Cerpen : Airmata Dyahana

Dia Adila
dila_cuzz86@yahoo.com.my

19 april adalah hari yang banyak mengundang keperitan dalam lipatan hidup ini saat aku ditinggalkan saat aku tersiksa difitnah oleh seorang insan bergelar manusia, waktu inilah aku merasakan diri ini amat kotor dan sangat hina di saat aku masih bergelar isteri kepada pegurus besar BMH HOLDING… Ahh..bukan semuanya Indah,,aku sendiri dapat merasakan betapa bodohnya hidupku sebagai seorang manusia bergelar wanita yang menyerahkan 100% kepercayaanku kepada insan bergelar suami yang aku sayangu dari mula aku mengenal apa makna sebenar cinta itu. Bagaimana boleh aku lalui sebagai wanita apabila maruah aku sendiri diperlakukan seperti aku ini tiada. Walaupun hatiku masih ada secebis kasih yang tidak kesampaian, namun aleyya adalah satu-satunya pengubat hatiku kala hati ini betul-betul kesunyian
Kini aku berbangga dapat membesarkannya benihku tanpa insan bergelar lelaki. Sendirian aku bersusah payah mengharungi kehidupan di tempat asing benar-benar memberikan aku sinar baru yang tak mungkin aku peroleh sepanjang aku bersama johan. Kehidupan bersama datin mariam umpama detik hitam dalam hidup ini malah dia telah kuanggap seperti setan betina yang menghancurkan kehidupan kami bahagian aku bersama johan. Bagaimanalah rupanya sekarang bersama bahagiakah johan bersama menantu kesayangan dan pilihan ibu kesayangannya itu. Sampai di KLIA aku di sambut oleh wakil syarikat SATURA HOLDING, hasil titik peluhku sepanjang 6 tahun di landon kini pasaran malaysia mula menerima syarikat laburanku dan aku akan memastikan syarikat ini berkembang maju di malaysia sepertimana ia menjadi kebanggaan bangsa asing di landon. Banglo khas telahku beli di damansara yang lengkap rapi yang pasti kini anakku tidak akan merasai kekurangan yang aku rasai sewaktu aku merempat semenjak ketiada kedua orang tuaku.
” sha..ko berapa lama kat sini?? Aku terkejut juga bila ko kata nak balik malaysia, pelik bila ko sendiri langgar prinsip ko kan..” aku hanya tersenyum memandang rohani yang aku kenal semasa di landon satu- satunya kawan yang membantuku di tempat asing.
“engkau tinggalkan aku so aku pun kena turun malaysia la jejak engkau” rohani mencebikkan muka, sememangnya perkahwinan rohani menjadikan aku sunyi di landon kerana rohani mengikut amran suaminya balik ke malaysia.
” emmmm…ya la tu tak de maknanya ko ingatkan aku…tapikan sha besarnya rumah ko ni…bleh duduk 20 orang tau…” melilau mata rohani memandang rumah rakannya sungguh tidak disangka bahawa wanita yang dahulunya daif yang terpaksa mengusung perutnya yang membongot ke sana kemari akan berjaya sehingga tahap ini. Hatinya juga bersyukur tidak sanggup lagi dia melihat hati sahabatnya ini disakiti dan terus menderita.

4 bulan berada di malaysia sudah membuatkan aleyya selesa dan dia juga sudah mula mengenali tempah tumpah darahnya walaupun aleyya dilahirkan di landon namun aleyya tetap berasal dari malaysia. Dan dia mesti mengenali tempat ini, malah alyyeyya juga ku didik tanpa sedikitpun kurangnya terhadap bahasa dan agama..walaupun usianya sudah 6 tahun…namun kepetahannya seperti orang dewasa yang kadang kala menjadi tempat luahan perasaan tasha..masih diingati sangat dia menangis dihadapan aleyya anak kecil itu menyapu airmatanya, sedia itu luka di hatinya padam serta merta.
‘ Mama jom gi jalan-jalan nak bosan la duduk rumah..aleyya sangat bosan..” aku tersenyum memandangnya masakan dirinya bosan sedankan dia baru sahja balik dari shopping mall pagi tadi hah.. anak nya itu ada-ada sahaja.

“sayangkan kita baru balik tadi amboiii anak mama n….” pantas hidung kecilnya ku tarik..dia menjerit kecil.
” but mama………..” muka seposennya ditayang depan mataku..
” emm…..ok nanti kita pergi ya sayang emm… kita pergi pantai ok tak??” aku mula menarik perhatiannya, kelihatan dia terlampau seronok dan tergesa-gesa memberitahu makkiah pengasuh aleyya sejak 4 bulan lalu namun aleyya seakan sayang dan aku juga menyangi mak kiah seperti keluargaku yang tak ubah seprti ibu.
Petang itu kami sampai ke langkawi…aku sendiri tidak tahu kenapakah tempat ini menjadi pilihanku kerana..HAH johan masih menghantuiku… dari jauh ku lihat aleyya berlari-lari riang sangat berdepan dengan laut hah macam ayahnya juga sukakan laut..banyak bayang-bayang johan berada dalam diri aleyya membuatkan aku sendiri tidak dapat melupakannya. Pagi itu kami berkelah di tepi pantai aku lupakan sepenuhnya urusan syarikat yang semakin banyak…masaku kini bersama aleyya dan akan aku pastikan aleyya tidak akan putus kasih sayangnya. Walaupun keluargannya tidak sempurna.
“mama marilah main bola ni” aleyya merengek..
” emmm…sorry sayang mama kena siapkan kerja mama ni kejep nanti mama main dengan aleyya ye…”
” mama aleyya nak pergi sana boleh..??” sambil jarinya menunjuk ke arah hujung pantai.
” boleh sayang tapi dengan nek kiah ek….” aku membalas sambil tanganjku ligat membaca laporan kewangan terbaru syarikat. Belum pun nek kiah bangun dari tempat duduknya aleyya sudah berlari meninggalkan nek kiahnya jauh kebelakang, sempat juga tasha menjerit memesan agar anaknya jangan nakal.

Sudah berapa hari masanya dihabiskan di dalam bilik seminar hari ini barulah dia dapat lari dari kemelut kerja yang kadang kala membosankan.. di pandang laut yang luas terbentang hatinya tenang, entah mengapa kebahagian seakan hilang di telan masa hidupnya seakan sunyi namun dia sendiri tidak tahu apa sebenarnya yang dicari. Bumm.. bola betul-betul mengenai kepalanya..terkejut bukan kepalang terasa darahnya naik ke muka. Dipandang kiri kanan… sambil tangannya masih memegang bola sepak itu sape punya kerja ni nasib baik tak pecah kepala aku. Lelaki itu masih mencari pemilik bola itu. Di lihat seorang kanak-kanak perempuan datang menghampirinya..
” saudara itu bola saya…” kata nya johan memandang anak kecil yang manis itu, dia melutut merendahkan, comel…kata hatinya.
” oo…cik adik manis ni yang punya rupanya…main sorang-sorang ke?” johan masih memandang anak kecil dihadapannya dipandang wajah mulus itu tetiba hatinya menjadi tenang..

” tak la main dengan nenek tapi nenek tak larat nak lari sebab badan dia besar..hahaha” johan tertawa sama..kemudia dilihat seorang perempuan tua datang menghampiri umurnya mungkin sebaya dengan mama, bisik hati johan… tapi mama masih tidak punya cucu itulah bezanya. Hatinya mengeluh..
“aleyya buat apa kat sini?” tanya wanita itu kepada cucunya johan hanya memerhati dari tadi..bijak anak ini berkata-kata.

“nek ni aleyya tengah intiview kawan aleyya ni…dia kena bola aleyya sepak tadi tapi tak mati nek..jangan takut hahha… “aleyya memandang johan sambil mengenyitkan mata. Johan tersenyum melihat gelagat anak kecil itu. Nek kiah meminta maaf bagi pihak aleyya dan johan turut sama terhibur apabila nek kiah melatah apabila dicuit aleyya menari-nari orang tua itu.
” boleh uncle tahu sape nama puteri ni?..” tanya johan sebelum aleyya ingin pergi..
“nurul aleyya dyahana…….” johan terpaku nama itu???…ahhh…

“Jo nanti kita dapat anak jo nak nama ape?” natasha bertanya manja..
” emmm.. jo suka nama aleyya dhayana…”
” haaa…nama awek lama ek??? Ha,,, malas arrr..”
” ada plak tu nama anak kita la… hahahha”…….kenangan bersama yang manis namun hanya seketika kenapa mesti akhirnya macam ni tasha ahhh..benci aku mendengar nama perempuan curang tu…
“uncle……” panggilan aleyya mematikan lamunan johan, lantas matanya jatuh ke anak kecil itu cantik sekali mata kecilnya mirip seseorang tapi siapa??..
“aleyya balik dulu yee nanti kita main lagi.. byee..” lambaian aleyya diiringi dengan senyuman oleh johan bijak sungguh budah ni..
Semenjak daripada pertemuan itu aleyya selalu ke pantai bersama nek kiah untuk berjumpa dengan johan. Pertemuan mereka membawa kepada hari-hari yang sangat gembira bagi johan..hatinya sangat terhibur dengan telatah aleyya. Sehinggakan dia sendiri mencari masa untuk bersembang dan menemani aleyya.
” uncle aleyya nak balik dah…” ujar anak kecil itu sayu. Johan juga tersentak..
” nak balik dah?? Emmm.. leyya tinggal kat mana nak balik.?”
” tinggal kat kuala lumpur mama dan aleyya cuti dekat sini..” aleyya tersenyum banyak cerita tentang mamanya diceritakan oleh aleyya kepada johan sehinggakan dia sendiri tertarik dengan cerita ibu tunggal itu. Berjaya membesarkan anak dalam usia muda juga tidak ketinggalan menceritakan macam-macam tentang tuannya tahulah dia bahawa nek kiah hanyalah pengasuh kepada aleyya, haii ibu sekarang kerja lagi pening daripada anak, bisik hatinya..
” nanti uncle datang la rumah aleyya.. aleyya tak ada kawan boleh main dengan aleyya..” bisik anak kecil itu johan hanya menganggukkan kepalanya. Seperti keilangan sesuatu apabila memandang wajah anak dia makin sayu.. tapi untuk apa perasaan itu dia sendiri tak tahu..

Tasha sudah mula sibuk dengan urusan hariannya, namun masa dia bersama aleyya tetap ada anak itu adalah segalanya.
” sha ko tak nak kawin ke?”
” aku rela hidup macam ni ani daripada aku menderita dan aleyya sekarang adalah segala-galanya bagi aku tiada lain yang aku fikir sekarang… aku tak dapat bayangkan hidupaku tanpa aleyya.”
Kata-kata itu masih tersemat sehingga sekarang dalam hatinya tiada aleyya adalah hartanya yang paling berharga. Mengatasi segalanya. Penah aleyya diserang asma dan ketika itu dia masih di jepun menguruskan belanjawan syrikatnya namun ketika itu juga dia akan terbang pulang ke landon demi aleyya walaupun penyakit amaknya itu adalah biasa.
” Pn. tasha hari ni meeting dengan wakil syarikat berjaya holding…” rita selaku setiausahanya memberitahu agenda ringkasnya.
” baiklah rita awak sediakan fail yang sepatutnya saya bawa”,, ujar tasha, rita tersenyum dia bangga dengan kemampuan bosnya itu walaupun janda namun tetap berjaya malah tasha seorang yang cantik malah bertambah manis dengan tudung ala-ala wardina yang dipakainya. Dia juga tidak pernah melihat bosnya meninggikan suara dengan orang lain. Malah tingkahnya sentiasa sopan dia juga tahu bahawa tasha adalah ibu muda yang sangat cekap malah berjaya menubuhkan syarikat yang besar ini. Hai… semakin hari kesibukan aku ni sampai melampau pulak, rungut tasha dalam hati.
Perjalanan yang sesak menyebabkan tasha lambat sampai ke mesyuarat yang dijanjikan sememangnya dia menyesal kerana tak meminta pertolongan suzi tadi lastnya dia sesat, walaupun banyak halangan akhirnya dia berjaya juga akhirnya.
Sesampainya tasha dia lihat semua ahli lembaga pengarah jaya holding sedang sibuk melihat jam masing-masing.
“maaf saya terlewat dato, tak sangka boleh sesat pulak kat kuala lumpur ni.” Dato hanya tersenyum dan aku juga turut tersenyum dalam alasanku sendiri… buat malu aku je tetiba mataku tertancap pada sepasang mata yang merenungku tajam dari tadi… johan…!!!
Mesyuarat yang berjalan selama sejam benar-benar membuatkan aku rasa seperti sesak nafas kalau boleh sudah lama aku angkat kaki namn apakan daya aku sudah menandatangani kontrak. Dalam diam aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mengkaji syarikat yang akan berkerjasama dengan aku..hishh,,bodoh betul..lama sungguh masaku rasakan, pandangan mata johan yang tajam tidak aku endahkan lantaklah aku peduli apa sekarang dia tak ada hak nak mengawal apa yang aku lakukan.selesai pembetanganku semua ahli bertepuk tangan aku tersenyum puas jelas hasil kerjaku dihargai. Kecuali dia hanya membisu ada sahaja soalan yang ingin menjatuhkan air mukaku ketika itu namun jika tasha dulu mungkin dia berjaya tapi tidak sekarang, aku tersenyum sendiri. Habis mesyuarat aku tidak menunggu lama lantas aku mengangkat kaki blah dari situ. Perlawaan dato untuk dinner bersama juga ku tolak alasannya aku sibuk hahaha… alasan yang direka sendiri.
Sementara di bilik dato mansur pula…..
” Kenapa kita kena terima papa? Banyak lagi syarikat lain tapi johan tak sanggup nak berkerja dengan perempuan tu… ntah macamana dia dapat kerja kat syarikat besar macam tu jo pun tak tahu….entah-entah jual badan agaknya….”
“hishh,, kamu ni kalau bercakap tak pernah nak pikir dulu… syarikat tu besar dah dengan kerjasama ni kita dapat menyelamatkan akaun syarikat yang papa rasa kamu sendiri tahukan keadaannya sejak ekonomi meleset ni.. jadi simpan rasa peribadi kamu jangan sampai menjejaskan nama baik syarikat. Dato mansur tegas.. sambil emandang mata anak tunggalnya itu. Apalah yang susah sangat sedangkan tasha itu juga pernah menjadi menantu yang merupakan pilihan johan sendiri.
Johan termenung di biliknya..masih terbayang senyuman tasha.. manis dia tidak menafikan hatinya bersorak gembira apabila wajah itu di tenungnya masih sama seperti dulu Cuma kini dia sudah menutup kepalanya namun keayuan wajahnya tetap meresap ke dada…. tapi perempuan itu curang…curang pada cintanya..pang…gelas di meja hancur berkecai…merah padam johan menahan marahnya.
” mama tak tau la,,,johan nak cakap apa kau balik la sendiri..isteri kau dah calit arang kat muka mak…” johan menolak pintu bilik dilihat seorang lelaki sedang duduk di atas katil dan sambil membetulkan baju dan memakai seluarnya.. tiba-tiba tasha keluar dari bilik dengan tuala mandinya, jelas johan begitu terkejut dengan keadaan tasha.. tidak pernah dia terfikir yang isterinya itu sanggup menduakannya. Lantas dadanya berombak kencang tanpa ragu-ragu tasha dihalau dan diceraikan walaupun hatinya pedih melihat tangisan itu namun marahnya tetap sakit apabila lelaki itu sendiri meminta tasha darinya kerana baginya tasha sungguh istimewa. Segala rayuan dan tangisan tasha tidak dilayan… peistiwa hitam itu menjadikan dia seorang lelaki yang hati batu dan kini dia lebih memikirkan kerja walaupun sudah setahun sally menjadi isterinya namun hanya isteri pada nama kerana mamanya lebih mengharapkan sally….
“hello…uncle jo ni aleyya…”
” aleyya……ya sayang ada apa call uncle ni???…” johan sedikit gembira apabila anak ini menelifonnya sungguh tidak disangka walaupun sedetik Cuma mereka berjumpa namun, kekal hubungan mereka. Sungguh tak disangka oleh johan.
” uncle aleyya bosan la dekat rumah mama asyik sibuk saja tak ada masa nak main dengan aleyya…”suara sedih aleyya membuatkan johan menjadi sedih.
” ok apa kata kita keluar nak uncle datang ambil nak ajak la nek kiah sekali…” johan memberi idea..
” he…. yes..nak..nak..nanti aleyya tanya nek kiah.” Aleyya melonjak gembira apabila dia berjaya menghasut nek kiah untuk bersetuju dengannya. Pertemuan mereka seperti biasa membuahkan rasa kasih di hati johan di saat itulah hatinya berlonjak mahu memiliki seorang zuriat secomel aleyya. Tapi siapa yang ingin menjadi ibunya sally?? Hah masakan perempuan itu mahu sedangkan makan pun dia memikirkan mengenai tubuhnya inikan pula nak melahirkan anak..mustahil…

” aleyya nak cari apa sebenarnya ni mama dah penat la sayang….” tasha mempelahankan langkahnya apabila melihat anak manjanya itu tersenyum memandang…
” tasha pun tak tahu mama…hahaha…” aleyya mencium pipi mamanya..
” ohhh…aleyya…betuah punya budak…”
Aleyya berjalan lebih laju dari tadi.. tiba-tiba…bumm… satu perlanggaran kecil.
” aduh…” aleyya kesakitan.
” aleyya? What are u doing here??” johan memandang tubuh kecil yang merempuhnya tadi.
“Aleyya nak mandi laut uncle..hai kat sini nak beli barang la.. he3..” aleyya ketawa kuat,
” datang dengan siapa ni?? Sorang-sorang tak takut ke??” johan bertanya cemas tak akan anak sekecil ini dibiar seorang diri.
“dengan mama uncle….tapi dah hilang sekarang ni aleyya tengah cari mama la..”
Aleyya mengaru kepalanya menyedari kesilapannya sememangnya dia ingin menangis tapi dia sudah di ajar untuk tabah menghadapi apa sahaja yang berlaku. Johan mengelengkan kepalanya bijak sunguh anak ini..johan membawa aleyya ke kaunter pertanyaan dah membuat pengumumuman kepada para pengunjung untuk memberitahu mama aleyya yang anak ye ada di kaunter..tasha yang seperti ayam berak kapur terus pantas menuju ke kaunter . kehilangan aleyya walaupun seminit boleh membuat dirinya menjadi gila…
” aleyya…..” tasha berlari dah memeluk anaknya semahu mungkin.. aleyya terkejut melihat airmata ibunya. Tangahnya pantas menyapu air mata yang membasahi pipi mama kesayangannya, tanpa mempedulikan kiri kanan pipi anaknya dicium beberapa kali. Johan yang dari tadi terkejut masih leka memandang gerak geri tasha…aleyya anak tasha??? Tasha dah kawin rupanya. Cis dasar perempuan…
” mama inilah uncle johan yang selamatkan aleyya..” aleyya tersenyum memandang johan dan mamanya.. tapi senyuman yang sama tidak di wajah tasha, wajahnya pucat dan sangat terkejut apabila terjumpa johan di situ. Begitu juga johan masih tidak sangka yang aleyya adalah anak kepada tasha sungguh dia tidak sangka. Wajah tasha ditenung tajam..tanpa berkata panjang tangan aleyya terus ditarik jauh meninggalkan johan yang masih terpingan-pinga….

Johan merenung wajahnya di sebalik cermin ‘ anak siapa agaknya tu, anak aku ke??..’ tapi perempuan itu curang mungkin itu anak jantan jahanam tu mana tahu lagipun aku tak sanggup nak berdepan dengan perempuan itu lagi, tapi mengapa? Bukankah dia yang bersalah bukan aku kenapa mesti aku yang takut untuk berdepan dengannya.

Tajuk akhbar hari ini benar-benar mengejutkan datin munah, gambar tasha bersama anaknya, sangat comel namun bukan itu yang menjadi tarikan tetapi anak kecil itu berbintikan johan anaknya. Jadi budak itu adalah cucunya.. panjang fikirannya mekar hatinya apabila merasakan yang dia sudah menjadi seorang nenek. Nak harapkan menantunya untuk melahirkan anak ehh.. jangan harap la.. mandul agaknya budak tu menyesal aku kawinkan johan dengan budak tu.. nasib baik anak tan sri kalau tidak dah lama aku campakkan keluar rumah tak berguna langsung. Sementara itu di pejabat pulajohan sedang tersenyum gembira apabila mengetahui hakikat sebenar..aleyya adalah anaknya..ohhh…

” anak kau??? Heh!! Siapa yang kau kata anak ni aku tak kenal kau boleh keluar sekarang.” Panas hati tasha tak sangka wartawan dapat juga mencungkil kisah hidupnya bersama aleyya. Kini johan kembali menanggih haknya? Hah lelaki tidak tahu malu apa dia dah lupa apa yang dia lakukan.
” Tapi dia anakku kau tak boleh halang aku walau apapun dia tetap hak aku.”
” ehh.. johan, kau yakin ke dia anak kau/???” Tanya tasha berani jauh di sudut hatinya dia bersyukur kerana johan sudan mengakui anak nya..kini nasib aleyya terjamin. Lama tasha merenung wajah lelaki pertama di hatinya itu lelaki itu tersenyum lantas mengeluarkan sesuatu.
” ini sudah cukup membuktikan yang tasha adalah anak aku, semua bukti aku ada dalam ni kau tak akan dapat menafikannya. ” johan meletakkan sampul surat itu di hadapan tasha. Tasha hanya tersenyum.
” anak kau dah mati sejak kau biarkan aku hidup seorang johan”..tasya melangkah untuk keluar dari bilik itu sesungguhnya dia lemas dengan apa yang terjadi..
” kalau kau berdegil kita jumpa di makhamah”.. johan berkata perlahan. Tasya tergamam tidak sangka itu ayat yang akan keluar dari mulut johan, hatinya luluh. Ya Allah dugaan apakah ini aku tak sanggup…
Semalaman tasha tidak dapat melelepkan mata masih terdengar-dengar ayat yang lahir dari mulut johan. Apakah yang harus dia lakukan.. tubuh kecil aleyya di dakap kemas tak sanggup dia kehilangan aleyya.. aleyya adalah segala-galanya.

Kemenangan johan dalam kes ini adalah satu kebanggaan buatnya hatinya puas apabila dapat memeliki haknya kembali.
” mama aleyya nak mama.. kenapa aleyya kena ikut uncle johan, aleyya nak mama….” aleyya menangis apabila mendengar dia akan tinggal bersama uncle johan yang dikatakan papanya itu. Tasha memeluk erat tubuh anaknya hati ibu mana yang tak tersentuh apabila anaknya dibawa oleh bekas mak mentuanya yang menjadi duri dalam daging dalam hidupnya.

Hari- hari yang di lalui oleh tasha serba tidak kena selama ini aleyya adalah segala-galanya baginya atara yakin atau tidak dia kini sudah keseorangan isu curangnya sewaktu masih menjadi isteri johan yang membuatkan dirinya tidak layak untuk bergelar ibu.. apakah ini yang dikatakan keadilan yang selama ini tidak pernah adil dalam hidupnya. Tasha tidak dibenarkan untuk melihat anaknya sehingga mendapat kebenaran dari johan.
” tasha dah mati mak kiah… ” entah ke berapa kali air matanya tumpah di hadapan wanita yang sudah di anggap sebagai ibunya sediri, kini mak kiah adalah satu-satunya teman dan sahabat yang mampu dia meluahkan segalanya. Kerana di syarikat dia terpaksa berlakon gagah sedangkan hakikatnya hatinya sudah mati… aleyyya mama rindukan sayang… gambar aleyya menjadi teman tidurnya sejak anaknya dirampas johan.
Johan lelaki yang tidak penah ada perasaan, tak berhati perut.. tasha terlena dalam ratapannya.. mak kiah menyapu airmatanya yang turut tumpah bersama penderitaan ibu muda itu.. tak sanggup dia melihat tasha begini.

” aleyya kenapa tak makan sayang mari kita makan…” datin munah cuba memujuk cucunya sememangnya aleyya kelihatan tenang pada awalnya kini dia mula inginkan mamanya..puas datin munah melayani nya sebaik mungkin namun mamanya tetap disebut.
” kenapa mak??” johan yang dari tadi memerhati gelagat anaknya mula mendekati.
” dia tak nak makan johan dia nak mamanya, penat mama pujuk tetap nak kan tasha…”
” aleyya mari makan dengan papa , nenek masak special hari ini untuk tasha.” Johan mengusap rambut anaknya sesungguhnya sayangnya pada aleyya semakin menggunung namun dia tak tahu apa yang nak dilakukan untuk melihat anaknya kembali ceria seperti awal pertemuan mereka.
“nanti papa bawa jumpa mama err.. aleyya makan dulu dengan papa, nanti aleyya sakit siapa yang susah… mari sayang..”
” betul uncle nak bawa jumpa mama?” johan semakin tersinggung aleyya masih memanggilnya uncle sedangkah sudah beratus kali panggilan papa diingatkan kepada aleyya. Aleyya mengikut kata apabila nama mamanya menjadi umpan kalau tidak jangan haraplah..

” Aku kata makan…makan la kau ingat aku duduk nak jaga kau je ke??? Mak dengan anak sama je…hahh nangis..nangis..” sally meluahkan rasa bencinya kepada aleyya dipandang tajam wajah aleyya yang sedang teresak-esak menangis.. pantas tangan nya mencubit aleyya apabila dia semakin kuat menangis.aleyya terus diam apabila sally menghempas meja… perlahan-lahan dia menyuap makanan ke mulutnya sendiri..
” kenapa ni sally..??” datin munah menghampiri menantunya apabila mendengar suara sally yang agak tinggi..
” tak ada apap-apa mak ni aleyya ni tak nak makan nak suap, manja la katakan pantas sally menyuap anak kecil itu.
” aleyya sayang nenek makan elok-elok ek..nanti kita keluar dengan papa..pergi jalan-jalan yee sayang..” aleyya hanya mampu mengangguk apabila terpandang mata sally yang tajam. Dia benar-benar takut akan wanita itu.
Sebulan merupakan waktu yang sangat panjang buat tasha.. sudah beratus kali dia cuba menghubungi johan namun tetap hampa..
” HELLO…..” Datin munah bersuara.
” Hello.. datin tasha sini, saya nak cakap dengan aleyya sekejap…” tasha merayu.
” aku kata tak boleh kau ni tak faham bahasa ke?? Johan tak benarkan sesiapa pun ganggu anak dia di sini jangan kau nak buat gila lagi…” datin munah terus meletakkan telifonnya.
Kini hampir 3 minggu tasha cuba berjumpa dengan aleyya namun masih tidak berjaya. Ada sahaja alasan yang diberikan oleh datin dan nak bercakap dengan johan jauh sekali.

” melampau betul la johan ni dia tak waras agaknya”.. iskandar meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap rakan baiknya itu..sesungguhnya cerita tasha membuatkan hatinya panas..
” tak apalah tasha nanti aku jumpa johan aku akan cuba nasihatkan dia.” Tasha tersenyum mampukah iskandar bercakap dengan lelaki ego itu. Namun di rumah johan lain pula yang berlaku..

” ya Allah apa yang kau buat ni sally apa kau buat dekat cucu aku ni…” salina yang terkejut melihat aleyya tercuap-cuap sesak nafas mula bimbang.. datin munah mengangkat cucunya dan menjerit memanggil mak temah dan pak mahat drivernya untuk menghantar aleyya ke hospital. Aleyya dikejarkan di icu…

” Mama apa yang berlaku ni, mana aleyya?”.. johan kelihatan pucat nasib anaknya aleyya .
” mama tak tahu johan kau tanya lah isteri kau ni..apa dia buat dekat cucu mak..” datin munah menuding jarinya ke arah salina yang sedang duduk ketakutan…
” sally apa you buat kat anak i” hatinya panas.. tak dapat ditahan lagi tangan nya pantas menumbuk dinding.
” i tak sengaja johan, dia asyik sebut nama mama dia i marah…”…suara sally tersekat-sekat…
“hah.. sudah la……”

Tasha yang mengetahui berita anaknya terus bergegas ke hospital bersama lokman peguamnya. Hatinya tidak henti-henti berdoa untuk aleyya…airmatanya tetap menitis…

“apa yang kau buat dekat anak aku johan???…” tasha seperti orang hilang pertimbangan datin munah dan sally juga terkejut melihat tasha yang berada di situ tiba-tiba.. johan pula seperti orang bodoh tidak mengangka yang ini semua akan berlaku…nasib baik la ini hospital swasta kalau tidak dah lama mereka kena halau…lokman cuba menenangkan tasha… mereka di minta ke bilik khas untuk menunggu kerana bimbing tasha akan naik gila lagi… di situ masing-masing senyap..diam tanpa kata..tasha tidak henti-henti berdoa dalam hatinya..
” johan kita bawa aleyya ke london dapatkan rawatan di sana hospital itu ramai pakar..” johan diam matanya masih memandang tasha entah mengapa rasa cinta dan sayangnya pada bekas isterinya itu tiba-tiba menggunung puas dia nafikan…
” betul tu sayang…aleyya perlukan rawatan yang betul-betul pakar….” sally menyampuk lagi..
“sudah jangan nak bising dekat sini aleyya anak aku kamu semua tidak ada hak untuk nak dan ingat johan kau..kalau apa-apa terjadi pada anak aku..kau akan tahu akibatnya.” Tasha bersuara tenang wajahnya tetap tunduk menitip lantai tak sanggup dia memandang wajah manusia yang menyiksa anaknya.
” heh..tasha kau jangan ingat kami yang menyebabkan aleyya jadi macam ni jangan lupa kau tu…….” bicara datin munah mati di situ apabila melihat renungan mata tasha yang begitu menakutkan tidak pernah ada orang yang berani memandangnya begitu. Tasha bangun menghampiri datin munah matanya tetap memandang tajam ke arah mangsa di hadapannya. Johan melihat gelagat tasha sudah bangun bimbang juga dia jika tasha mengila kepada mamanya. Pang…. satu tamparan singgah di pipi datin munah suasana menjadi sunyi..
” apa awak buat ni tasha dah gila ke??/….” johan mendapatkan mamanya yang sedang menahan sakit.
” memang aku gila sebab sepatutnya dari dulu lagi perempuan ni memang patut ditampar malah patut lebih dari itu..bila kau cuba racuni aku.. aku masih boleh sabar..kau cuba ugut aku..hati ini tak pernah tergugat.. kau buat aku macam hamba dalam istana yang korang banggakan sangat aku sabar..kau tuduh aku perempuan curang dengan mengupah lelaki entah dari mana aku tetap boleh sabar sebab insan yang aku pertahankan cintanya dulu aku korbankan segalanya telah rapuh kepercayaannya.. aku kau halau macam anjing kuram tetap aku diamkan diri.. tapi kini tasha bukan lagi tasha bodoh dulu yang sanggup buat apa sahaja sebaba cinta.. kau ingat aleyya segala-galanya buat aku jangan fikir aku boleh bersabar lagi..”
” apa yang awak merepek ni tasha??” johan bertanya pelik.. hatinya terusik dengan airmata tasha yang mengalir.
” ehh… En. Johan kalau semudah itu en johan mencari bukti aleyya adalah anak kandung awak kenapa tidak pernah terlintas pun untuk awak lakukan ini semasa awak menghalau isteri yan ketika itu mengandungkan anak awak..yang awak halau tanpa awak fikirkan anak awak??? Kenapa sekarang mudah awak mengakui yang aleyya tu anak awak. Sebab dia kan” tangan tasha menuding ke arah datin munah yang sedang menangis.
” kalau anjing kurap itu nak berlaku curang bukan saat itu johan tidak terfikirkah awak bagaimana setianya sehingga dia kawin dengan awak tak akan awak fikir dia sanggup untuk curang…” tasha meluahkan segalanya, johan masih membisu epatah demi sepatah ayat yang keluar dari mulut tasha menikam hatinya.terimbas kembali saat bersama tasha bahagia miliknya. Dia menyapu wajahna dengan tangan.
” datin munah sebelum apa-apa berlaku antara saya atau datin maafkan saya sekiranya saya tidak dapat memaafkan dosa datin walaupun dunia atau akhirat…” tasha bersuara perlahan..
” ya Allah tasha maafkan mak, mak berdosa mak tak sanggup nak berpisah dengan johan….ampunkan mak”… datin munah memegang kaki tasha.
” apa mak cakap ni johan tak faham.. apa mak dah buat??” johan kebingungan.
” johan mak yang upah lelaki tu tasha tak bersalah mak yang salah mak berdosa maafkan mak..” johan yang mendengar kata-kata mamanya terduduk di sisi datin munah.
” kalau datin tak sanggup nak berpisah dengan anak datin tapi mengapa datin pisahkan saya dengan aleyya..dia anak saya, saya lahirkan dia seorang diri, saya bersusah payah membesarkan dia, datin tak ada perasaan hati datin busuk…”.. kata-kata tasha mati apabila melihat doktar keluar dari bilik icu..
” siapa mama tasha..?”
” saya doktor…” taha berlari mendapatkan doktor.
” saya rasa awak adalah ubat pada penyakit dia semangat aleyya hilang keinginannya nak hidup kurang bergantung kepada awak untuk tenangkan dia. Dia perlukan awak dari tadi dia tak sudah-sudah memanggil mamanya. Johan dan datin terdiam…tasha berlari masuk ke bilik khas yang menempatkan aleyya. Johan mengekori bekas isterinya itu dari belakang. Oleh kerana hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk hanya johan dan tasha sahaja masuk..tasha memandang sayu tubuh anaknya yang terkujur di atas katil.
” maafkan mama sayang, maafkan mama sebab lambat maafkan mama…” tasha bersuara sayu pipi aleyya di cium bertubi-tubi, “..kalau mama tahu aleyya akan jadi macam ni mama tak bawa tasha balik malaysia maafkan mama sayang” airmata johan tumpah..entah kenapa rasa bersalahnya semakin menebal. Kenapa aku selama ini buta dengan apa yang berlaku maafkan aku tasha kerana tak mampu melindungimu.. johan perlahan-lahan keluar dari bilik itu tak sanggup rasanya dia melihat natijah kesalahannya di depan mata…hatinya seakan mati tiba-tiba apabila mengetahui hakikat sebenar. Hah memang itu yang tak sanggup aku lihat tapi itu juga.
” kenapa mama buat johan macam ni??..kenapa mama hancurkan kebahagiaan johan?.” Matanya masih enggan menjamah wanita tua yang melahirkannya walaupun wajah itu sudah berkali-kali meminta maaf..hah apa gunanya kemaafan di saat ini aku..
” mama sayangkan johan mama nak…..”
” AHHH…sudah la mama jangan gunakan kata sayang, kalau mama sayangkan johan mama tak akan buat johan macam ni”. Salina dipandang dengan satu pandangan yang sukar diertikan.
” kerana dosa lalu, aku lepaskan kau salina dengan talak dua…” johan berkata perlahan lalu dia berlalu pergi tak sanggup rasanya dia berhadapan dengan orang yang memperbodohkan dirinya. Walau apapun dia sendiri malu dengan apa yang berlaku teramat malu kepada tasha wanita yang banyak menderita kerana sikap bodohnya terbayang kembali bagaimana sikapnya yang kejam hah… tuhan ampunkan hambamu ini.
Kehilangan johan menjadi tanda tanya meninggalkan segalanya termasuklah harta dan kekayaan yang menjadi kebanggaannya selama ini namun dalam hatinya masih ada lagi satu bayangan yangtak mungkin hilang dari pandangan iaitu bayangan silam tasha semakin menghantui dirinya. Dirinya kini tidak terurus semakin kacau.
“maaf uncle aleyya tidak sengaja” tiba-tiba terpacak anak kecil yang tersenyum kepadanya. ” papa maafkan aleyya” sekali lagi anak kecil itu tersenyum..johan yang mendengar apa yang dikatakan terpegun mendengar apa yang diluahkan oleh anaknya terasa dia seperti baru bermimpi. Dipandang wajah itu sekali lagi dan akhirnya tubuh kecil itu dipeluk sekali lagi,
” kenapa awak bawa dia ke sini” johan menumpukan perhatian kepada tasha
” sebab dia anak u dan i rasa dia adalah juga hak u dah i tak nak rampas kasih seorang papa kepada aleyya. Bagaimanapun dia tetap menjadi yang pertama dalam apa sekali kalimah dan ucapan yang akan i lafazkan kelak harap u akan sentiasa mengingati segala yang terkandung dalam pemikiran i nanti akhirnya…. senyuman terukir dibibir merah itu…johan merangkul tubuh isterinya seerat mungkin.

2 Respons

  1. best nye cite nie.layan 2…

  2. mmg best… tahniah2 kpd writer cite nie… wat lg stori ek… dh mcm cite ibu mertuaku pon ade… heheheh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: