Cerpen : Sepi tanpa mu

haifat binti ab hamid
ifa_lovely@yahoo.com.my

hey, wat apa tu ?. Ooo berangan ye. Dah sampai kat Jerman ke.”jerkah Wardah yang sememangnya jenis yang suka menyakat rakan-rakan. Ish kau ni tak boleh ke tak kejutkan orang terkejut tau. Nasib baik aku ni tak ada lemah jantung kalau tak apa kau nak buat dengan aku” bebel Maria sambil mencebik mulutnya. Ala sorryla friend, aku sengaja tu. Eh, kau tak laparke? yala. aku laparlah. Jomla aku belanja nak ?” kata Wardah sambil tersengih. Apa makan, belanja ? boleh gak aku pun lapar gak ni. Nanti sat aku kemaskan barang aku. Ramai ke join ?” Tanya Maria yang sememangya terkenal dengan tabiat makan banyaknya walaupun agak kurus berbanding yang lain. Itu jangan bimbang lah wak ramai. Ebi, Anuar, Sarah dan Minah pun ikut sama jelas Wardah.

Wah, Wardah pink ye kau hari ni. Kau pakai untuk aku ke ?” sakat Faizal yang sememangnya memang tak senang kalau tak menyakat Wardah. Porah !. Kalau setakat kau ala membazirkan elektrik rumah aku je la nak iron baju ni. Perasan betul. Kan aku report kat makwe kau baru tau”. Bidas Wardah. Ala sorryla Wardah aku gurau je la. Itu pun nak marah ke. Sememangya apabila kami keluar beramai-ramai ada sahaja gurauan yang timbul.

Suasana pagi amat menyamankan. Kelihatan titisan embun pagi yang menitis setiap daun membayangkan kesegaran. Kedengaran burung yang berkicau riang menambahkan lagi kedamaian hening pagi. Wardah membuka tirai jendela. Tiba-tiba perutnya terasa lapar pula. Hendak bergerak ke kafe malas pula. Nak kejutkan Maria pula tak tergamak pula tambahan pula Maria semalam tidur agak lewat untuk meyiapkan esaimen yang perlu di hantar pada esok hari. Wardah mencapai kettle untuk masak air. Wardah terlupa bahawa dia ada membeli milo 3 in 1 dan biskut Munchis kelmarin. Sambil menunggu air masak Wardah membuka laptopnya. Boring rasanya. Apa lagi kalau dah siap asaiment main gamelah jawabnya. Tiba-tiba pemikiranya melayan jauh mengungkaikan kembali memori lama yang tersimpan di pemikiranya. Ah, buat apa aku ingatkan dia buang masa sahaja.”. desus di hatinya. Namun pemikiranya tetap melayan akan memori silamnya.

Printtt…….. Lamunanya terhenti seketika apabila terdengar bunyi air yang telah masak. Kau ni bisinglah Wardah aku nak tidur pun susahlah. Air dah ada. Benganglah semalam air tak ada semalam”bebel Maria yang sememangnya memangnya becok mulut. Namun walaupun mulutnya becok namun dia memiliki peribadi yang baik. Dah adala Maria tadi baru ada. Hai kenapa rasa nak mandi selalunya aku tengok matahari nak terbenam barulah mandi. Ni mesti nak jumpa pakwela tu” bidas Wardah. Ha tahu tak pe” jawab Maria.
Suasana kampus seperti biasa gamat. Ada yang melayan buku dan tidak kurang pula ada yang sedang asyik bercinta. Hai Wardah sorang ke hari ni. Kalau macamtu boleh la aku gorat kau usik Faizal. hemmm, jangan perasanlah. Awak ni kalau tak kacau saya boleh tak?. Rimas tau. Tak adalah saya tunggu Maria ni tak nampak-nampak batang hidung pun. Janji sepuluh minit tapi dah dekat 30 minit dah ni”. Bebel Wardah. Ala sabarlah kejap lagi sampai la tu”. Kata Faizal. kau ni Faizal kadang-kadang aku tengok kauni matang kadang-kadang tu aku tengok kau menyakitkan hati je” kata Wardah. Kenapa jahat ke aku ni pada pandangan Wardah. Kalau aku tak buat macamni tak ada can lah Faizal nak mengorat Wardah”. Ujarnya sambil tersenyum menampakkan lesung pipitnya. Wardah mencebik. Sambil itu sempat juga melihat Faizal yang sebaya denganya. Memang benar apa yang dikatakan oleh Maria Faizal sememangnya tampan orangnya. Dari segi ketinggian, dan ditambah lagi lesung pipit menyerlahkan lagi ketampananya. Tetapi entah bagaimana aku tidak pernah menyimpan perasaan terhadapnya. Walaupun ada dikalangan rakan-rakanku yang mengusik yang mengatakan aku kekasih Faizal. Namun aku menganggap Faizal sebagai rakan baik sahaja. Tetapi kadang kala apabila Faizal tidak ada terasa rindu pula. Entahla. Kadang kala perbuatan Fizal yang selalu menyakat-yakatnya membuatkanya berasa bahawa Faizal mempunyai perasaan terhadapnya tetapi mungkin perasaanya sahaja.

Ha sampai jugak. Ni tak ada tempat lain ni mesti pergi mengorat gan pakwe lah tu” bebel Wardah. Ia lah rindulah tak jumpa. Kau tu apa kurangnya. Aku tengok bukan main mesra lagi dengan Faizal.” balas Maria. Eh, tolonglah sikit eh. Faizal yang datang bukanya aku call dia pun” Marah Wardah. Assalammualaikum boleh saya tanya pejabat dekan psikologi dekat mana” Tanya seorang pemuda kepada Wardah. Ooo pejabat dekan psokologi dekat je. Saudara belok kanan. Selepas itu saudara boleh tengok ada bangunan warna kuning. Itu lah fakulti psikologi. Lepas tu saudara naik tingkat tiga dan pejabat dekan berada di sayap kanan. Ala saudara pergi je dah jumpa senang je”. Bilang Wardah sebagai penutup bicara. Eh, siapa tu ye? Pelajar baru ke” tanya Maria. Entahlah Maria. Mungkin kot. Entah sama kos dengan kita tak?” bilang Faizal. Ah lantaklah jom kita pergi kafe laparlah. Belum sarapan lagi. Lepas ni kita pergi perpustakaan untuk bincang pasal malam anugerah tahunan” ajak Wardah.
Suasana dewan kuliah seperti biasa agak bising dengan suara pelajar. Macam-macam bunyi ada yang ketawa dan ada pula yang melayani buku-buku. Namun dewan kuliah menjadi sunyi seketika apabila pensyarah masuk untuk memulakan pengajaran. Hari ini saya ingin memperkenalkan ada pelajar baru namanya Iskandar, pelajar tahun tiga. Saya harap anda semua memberi kerjasama okey kita teruskan sesi pengajaran kita” umum Puan Noraini. Eh Maria itukan budak yang tanya aku pejabat dekan kan?. Ooo rupanya satu kos” sampuk Wardah. Eh, ye la. Tak sangka rupanya pelajar baru.” Sokong Maria.

Hai ingat saya lagi tak. Ala yang awak tanya saya pejabat dekan. Saya Wardah, yang ini Maria dan ini Faizal. Selamat berkenalan” perkenal Wardah. Oh ya baru saya ingat. awak yang tunjukkan saya jalan ke pejabat dekan. Rupanya kita satu kos. Kalau macam tu senanglah saya tanya mana-mana saya tidak faham. Eh duduklah dulu. Hari ini saya belanja. Tanda memulakan persahabatan. Tetapi sebelum tu, awak semua boleh panggil saya Is je.” pelawa Iskandar. Hey gang wa lama tak tengok. Rindula.” Sampuk Fatty. Eh kau ni Fatty macam pelesitla aku tengok kau kejap ada kejap taak ada kau kemana ni” kata Faizal. Eh aku balik kampong la. Sorryla tak cakap. Ni aku tengah peningni mak aku suruh aku kawin la. Mana aku nak. Eee…tak sanggup la aku kawin awal. Ia la aku belum puas enjoy lagi la.” Bilang Fatty. Habis kau terima la” soal Wardah. Tak la. Itu pun nasib baik ayah support aku. Kalau tidak tamatlah usia bujang aku. Tu pun macam-macam dalih aku buat. Nasib baikla jadi. Eh, ini rakan baru ke. Kalau macamtu selamat berkenalan.” Bilang Fatty sambil menghulurkan tanganya. Sememangnya Fatty jenis kaki perempuan. tetapi Fatty jenis yang setia mendengar masalah jika ada rakan-rakan yang mengadu kepadanya. Iskandar menyambut mesra. Dan pada hari tersebut bermacam-macam perkara yang dibualkan.

Wardah free tak hari ini kita keluar boleh” tanya Faizal. Ooo hari ini tak bolehlah Faizal saya ada diskus dengan Is. Lain kali la okey.” Bilang Wadah. Tak apalah lain kali je la” jawab Faizal hampa.
Suasana kafe pada tengah hari agak gamat dengan bunyi-bunyi kerja pembaikan komplek sukan. Faizal mengambil tempat yang agak jauh dengan bunyi bising. Eh apasal aku tengok kau ni muram je. Selalunya happy je. Sekarang ni aku tengok kau dengan Wardah renggang je. Have a something. Tell me why. Mybe i can help you.” Fatty mencelah. Tak adalah Fatty. Biasala takkan nak berkepit semacam. Kadang-kadang aku nak juga berkesorangan.” Bilang Faizal semacam tak bermaya. Ala kau jangan nak tipu akula Faiz. Macamla aku tak kenal kau. Bukan sehari dua aku kenal kau. Dari kecil lagi aku dah masak dendan perangai kau. Dari tadika, sekolah rendah, menengah sampaila ke unversiti. Kau jangan tipu akula Faiz” bidas Fatty. Kau ni bijak la. Nantila kalau ada masa sesuai nanti aku bagi tau okey. Dah makan belum aku belanja.” Jawab Faizal.
Eh mana diorang ni janji pukul sembilan ni dah pukul sembilan lebih. Ah lantaklah baik aku baca layan surat khabar ni ada faedahnya. Betul-betul janji melayulah diorang ni. Ha itupun mereka”. Bisik Faizal dalam hati. Namun hati Faizal pada ketika begitu tergamam seketika apabila melihat kemesraan antara Wardah dan Iskandar. Sememangnya anatara dia dan Wardah tidak pernahpun semesra sedemikian. Namun perasaan tersebut dipendamkan dalam hatinya. Mana yang lain”. Kata Faizal sebagai pembuka bicara walaupun niat dihatinya mahu sahaja diamkan diri kerana agak sakit hati akan kelakuan dua sejoli terutamanya kepada Wardah yang tidak menegurnya. Selalunya Wardah akan menegurnya jika dia sampai lambat. On the way”. Jawab Wardah dengan ringkas. Berbeza sebelumnya kalau dahulu agak panjang jawapan. Kau dah berubah Wardah. Desis hati kecil Faizal. Perbicangan selama satu jam lebih untuk malam dinner yang akan diadakan lebih kurang tiga minggu lagi tidak memberi kesan kepada Faizal. Pemikiranya asyik melayan perasaan yang tidak keruanya kepada Wardah. Hoi ! tidur ke. Dah sampai mana dah ni. jepun?”. Jerkah Fatty mengejutkan lamunanya. Seketika pandangan penghuni perpustakaan tertumpu kea rah mereka. Kau ni Fatty tak pernah tengok orang lain senang je. Aku nak balikla pening rasa. Apa-apa hal kau orang sental okey”. Balas Faizal pendek. Eh apasal dengan Faizal tu ya. Angin apa yang serang dia. Dari tadi aku tengok asyik berkhayal je” bilang Maria.

Lama tunggu. Apahal Faizal nak jumpa Wardah. Kalau pasal tugasan kan kita dah siap bukan?”. Bilang Wardah. Tak adalah. Faizalpun baru sampai. Tak adalah Faizal ada something nak cakap kat Wardah. Faizal mahu tanya kepada Wardah satu masalah ni. Wardah sudi dengar tak?”. Tanya Faizal dengan nada perlahan. Boleh apa salahnya. Tapi Wardah bukanlah bijak dalam memberi ideal tapi setakat beri pandangan tu boleh lah. So, apa masalahnya?”. Tanya Wardah dengan yakin. Ada seorang rakan Faizal dari kampong dia ada masalah cinta sikit. Dia ada menyimpan perasaan kepada kawan wanitanya. Tetapi dia tidak yakin adakah cintanya akan terbalas dan dia juga takut jika temanya menolak cintanya.” Jelas Faizal. Habis tu apa yang ditakutkan cakap sahaja kepada perempuan tersebut bahawa rakan awak tu mencintainya” bilang Wadah. Macammana rakan saya mahu jelaskan. Perempuan tu rapat dengan seorang lelaki lain. Rakan saya assume yang perempuan tu minat kepada lelaki tu dan lelaki tu sama. Rakan saya jelaskan lagi yang dia selalu dambakan perempuan tersebut. Dan rakan saya katakan suatu hari nanti dia akan jelaskan kepada perempuan tersebut”. Jelas Faizal dengan menatap wajah Wardah dengan sayu. Hatinya mengharap supaya Wardah akan mengerti suatu hari nanti. Ooo kalau macamtu saya rasa perempuan itu akan mengerti yang rakan awak mencintainya. Cakap kepada rakan awak yang suatu hari nanti perempuan itu akan mengerti jua. So, jangan bimbang peluang akan terbuka nanti okey. Eh, saya kena cepatni Is tengah tunggu. Hari ni saya janji nak makan kat Pantai Desaru. Makan ikan baker. Best. Okey, bye”. Wardah ketawa riang. Nanti, janji pergi. Saya….saya…” Faizal teragak-agak seolah ingin memberitahu sesuatu. Wardah menanti jawapan Faizal dengan penuh kesabaran. Mata kedua-dua mereka saling bertentangan. Saya…saya…ada buku nak bagi” jawab Faizal. tiada ayat untuk sampaikan. Wardah mendengus geram. Kecewa dengan jawapan yang diterima. Awak ni selalu tau. Nantilah awak bagi saya esoklah” jawab Wardah geram. Sebenarnya bukan itu jawapan yang ingin didengar daripada Faizal. entahlah kenapa sejak akhir-akhir ini pemikiranya tidak tenteram. Namun sengaja dia mengelakkan daripada perasaan tersebut.

Malam ini merupakan malam dinner setiap hujung semester. Masing-masing memakai tema yang telah ditetapkan. Tema batik merupakan pilihan ahli jawatan kuasa majlis dinner. Malam ni aku mahu pakai batik. Bolehla aku dating terus dengan pakwe aku. Kau macam mana. Hai takkan tak nak bagi surprise kat Iskandar tu. Mesti hensome dia malam ni.”. Usik Maria. Eh, tolong sikit”. Jawab Wardah ringkas. Pemikiranya asyik teringat akan cerita yang diceritakan kepadanya dua hari lepas. Entahlah seolah-olah ada yang pelik di sebalik cerita yang disampaikan oleh Faizal tempoh hari. Kadang-kadang dia berasa cerita yang disampaikan ditujukaan kepada dirinya. Tapi mustahil kerana jika Faizal cintakanya dia tidak pernah lihat yang Faizal serius. Setiap kali berjumpa dia selalu bertengkar. Kalau dia meluahkan dalam nada bergurau.

Suasana dalam billik Faizal agak suram. Hei Faizal aku tengok kau ni asyik menung je. Kalau dulu…kau ada masalah ke?. Bagi taula aku. Apa gunaya kawan kalau tak dapat menolong. Mana tau aku boleh tolong. Tak apa biar aku teka. Ni mesti masalah cintakan”. Teka Fatty. Errg…” Faizal cuba untuk membuka mulut namun pantas disekat oleh Fatty. Nanti aku belum habis tilik lagi. Biar ahli nujum habiskan ramalannya. Kau sukakan Wardahkan”. Teka fatty dengan penuh yakin. Macam mana kau tahu” jawab Faizal. Ala…bukanya aku kenal kau sehari dua. Masa di kafe lagi aku mahu cakap. Tapi kau berdolak dalih. Kau ni nampaknya gentleman tapi….porah. okeyla macam nila. Kau luah je felling kau tu malam ni. Sesuai sangat”. Cadang Fatty. Faizal mencapai talefon bimbitnya. Dengan cepat dia memicit punat untuk berjumpa dengan Wardah malam ni. Semangatnya betul-betul berkobar-kobar.

Suasana malam begitu gamat dengan deraian gelak ketawa. Semuanya agak ceria dengan penampilan masing-masing. Masing-masing berlumba-lumba mahu menunjukkan kecantikan dan penampilan masing-masing. Apa tidaknya malam berpakaian batik dan eksekutif yang menjadi tema majlis makan malam tahunan UKM. Bagi lelaki kelihatan segak manakala perempuan pula kelihatan ayu sekali seperti perempuan melayu terakhir. Wardah dari tadi asyik melihat jam tanganya sambil matanya meliar seolah-olah seperti ibu kucing yang hilang anak. Pappp !.. terasa seperti tulang belakangnya terperusuk ke dalam. Maria…kau ni sakit aku tau.”. Sape suruh kau berangan. Eh, Wardah kau ni cari sape. Aku tengok macam beruk kena belacan je. Dari tadi tak pernah duduk diam. Aku taula kau tu AJK tugas-tugas khas tapi kan semua kerja dah selesai relaksla. Aaa…biar aku teka. Kau tunggu Faizalkan”. Ish, mana ada. Sape nak nantikan dia. Aku…aku…aa aku tunggu Is”. Agak tergagap juga Wardah memberi jawapan. Ooo…nak kelentong aku ekk tak yah tipu la. Is dari tadi lagi sampai takkan kau tak perasan. Okla aku gan abang aku dah lapar ni. Selamat menunggu”. Perli Maria dengan megah. Hishh, aku belasah baru tau. Apasal minah ni tahu tunggu Fizal lantaklah”. Hai, Wardah”. Wardah segera berpaling ke belakang di samping hatinya mengharapkan seseorang. Namun hampa. Ooo…Is.aargh dah lama sampai. Wa segak nampak malam ni”. Seolah-olah tidak tahu apa hendak dibualkan. Ooo ye ke saya pakai untuk awak jugak. Tunggu siapa? Tunggu saya ekk”. Perasan !”. Wardah, masih disini? Tak pergi mana-mana ke, tak ada janji gan sape-sape ke errk…” tidak sempat Fatty menghabiskan kata-katanya terus di sekat oleh Wardah. Eh apasal si Fatty ni banyak tanya. Manalah saya ada janji gan sape-sape. Fatty mengerutkan keningnya. Eh si Fizal ni dia ikut ke plan aku. Faizal hantar ke sms kat si Wardah tu”.

Susana malam di Taman Titiwangsa begitu shahdu dengan ketenangan air tasik. Faizal membelek-belek jam tangan Rolex. Sudah empat jam dia menunggu Wardah. Mungkin Wardah tidak menerima kau sebagai teman hidup. Balikla Faizal. Kan dia sekarang dengan Is. Ramai lagi perempuan di kampus ni. Bunga bukan sekuntum”. Kata hati menggoda Faizal.

Suasana kampus seperti biasa agak gamat dan sibuk dengan pelajar-pelajar. Sudah lebih dua minggu Faizal asyik mendiamkan diri. Jika ditanya hanya sepatah dua je yamg dijawab. Semua orang menyedari akan perubahan Faizal yang seakan-akan pendiam. Bebeza dengan tabiatnya. Wardah seakan-akan menyedari akan perubahan Faizal. Kalau dahulu sewaktu berkumpul beramai-ramai Faizal selalu mengusiknya tetapi kini senyap je. Terasa rindu pula dengan senyuman yamg begitu manis. Cintakah aku padanya. Ish, tak mungkin. Aku dengan dia hanyalah kawan sahaja”. Emm…Faizal Wardah mahu tanya nota Encik Tarmizi ada tak?” Wardah sengaja bertanyakan soalan walaupun dia sememangnya memiliki nota tersebut. Ada. Nanti saya ambilkan” hanya sepatah sahaja yang dijawab oleh Faizal. Faizal Mohd Razif sila datang ke bilik saya lepas ni. Ada sesuatu yang saya mahu beritahu”. Beritahu cik Tarmizi kepada Faizal.

Eh, Faizal apasal aku tengok kau ni sejak dua tiga minggu ni senyap je. Ni mesti kes Wardah ni. Hari tu kau hantar tak sms gan si Wardah tu?”. Aku dah hantar Fatty. Entah mungkin dia sengaja kot tak nak jumpa aku. Ala kau tau kan dia sekarang gan si Iskandar tu. Aku ni apalah ada”. Kau ni ke situ pulak. Nampak je macho tapi hati tikus. Eh, apa pasal cik Tarmizi mahu jumpa kau. Pasal assaiment ke?”. Tak la. Actually aku dapat tawaran pertukaran pelajar ke Jepun. Aku tidak tahu sama ada nak pegi ke tidak”. Oik, best giler Zal, pegi la. He bukan senang tu dapat tawaran ke sana tu. Kalau aku….mesti pegi punyala. Tahniah la Faizal bila bertolak nanti aku bagi tau kat kawan-kawan ek”. Tiga minggu lagi. Insyallahla aku pergi”.

Err…Faizal mesti bestkan dapat pegi. Dah siap semua”. Seoalah-olah tidak tahu apa yang mahu ditanya. Emm dah siap. Rasa sedih pulak nak tinggal rakan-rakan kat sini. Nampaknya tak bolehla Faizal nak usik Wardah”. Jangan pergi Faizal. Wardah tidak dapat hidup tanpa Faizal. Wardah rindu nanti”. Hati Wardah meronta-ronta ingin meluahkan perasaan itu. Tapi cintakah Faizal kepadaku. Wardah, penganglah tanganku blilang sahaja kepadaku, halanglah diriku untuk pergi. Aku cintakan kau Wardah. Keluh hati Faizal dengan hampa. Errk…Wardah, emm ini surat…aaa…oh, Is bagi”. Aaa, Is? Kenapa Is bagi. Alangkah bagus surat ini kau yang bagi” desis hati kecilnya. Oh, thanks”

Wardah memasuki bilik dan menghempaskan tubuhnya ke atas katil. Sambil rehat wardah meleret kearah surat bersampul merah hati di atas meja. Namun moodnya yang kurang baik membantut niatnya untuk membuka surat. Pemikiranya asyik melayan ke arah bayangan Faizal. Gilakah aku. Gilakah aku mencintai dia. Gila..gila”.
Eh, eh cepatla bersiap kita nak pergi airpot ni. Tak sempat kan” gesa Maria agak kalut. Ok lah” jawab Wardah dengan tidak bermaya. Suasana agak gamat dengan bunyian Flight yang baru berlepas dan ada yang mendarat. Suasana di KLIA begitu ramai orang sama ada tempatan mahupun luar negara. Faizal dah check-in ke belum kalau dah check-in dah boleh masuk dah ni nanti terlepas flight”. Fatty mengigatkan. Ok lah kawan-kawan semua Zal pergi dulu. Kalau ada silap salah Zal mintak maaf”. Sambil matanya melirik mencari seseorang. Tiba-tiba… Faizallllllllllllllllllllllll kau ni……………. cepat sangat. Dah nak pergi ke?” tanya Maria dengab nafas yang tercungap-cungap. Ok la aku minta maafla kalau ada salah silap”. Wardah hanya diam sahaja. Kerana menahan air matanya daripada keluar. Hanya dengan senyum sahaja dapat diberikan. Sampai ke pintu masuk untuk check-in Faizal memberi lambaian akhir kepada rakan-rakan dan merenung gadis yang menjadi pujaanya sejak kali pertama berjumpa di Taman Titiwangsa berdekatan dengan kampus. Pada waktu tersebut dia dan Wardah masing-masing melayari pemikiran dan masing-masing berpandangan dan sejak itulah saling kenal mengenali dan sejak itulah cintanya berputik. I Love You Forever Wardah. Adakah kau baca surat ku Wardah. Tolonglah Wardah. Maria, Is kalau nak balik dulu balikla. Em…saya ada hal sikit. Tal perlu tunggu saya ok”. Wardah segara menuju ke tandas. Tangisanya tidak dapat ditahan lagi. Dalam masa beberapa jam Wardah memuntahkan air mata jernihnya. Tangisan tidak dapat ditahan lagi. Hanya titisan air yang mengiringi tangisanya yang mengalir panas di pipinya.
Sudah seminggu pemergian Faizal ke kota London dan sudah semingu juga perubahan yang wujud pada diri Wardah. Dia kini menjadi pendiam. Apa yang dijawab hanya dijawab dalam beberapa patah sahaja. Is, kenapa Is hantar surat dengan Faizal bukan dengan Wardah sendiri?”. Ha, surat apa? tak ada pun Is bagi surat kepada Faizal. Kenapa dengan Wardah ni kenapa dengan Faizal?”. Wardah diam membisu sambil mengerutkan keningnya. Tiba-tiba terdetik hatinya ingin pulang ke kolej walaupun dia tahu 30 minit lagi kuliah akan dimulakan. Wardah melabuhkan punggungnya di kerusi dan terus mencapai sampul merah hatinya. Dengan terketar-ketar Wardah membuka sampul surat.

Asssalammualaikum Wardah, Faizal harap Wardah sihat dan ceria seperti hari biasa Faizal melihat Wardah. Kehadiran warkah ini Faizal harap Wardah tidak menyimpan perasaan marah dan kesal akan perbuatan Faizal. Sebenarnya coretan ini adalah untuk meluahkan perasaan hati Faizal yang sekian lama Faizal simpan dalam hati Faizal selama dua tahun perkenalan Faizal dengan Wardah. Faizal mula mencintai Wardah sejak kali pertama kita berjumpa di Taman Tititwangsa. Setiap usikan Faizal setiap hari dengan Wardah yang sering menimbulkan kemarahan Wardah sebenarnya untuk Faizal mendengar suara Wardah dan secara tersiratnya dengan usikan tersebut Faizal rasakan isi hati Faizal telah diluahkan. Sebenarnya pada Majlis Tahunan UKM Faizal menunggu Wardah untuk meluahkan isi hati kepada Wardah. Tetapi….harapan Faizal agar Wardah muncul pada malam itu hampa. Rupanya selama ini barulah Faizal tahu yang Wardah hanyalah menggangpa Faizal hanyalah rakan biasa sahaja. Faizal harap pemergian Faizal ke kota London dapat melupakan Wardah buat selama-lamanya. Lagipun Wardah tidak mungkin kesunyian kerana Wardah sudah ada Is kan?.
Akhir sekali Faizal ucapkan selamat berbahagia dengan Is. Taman Titiwangsa akan menentukan segalanya………

Yang mencintaimu
Fizal
Terasa pipinya panas kembali dan kebasahan dengan mutiara-mutiara kecil dan semakin lama semakin laju dan seterusnya memecah kesunyian pagi di biliknya tanpa ditemani sesiapa.
Ok saya harap anda semua dapat menyiapkan assaigment yang saya berikan. Jika ada yang tidak menghantarnya markah akan ditolak”. Wardah meneruskan langkahnya menuju ke tempat meletak kereta. Sudah setengah bulan dia menjadi pensyarah di Fakulti Psikologi di UUM. Walaupun agak baru dengan kerja sebagai pensyarah namun semuanya dapat dikawal dengan baik. Wardah melewati Restoran Abu Salim semata-mata ingin berjumpa dengan rakan-rakan baik. Oik lecture ni baru sampai ke. Kami dah lama tunggu ni”. Kedengaran suara Maria yang masih seperti dulu. Wardah bersyukur rakan-rakanya tidak menganggur. Seperti biasalah setiap minggu Wardah, Fatty dan Maria kerap berjumpa untuk melepaskan rindu. Tetapi sanyangnya Is tidak dapat hadir. Sudah setahun pemergianya ke rahmatullah akibat sakit barah otaknya. Wardah masih lagi ingat lagi sebelum dia menghembuskan nafasnya yang terakhir Is meminta maaf bahawa terpaksa merahsiakan perasaan Faizal kepada Wardah. Kerana Faizal pernah memberitahu perasaanya kepada Wardah. Tetapi Is menyatakan Wardah dan Is saling mencintai kerana Is juga ada menyimpan perasaan kepada Wardah. Namun Wardah tidak memarahi Is di atas kesilapan yang dilakukan. Oleh itu setiap kali ada kelapangan Wardah tidak lupa untuk melawat pusara Is.

Suasanan Taman Titiwangsa seperti biasa cuma bertambah cantik dengan pemandangan berbanding empat tahun dahulu sewaktu….seperti biasa mengimbau kembali kenanganya dengan Faizal. Cuma Wardah masih lagi tidak memahami maksud yang tersirat di sebalik ayat akhir warkah Faizal kepadanya. Ah biarkanlah” desis hati kecilnya. Boleh dikatakan sebaik sahaja selepas konvokesyen Wardah sering melawat Taman tersebut kerana semakin lama dia melawat semakin lama cintanya kepada Faizal dapat ditenangkan. Aku harapkan jika ditakdirkan aku berjodoh dengan Faizal Taman Titiwangsa ini akan menentukan segalanya”. Itulah niat yang ku pasang setiap kali aku sampai ke sini. Ehem..hem hai sorang je mana yang lain?”. Kedengaran suara yang seakan-akan ku kenal. Adakah….. segeraku berpaling ke belakang. Ya Allah Faizallllllll bila balik., bila…”. Segera jari telunjuknya menutup bibirku. Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa malunya dan gembiranya aku. Kelihatan Faizal yang semakin kacak berbanding dahulu. Cuma agak berisi sedikit . Fatty dah ceritakan segala-galanya. Sebenarnya Zal mahu beritahu Wardah yang Zal sudah lama kembali ke Malaysia tetapi ini atas rancangan Fatty Zal tidak jadi memberitahu Wardah. Buat pengetahuan Wardah, Zal sering memperhatikan Wardah dari jauh sahaja. Sekarang Wardah sudah fahamkan akan makna disebalik surat yang Zal coretkan bahagian akhir tukan. Zal mahukan kepastian dari Wardah. Sudukah Wardah menjadi suri dalam hidup Faizal?” Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa gembiranya aku. Pada masa itu aku dapat rasakan akulah yang memiliki segala-galanya. Tanpa diduga Wardah memeluk tubuh Faizal dan beberapa mutiara kecil membasahi pipinya. Tanpa diduga kedengaran bunyi tepukan di sekeliling mereka. Segera Wardah melepaskan pelukan tersebut. terasa malu pula. Itulah hadiah yang paling berharga dalam hidupnya. Tanggal 3 januari 2007 sebagai hadiah hari jadinya.

Satu Respons

  1. GOOD ENDING…. TU KALAU DITAKDIRKAN CINTA BERSATU . INI FENOMENA BIASA LELAKI SELALU TAKUT UTK LUAHKAN KATA…SEBENARNYA DLM MEREALISASIKAN CINTA PERANAN LELAKI PERLU AGRESIF MENYATAKAN CINTA… TAKKAN PERIGI CARI TIMBA…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: