Novel : Triplet 4

Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

DUA

0700hrs, 22 Julai 2015, Pismo Beach…

“Hei wake up sleepyhead! Dah pagi ni.” Maria mengejut Jimmy dan Billy yang nyenyak tidur di tempat duduk bahagian belakang jip putih itu.
Tempat sempit-sempit ni pun diorang boleh tidur mati lagi.
“Leave us alone sis. Kitorang tak cukup tidur malam tadi tahu tak!” Suara Jimmy mendengus.
“Sokong-sokong. Emmm… syoknya membuta.” Billy menyampuk.
“I don’t care, get up now! We must get moving before those ‘Men In Black’ catch us.” Maria memerintah, tangannya menepuk-nepuk pipi dua remaja berusia 17 tahun itu.
“Ish, mengacau betullah. Sis yang nak memandu kenapa kitorang pulak yang kena bangun.” Jimmy merungut. Dia turun daripada jip itu dan bergerak ke arah pantai. Billy turut membontotinya.
“Sokong-sokong.” Billy menyahut.
Dalam mamai, keduanya melilau menuruni tanah berpasir itu. Beberapa orang yang sedang jogging digigi air tergelak melihat gelagat kedua mereka.
Tanjung yang menjadi pengakhir Pismo Beach tidak lagi sesak seperti semalam. Parti yang diadakan malam tadi disekitar pantai itu tamat kira-kira pukul 3 pagi tadi. Beransur-ansur kemudiannya muda-mudi yang terhoyong-hayang dek kerana penangan air setan meninggalkan kawasan pantai dan beredar pulang ke kediaman bersama pasangan masing-masing yang entah-entah tak pernah dikenali mereka. Begitulah kehidupan liar muda-mudi US yang gah dengan cara hidup mereka. Pismo Beach berehat sebentar sementara menunggu mentari muncul kembali. Maria, Jimmy dan Billy sekadar melelapkan mata di dalam jip, bukan tak mahu menempah motel tetapi khuatir ‘Men In Black’ yang memburu mereka dapat mengesan jejak mereka. Sekarang hanya Uncle Nick tempat mereka mengadu. Destinasi seterusnya Bakersfield, kediaman Uncle Nick.
Maria tergelak kecil; ‘Macam nilah kerenah mereka berdua. Aku juga yang kena layan.’
“Pasal sis nak memandulah korang kena turun, JALAN KAKI!” Maria berteriak, memulas anak kunci jip dan memecut laju, meninggalkan Jimmy dan Billy.
“Hoi sis, takkan dalam pelarian ni pun kena training jugak.” Jimmy tension. ‘Dah hampir sepuluh tahun, ni je lah kerja aku tiap-tiap pagi. Berlatih konon, sihatkan badanlah, apalah, tapi sis tu, still aku tak boleh kalahkan. TIPU!!!’ Dia mula mengorak langkah berlari ke depan.
“Sokong-sokong.” Billy mengekor. ‘Aku dah agak. Sis tu mana boleh bagi cuti dalam soal latihan ni.’
“Kau tak habis-habis nak mengikut aku, jom lumba. Siapa sampai dulu dapat breakfast lebih.” Jimmy memanjangkan langkahnya memecut mengikut jip putih yang jauh didepan.
“No problem, kalah jangan nangis.” Billy tersengih.

———————

“Apa pasal lambat sangat, I’ve already finished my breakfast.” Maria tersengih. Jarinya yang melekit dijilat.
“Lambat sangat? Kedai ni je dah dekat 10 km tau tak. Kejam betullah sis ni.” Billy merungut.
“Dahsyatnya merungut, tadi asyik menyokong je.” Maria tergelak.
“Dah kalah mestilah bengang. I want double for my breakfast O.K.” Jeremy duduk sambil mengelap peluhnya yang tidak berhenti mengalir.
“Terlebih satu cm pun dah kecoh. I don’t care, I also want double for my breakfast.” Billy tak mahu kalah.
“Hold on you guys, look at what I have here.” Maria menunjuk pada dua keping sandwich yang ada didepannya.
“Ini aje, mana boleh macam tu sis.” Kedua mereka serentak.
“Fair and square, isn’t it.” Maria tersenyum.
Jeremy dan Beaverly monyok, buat muka setahun tak makan.
“O.K., O.K. ambillah apa yang korang nak.” Maria memujuk.
Senyum kambing pun menguntum.
“Saaayyyyaaaannnggg sis.”
“yuks!” Maria geli bila kedua jejaka itu memuncungkan mulut mereka ke arahnya.
Jimmy dan Billy tergelak.
“Kita ke mana lepas ni?” Jimmy menyoal.
“Uncle Nick’s house. Sis dah telefon dia, dia pun tengah tunggu kita.” Maria menjawab.
“I will drive.” Billy mengangkat tangannya.
“It’s always you.” Jimmy bengang, kalau cara memandu tu betul, tak apalah. Ini macam budak tadika baru belajar naik basikal.
“You will get your turn.” Billy lahap menjamah sarapannya.

* * *

“Burp, Alhamdulilah.” Billy sendawa, membuatkan stering kereta di tangannya bergerak-gerak.
“Melampau tu, sampai bergoyang kereta ni. Karang tak pasal-pasal kita meninggal sebab sendawa kau. Biar aku drive lah.” Jimmy terkejut. ‘Aku agak dah. Sendawa pun macam anak gajah.’
“Bukan meninggal sebab sendawa tapi meninggal pasal dengar korang bergaduh. Naik pening kepala sis ni tau tak!” Maria menjeling kedua-dua kembar itu. Pasal sendawa pun boleh bising.
Suasana tenang seketika.
“Sis, who are those guys, you know those mens that attack us last night and what are this manuscript thing that they want has to do with us. Don’t hide anything from us sis.” Jimmy memberanikan diri menyoal kakaknya itu.
“True, I agree, don’t hide anything sis… But isn’t the fight awesome Jimmy. I like it.”
“Stop it Billy, don’t you have your own personality. Always want to copy what I said.” Jimmy merungut. Macam manalah malaun ni boleh jadi kembar aku.
“I’m your twin!” Billy tergelak.
“Guys, stop it, Jeremy, Beaverly. I had enough with this quarelling O.K.” Maria mengamuk.
“Focus on the road Billy. You two listen to what I want to say.” Maria mengarah.
Jimmy dan Billy membisu. I can hear her blood boiling.
“15 years ago, mama was killed…by Peter, and he had taken Sabrina. All mama’s inventions manuscript and prototaip had been stolen by him, except one. It was her major invention and her last one. I don’t know what it is but Uncle Nick said it’s sort of communication thing that give one’s the power of telephaty.”
“Interesting. You mean we can communicate without saying a word.” Jimmy bersuara.
“Exactly.”
“But who are this bloody shit Peter wants to track us down after all this years. Especially after 15 years mama has past away.” Nada Billy keras.
“He was papa’s partner in the ‘SCHOOL OF MARTIAL ARTS’. They joined venture to built the instituition.”
“It’s there any prototaip of this futuristic thing.” Jimmy mencelah.
“It shouldn’t be. Mama had burned the manuscript.” Suara Maria tenang. ‘I’m not so sure’.
“What did Uncle Nick said?” Billy pula bersuara.
“Nothing. He just said that, less we know, more safer we are. I don’t know what was that suppose to mean.” Maria keliru.
“It mean mama has done the prototaip. It’s the only explanation why Peter tracking us down….But where is it?” Jimmy memberi pendapatnya.
“But why now, why not 15 years ago?” Maria bingung.
“Polis. Dia tentu menunggu sehingga kes pembunuhan mama dan penculikan Sabrina ditutup. Sementara itu dia mempunyai banyak masa untuk mengaut keuntungan hasil daripada manuskrip mama yang terdahulu.” Billy serius.
“Logik. Baru sekarang aku rasa otak kau boleh dipakai.” Jimmy berseloroh.
Billy memukul lengan Jimmy, geram.
“Orang jahat ni, selagi tak dapat apa yang dikehendakinya, dia tak mungkin berhenti. Walaupun perkara itu akan mengambil masa yang lama.” Maria bersuara tiba-tiba. Lakaran kejadian masa lampau terlukis di mindanya.
“Kalau betul sampel manuskrip itu wujud, dimana benda tu.?” Jimmy menyoal.
“Nobody know. Mama terlalu berahsia tentang perkara ini. Tak mungkin dia nak membahayakan nyawa orang lain. Even papa didn’t know about it sehinggalah mama meninggal dunia.”
“Tak juga, papa yang beritahu Peter tentang ciptaan mama itu.”
“Memanglah, papakan suami mama, tapi tentu tidak secara terperinci.” Jimmy menempelak kenyataan Billy.
“Of course, papa no nothing about science but how about Uncle Nick. Dia terlalu berahsia bila diajukan tentang mama. Isn’t that what you think sis?” Billy tersengih. ‘He! he! I can read her mind.’
“That’s why we are going to his place.” Maria mengangguk.
“Entah apa-apalah kamu ni. Sekejap sokong sekejap bantah.” Maria tersenyum.
“Billy… stop the jeep… I said pull over!!” Jimmy menjerit tiba-tiba. Jip itu berhenti mengejut, apabila Jimmy menarik ‘Hand Break’ secara tiba-tiba.
“Are you trying to kill us?” Billy berang.
“Why Jimmy?!” Maria yang juga terkejut menyoal.
“Have you call Uncle Nick sis?”
“Yeah! At the café.”
“Using my handphone?” Jimmy terus bertanya.
Maria hanya mengangguk.
“Call him again, make sure that he’s O.K.” Jimmy menghulur telefon bimbitnya kepada Maria sambil memandang ke arah cermin sisi jip itu.
Maria pula hanya akur.
“Don’t panick, just act like nothing happen?” Suara Jimmy agak tegang.
Billy melemparkan muka ‘apahal sebenarnya’ kepada kembarnya. Jimmy cuma mengangkat tangan tanda tunggu.

——————————————

“Hello Uncle, its Maria.”
“Err……Where are you?” Nick gagap.
“Are you O.K. Uncle Nick. We are on the way to your house.” Terdapat hentian yang lama disitu. Uncle Nick seperti gugup.
“Listen to me Maria, get out from U.S., Peter argh…” Nick menjerit. Kepalanya diketuk dengan benda yang keras.
“Sons of bitch. Say good bye to your Uncle kids.” Suara garau menembusi gegendang telinga Maria disusuli bunyi tembakan yang kuat.
“Uncle!” Talian telefon putus.

“He’s dead.” Maria terpaku. Telefon di tangannya terlepas.
“Go as faster as you can Billy, they have tracked us by this phone.” Jimmy lantang. Tangannya pantas mengambil telefon bimbit tersebut dan mencampakkannya ke arah sebuah Volvo hitam yang turut berhenti tidak jauh di belakang mereka.
Bunyi tembakan berselang seli selepas itu.

Billy menarik hand break, mengejut. Tangannya dihentak kuat pada stering jip berkenaan, melepaskan geram. Kereta Volvo di belakang mereka tadi telah pun hilang daripada pandangan. Lubang-lubang yang penuh di sekeliling badan jip itu masih lagi panas berisi peluru. Salah satu daripadanya menembusi dinding jip dan tepat mengenai paha kanan Jimmy yang sedang kesakitan di bahagian seat tempat duduk belakang. Air mata perempuan Maria nyata tidak dapat dibendung lagi.
“Kita kena keluarkan peluru ini. What should we do sis.” Billy runsing
“Hit me Billy… I said hit me!” Jimmy separuh menjerit.
Billy menumbuk padu pipi Jimmy seperti yang di arahkan. Jimmy pengsan akibat tumbukan tersebut. Mata Billy mula bergenang. Sedih melihat keadaan abang kesayangannya itu. Daripada poket seluarnya, dia mengeluarkan sebilah pisau kecil dan pemetik api. Hujung pisau itu dipanaskan.
“Sis can you get something that can make this less pain. You know what I mean.”
Maria hanya mengangguk. Tangannya pantas menyeluk ke dalam zip tepi beg kembaranya untuk mengeluarkan beberapa butir Pain Killer. Tablet itu dihancurkan dan serbuknya diratakan pada sekeliling luka Jimmy supaya terdapat kesan kebas. Kemudian Billy mengambil alih tugasnya. Pisau itu dibenamkan pada peha Jimmy dan secara perlahan-perlahan, peluru seberat 50 g itu dikeluarkan. Maria berpaling, tidak mampu untuk melihat. Sejurus kemudian luka itu dibalut kemas oleh Maria.
“Don’t worry. He’ll be O.K. Peluru itu tak cederakan tulangnya.” Billy tersenyum hambar. Dia kembali ke seat pemandu untuk meneruskan perjalanan mereka. ‘This is only the beginning’

—————

“Where should we go sis. Masih jauh untuk sampai ke Vegas. Kita kena bermalam di sini.” Billy bersuara tiba-tiba.
Sudah 24 jam mereka menjadi pelarian. Daripada Santa Maria hingga ke Apple Valley dan kini Barstow, sudah tiga kali Billy dan Maria berganti seat pemandu. Mereka perlu keluar daripada California secepat mungkin. Seterusnya mereka perlu masuk ke highway di Mojave Desert dan terus ke Vegas.
“No! We must keep moving. Sis akan ganti kalau Billy dah penat nanti. Sis nak sediakan makan malam. Hanya roti yang ada.” Maria agak muram.
Billy menggeleng, senyum membalas renungan Maria.
“It’s O.K. for me sis. Simpan roti tu untuk Jimmy.” Billy memandang disekeliling kawasan gersang itu. Mereka baru sahaja memasuki kawasan Gurun Mojave.
“We must reach Las Vegas before dawn. Kita akan ke Malaysia esok.”
“What?”
“Uncle Nick suruh kita keluar daripada U.S.”
“O.K. but why Malaysia?”
“To find Peter before he found us.” Maria menjawab geram.
“Disana sahaja, Peter dengan mudah mendapatkan hak kewarganegaraan buat Sabrina kerana mama merupakan rakyat Malaysia. Dia pun takkan terkecuali.” Maria mengeluarkan teorinya. Sedari kecil lagi nalurinya agak kuat mengatakan Peter telah ke Malaysia. Atas desakannya dulu ada juga beberapa kali papa ke Malaysia untuk menjejaki Peter tapi usaha papa disana hampa. Mungkin kali ini aku akan berjaya.
“Emm…I remember, Uncle Nick ada kata yang dia nak ke Malaysia beberapa hari yang lalu. I thaught it was a joke.”
“And now he has past away. We can’t see him again.” Suara Maria perlahan.
“Lifes must go on sis. Right, he’s dead and it’s nothing we can do about it. Billy faham, he is like a father to us. Let’s go find the bastard to take revenge. I’ll make sure that he die just like mama did.”
“From nowaday, you and Jimmy will use your malay names that mama had gave to you since you were kids. Remember Haikal and Hakimi?”
“I’m Haikal right.”
Maria mengangguk.
“Pagi esok, sis akan contact rakan chat sis dari K.L., mungkin dia boleh membantu.”
“Perempuan ke lelaki?”
“Lelaki! Jangan nak menggatal ye.”
Mereka tergelak.
“How about money.”
“It’s not a problem, don’t worry. I’ll take care of it tomorrow.”
“Sis nak tidur dulu, karang pukul 11 malam kejut sis. Sis ganti O.K.”
“O.K.”

——————————————-

0655 hrs, 23 Julai 2015, Sin City…
Maria fokus pada jalan yang lengang tiada pengguna. Perutnya sudah berlagu minta diisi. Sejuk embun pagi menyucuk hingga ke tulangnya. Sesekali matanya melirik pada seat tempat duduk belakang yang padat di penuhi susuk tubuh Billy dan Jimmy yang sedang lena diulit mimpi. Jimmy masih belum sedarkan diri. Walaubagaimanapun lukanya semakin sembuh.
“Sis, where are we heading to?” Suara Jimmy kedengaran, agak lemah.
“Airport. Do you want something?” Maria berpaling. Jip itu sudah pun berhenti di bahu jalan.
“Can I have my breakfast?”
“Wait a minute, Billy wake up.” Maria mengetuk kepala Billy yang masih tak sedar.
“What?” Matanya dibuka kuyu.
“Mana roti yang sis suruh simpan untuk Jimmy?” Maria hairan. Aku rasa aku letak kat sini.
“Ops!” Billy terduduk, tegak sambil memegang perutnya.
Jimmy geram. Bantal dikepalanya diangkat untuk memukul Billy.
Maria mula menjeling.
“Sorry.”
“You always like that.” Maria baran.
“It’s O.K. sis. Kita boleh bersarapan dekat mana-mana nanti. Anyway, kenapa ke airport?”
“We are going to Malaysia broth?”
“Why?” Jimmy terkejut.
“It’s a long story, sis akan ceritakan dalam plane nanti. How’s your leg.”
“I feel better now. Kita dah sampai Vegas ke.” Jimmy melihat sekelilingnya. Tiada lagi kawasan tandus seperti yang dilihatnya semalam.
“Uh…..huh.” Maria mengangguk.
“Billy take over the jeep please.” Maria menarik kain selimut yang menutup muka remaja itu.
“Don’t want lah, mengantuk. Suruhlah Jimmy.” Billy sengaja mengusik kembarnya.
“Oh masa aku sihat kau tak nak bagi aku pandu bila aku dah dah sakit ni baru kau nak suruh aku. Tak ada, tak ada, kau bangun jugak.” Jimmy menarik tangan Billy.
Billy tersengih.
“Yelah, yelah.” Billy menuruni jip itu hendak ke depan.
“Nak ke mana ni?” Billy bertanya.
“Pergi kedai, makan. Selepas tu ke bank, sis nak keluarkan duit, ke klinik beli ubat dengan tongkat si Jimmy ni dan lastly ke airport.” Maria berkira-kira.
“Tongkat…Ha, ha, ha. Lawaklah tu. Baru kena sikit, tak dalam mana pun peluru tu nak kena pakai tongkat pulak ke?” Billy terus ketawa.
Jimmy pantas meluku pak lawak itu.
“Oouch!”
“Tak naklah sis, buat malu je. Cuma ingatkan Jim bila boleh balas balik tumbukan budak gila ni. Keras macam batu. Nasib baik tak patah tulang pipi aku.” Jimmy memegang pipi kanannya yang merah.
“Kau yang suruh aku pukul? Padan muka.” Billy mengejek.
“Seronoknya tengok orang sakit. Jalan cepat.” Maria memulas telinga Billy.
“Adoi, sakitnya sis. Orang nak jalanlah ni.” Billy merungut. Gelak Jimmy terdengar di telinganya.
Jip itu meluncur laju menuju ke pusat pentadbiran ‘syurga dunia’ itu, Las Vegas, The Sin City.
*
Maria menolak pintu Bank American Express itu keluar. Mukanya berkerut. Wang yang baru dikeluarkannya tadi diseluk masuk ke dalam kocek seluarnya.
“Kenapa sis.” Jimmy bertanya. Mulutnya penuh dengan sandwich telur yang dijadikan sebagai sarapan pagi.
“Uncle Nick.” Maria menjawab ringkas.
“Ha! Mana-mana?” Billy gabra. Orang mati boleh hidup balik ke.
“Tak, Uncle Nick dah jual semua sekali, rumah, sekolah ayah dan jip ni pada bank dua hari lepas. Semua duit itu dimasukkan ke dalam akaun sis. Hampir 1 juta dollar.”
“What?” Jimmy ternganga.
“Aku kaya, kita kaya.” Billy bersorak.
“Billy!” Maria menarik muka.
“Sorry!”
“Kenapa ?” Jimmy bertanya.
“I have no idea.”
“Mesti Uncle Nick dah tahu perkara ni akan terjadi. Semasa kita diserang dekat rumah dua hari lepas. Uncle Nick ada telefon tapi Billy terus letak sebab orang gila yang menyerang kita tu nak kejar.” Billy menjawab.
Jimmy dan Maria mengangguk. Musykillah.
“Ni pasport kita bertiga. Sis baru keluarkan dari peti keselamatan milik Uncle Nick.” Maria mengunjuk tiga keping pasport berkenaan.
“Kan kita dah ada pasport.” Jimmy hairan.
“Sis tahu, yang peliknya pasport ni atas nama Haikal, Hakimi dan Maria Ali.”
“What do you mean?” Jimmy dan Billy mengerut dahi.
“Look for yourself.”
Jimmy membuka lembaran pertama pasport yang berada ditangannya. Terdapat disitu gambarnya tetapi bahagian nama bukan tertulis Jeremy Daniel tetapi Mohd Hakimi bin Hazwan.
“Nama yang ibu beri.” Billy bersuara.
Maria mengangguk.
“Begitu juga dengan pasport Billy, bukan Beaverly tapi Mohd Haikal. Pasport sis pula diisi dengan nama penuh sis, Maria Ali bukan Maria Daniel. Lagi satu ini bukan pasport Amerika tetapi pasport Malaysia dan kita adalah warganegara Malaysia. Sis bingung.”
“Uncle Nick dah tahu tentang tindakan kita akan ke Malaysia, sebab itu dia sediakan pasport ini supaya kita tak dikesan oleh orang Peter.” Jimmy menyatakan pendapatnya.
“Mungkin, buat masa ini itu saja sebab yang munasabah.” Maria setuju.
“Macam mana dengan jip ni. Kita nak ke airport naik apa?” Billy bertanya.
“Teksilah, apa lagi.”
“Ni si Jimmy, tak kan nak kena tinggal kot. Atau nak orang tolong dukungkan.” Billy melawak.
“Tak payah, aku boleh jalan sendiri.” Jimmy turun daripada jip itu. Kakinya nampak stabil.
“Good. So lets move.” Maria mengajak.

——————————

Advertisements

Satu Respons

  1. cta yg bgus mnarik gak… ada rasa ingin tahu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: