u jadi gila sebab tak mesej dengan I.”Dia membalas mesej.Amboi,dia ni dah lebih! Ingat aku hadap sangat ke nak mesej dengan kau haa?? Namun jauh di sudut hatiku mungkin betul apa yang dia cakap.Aku betul-betul memerlukan dirinya ketika ini.Teman berbicara yang sedia berada di sisi ku,Zakuan.
“Yer lah tu.U tu ha yang tergila-gilakan I.Tau sangat.”Balasku.
“Sayaaaangggg…I rindu U lar…Selamat hari jadi..”Dia membalas mesejku.Pada saat itu aku merasakan aku sedang bermimpi.Betul ke Zakuan ni?

———————

Masa berlalu…kini Zakuan ialah teman istimewa aku.Lelaki yang tidak pernah putus harapan untuk memiliki hatiku.Itulah keistimewaan yang ada pada Zakuan.Ia membuat aku tertarik untuk menumpang kasih pada dirinya.Ketulusan hatinya,aku dapat rasakan.
Keikhlasan cintanya..dan segala sifat mulia yang ada pada dirinya..

16-Februari-2008

“Sayang,hari ni I nak jumpa sayang dekat KLCC boleh tak?”Zakuan menghantar mesej kepadaku pada pukul 9.00 pagi.Selama aku mengenalinya,dia lah yang sering mengejut ku di waktu pagi dengan menghantar sms.Mungkin dia pun sudah tahu yang aku ni kuat tidur.Namun,kenapa tiba-tiba dia nak jumpa aku ni??
“Boleh,sayang pun tak ada buat apa-apa hari ni.Em,pukul berapa?”Aku membalas mesej tersebut tanda setuju.
“Ok! Pukul 3 dekat tasik.See you!Bye.”Balasnya.Aik,macam tu je dia ajak aku.Belum apa-apa lagi dah bye.Aku bye dia karang tahu la…

Aku terlupa yang aku ada temu janji dengan Zakuan hari ni.Sedar tak sedar dah pukul 5:30.Handphone aku off pulak.Habis lah aku,mesti dia hantar mesej selambak.

“Maya,kenapa tak datang lagi.I still tunggu sayang ni.”Tiba-tiba aku menerima mesej dari Zakuan.Tergopoh-gapah aku bersiap.Nasib kau lah Zakuan,dapat teman wanita yang macam ni..Penyabar juga dia ni.Aku hampir lewat 3 jam pun dia masih menunggu aku!

“Zakuan,sayang dah sampai ni.U dekat mana?Pakai baju warna apa?”Aku menghantar mesej kepadanya.Cemas juga aku dibuatnya.Mungkin aku akan dimarahi..mungkin tidak.Berdebar-debar hatiku.Macam manalah agaknya orangnya.Dia pernah cerita dekat aku yang dia ni ramai peminat.Mesti hensem.Argh,apa aku ni.Bagi aku,rupa tak penting,yang penting hati yang baik.
“Sayang pakai baju warna apa?”Balasnya.Haii mamat ni,aku tanya dia,dia tanya aku balik.Nak tak nak aku jawab je la..
“Baju hitam lengan panjang seluar jeans.Pakai seliper putih.Rambut lurus tapi tak panjang,rambut depan ke tepi.Tak pakai handbag and make-up.Just the real meπŸ™‚ “Panjang lebar aku menerangkan kepadanya.
“Ok I dah nampak Sayang.Sayaaangg…sayang cantik la,untung I dapat sayang.Baik,penyayang, cantik lagi!”Balas Zakuan.Apa kena dengan Zakuan ni.Puji aku lebih-lebih.Malu lah aku.Ahaks!
“U dekat mana ni?Kenapa tak datang sini kalau dah nampak?”Aku membalas mesejnya.
“I ada dekat belakang ni”Dia membalas.Aku terus menoleh ke belakang.Tak ada orang pun.Dia ni memang nak kena.
“U! Mana ada.Saja je U ni nak kenakan I”Aku membalas.
“Jangan lah marah.Tapi bila sayang marah pun cute juga.Tenang je muka tu.I nyorok la.I nak tengok muka sayang je.Lawa..”Balas Zakuan.Dia ni pandai betul memujuk.

Sedar tak sedar jam hampir pukul 6.aku perlu pulang ke rumah.Nanti ibu ku mengamuk.

“U,sayang balik dulu tau.Dah nak pukul 6 ni.Nanti mak sayang marah.Bye!”Aku menghantar mesej kepadanya.Dia langsung tidak mahu menunjukkan dirinya.Geram betul!
“Ok sayang.I pun kena balik juga.Cikgu dah tahu I keluar sekolah.Sayang jaga diri ya.Dah sampai rumah nanti bagitau I.”Balasnya.Dia sanggup keluar sekolah tanpa izin semata-mata nak jumpa aku.Pelik lah dia ni.Mesti dia tahu dia kena marah dengan cikgu kalau keluar.Kalau nasib dia baik dapat pekej denda sekali…Zakuan…

———————-

Semakin hari hubungan aku dengan dia semakin rapat.Namun tak ku sangka,cinta monyet sebegini dianggapnya satu perkara yang serius.Selama aku mengenalinya,dialah yang memberi nasihat sekiranya aku mempunyai masalah.Namun satu yang aku masih tertanya-tanya,apa yang dia lihat dalam diriku ini.Nak kata aku ni lawa,tak ada lah lawa sangat.Baik tu boleh la sikit-sikit.Dia boleh cari perempuan lain yang lawa dari aku,dan sebaya dengan dia.Budak form 1 macam aku ni,apalah sangat..Aku menghargai setiap detik bersamanya.Kata-katanya,tidak ada satu pun yang boleh membuat perasaanku tersinggung.Kadang-kala aku merasa diriku terlalu kerdil untuk lelaki sepertinya.

Namun tak pernah ku sangka…

16-Mac-2008

“Sayang,sebenarnya I dekat hospital sekarang ni.Dah lama I duk sini,sejak minggu lepas lagi.I accident minggu lepas.Teruk keadaan I.Esok I kena operate.I harap u boleh sabar tunggu I.Cuma..harapan I untuk hidup 26%.Cuma ini permintaan I..Sayang jangan terlalu berharap yang I akan sembuh semula,jalani hidup yang bahagia bersama sayang.Hidup ini terlalu indah bila disisi sayang.Kalau esok atau lusa I tak mesej sayang..Sayang tak dengar suara I,maknanya I sudah tiada lagi di bumi ni.Maafkan I terpaksa bagitau sayang pasal perkara ni.I tak mintak semua ni.Ini semua takdir.Akhir kata,I mintak maaf kalau I ada sakitkan hati sayang selama kita berkenalan.I nak sayang tahu..yang hidup I banyak berubah lepas kenal sayang.Sayang lah permata hidup I.Walaupun nyawa ini berpisah dari jasad,namun kasih sayang I untuk sayang tak akan pernah berkurang.Jika ditakdirkan ini mesej terakhir dari I,I harap kita akan dapat berjumpa di sana.Supaya I boleh tengok muka sayang yang cantik umpama bidadari yang tidak akan puas bagi I untuk menatapnya.Sifat-sifat sayang yang terlalu sempurna bagi I,I harap akan dapat merasa kehadirannya lagi selepas ini.I harap kita akan dapat menjalani hidup yang bahagia.”
Aku merasakan bagai jantungku berhenti berdegup ketika itu.Terasa nafasku sesak.Tiada udara yang boleh ku hirup.Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan perasaan aku ketika itu.Hanya air mata yang menjadi saksi segala peristiwa ini.Air mata yang turun berjurai-jurai,yang aku sendiri tidak tahu bilakah ia akan berhenti.
“Jangan tinggalkan sayang…”Balasku.Tiada kata-kata lagi yang mampu aku ungkapkan padanya.Hanya merayu agar dia akan kuat semangat untuk mengharungi dugaan Tuhan ini.

“Ada sesuatu ingin ku katakan.Ku harap engkau dapat mengerti.Selama ini dirimu ku sayang.Walaupun engkau tidak mempercayai.Tiada guna aku memaksa dirimu,untuk mempercayai segala kata-kataku.Kiranya engkau fahami hatiku,tentunya engkau akan menyedari sungguh indah bersamamu setiap waktu.Kita bermesra,marah dan sayang..merajuk dan rindu.Walaupun kita pernah merasa terluka dan terkilan,namun hatiku masih mencintaimu sayang.Andainya aku hilang di mata mu,ingat ku dalam doa mu.”
Puisi yang dihantarnya,sungguh memilukan.Umpama diri ini akan ditinggalkan,diri ini akan kesunyian,diri ini akan kesepian…buat selama-lamanya…

“Kepadamu kekasih hati,
Ku serahkan jiwa dan raga,
Kerana engkau aku gembira,
Kerana engkau aku bahagia.

Kepadamu kekasih hati,
Ku pinta cuma lah setia,
Semoga akan abadi dan kekal selamanya,
Selimutkan ku dengan kasih sayangmu,
Selimutkan ku dengan asmara,
Lindungi ku dari duka dan lara.

Kepadamu kekasih hati,
Walaupun keras dugaan melanda,
Takkan ku biar kau terluka,
Takkan ku biar kau sengsara,
Agar kau tahu,
Engkau lah kekasihku.

Kepadamu kekasih hati,
Berdua kita berdoa,
Mahligai bumi mulia menjadi syurga kita bersama,
Selamanya…”

————————

Sebenarnya kisah percintaanku dengan seorang jejaka yang bernama Zakuan.Itulah mesej terakhir yang aku terima darinya.Sebuah puisi yang cukup indah,tersirat seribu makna.Sebenarnya aku masih lagi menanti khabarnya.Dia memberitahu aku bahawa pembedahannya akan berlangsung selama 3 hari.
Segala persoalan akan terjawab tidak lama lagi..20-Mac-2008,terus aku nantikan.3 hari lagi..Mungkinkah harapan aku akan berkecai bila hari itu tiba?Atau aku mampu senyum semula kerana insan yang aku perlukan untuk hidup akan terus ada menemaniku..Segalanya ku berserah kepada yang Maha Esa.Ini semua takdirnya.Zakuan,aku akan terus menunggumu…

4 Respons

  1. ++ tak bc .. panjang sgt ++
    hehehehe ~
    tp kalo awk ringkaskn jadik sinopsis kat sy leh tak?
    kalo sinopsis dy bagos sy sanggup bc~

    sekian~

  2. nie cite btul ke??
    walau ape pon best sngat cite nie….

  3. lar.. ini kisah meneritakan diri sendiri ker? kenapa citer ni boring giler. tak best lgsung. baru form 1 dah menggatal. macam kisah bebudak hingusan.dah ler tergantung tak de ending. ni 21hb Mac 2008, hidup lagi ker dah mati si zakuan tu? sape penulis nih, tolong lah jgn buat cerite mengarut cam ni lg……

  4. cerita ni best..cuma anda blh baikinya lag…myb umo dlm citer ni krang sesuai, n ending dia tergantung kalu leh bg ksdahan, sedih ke x ok je asalkan ada ending

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: