Cerpen : Aku, Kau Dan Puisi

putih(pro84)
putihaku58@yahoo.com

Cermin mata ditanggalkan. Shafiq mengeluh dalam. Malas. Itulah perkataan yang langsung tidak mahu difikikan olehnya. Bimbang jika perkataan itu mempengaruhi mindanya. Jejaka berhidung mancung itu menggeleng-gelengkan kepalanya sambil matanya menyoroti melihat jam tangan yang dipakai disebelah tangan kirinya, pukul 4.05 petang.
Nasib baik aku dah sembahyang tadi, getus hati kecilnya.
Sekolah itu kelihatan lengang. Yang ada cuma beberapa orang pelajar yang masih belum pulang seperti dirinya juga, nak study. Maklumlah tahun ini dia akan menghadapi SPM.
Shafiq sekali lagi menggelengkan kepalanya. Cermin mata diletakkan kembali dipangkal hidungnya. Kerusi batu yang disediakan terasa panas, apa yang tidaknya sudah lebih 2 jam dia di situ. Shafiq mendongak ke langit, cantiknya, langit biru awan berarak putih.
Aiseh man, terlalai la pulak. Tapi sedap jugak ni, nak jiwang-jiwang kejap. Otak pun kena rileks, kasi cool. Gumam hati kecil Shafiq.
Dia tersenyum. buku biologi ditutup. Dicapai pen dan sehelai kertas kajang. Puisi. Itulah perkara pertama yang terlintas difikiran jejaka berusia 17 tahun itu apabila melihat langit. Sesuatu yang indah. Otak Shafiq ligat berfikir sambil matanya mencari bahan untuk di tulis. Dia mendapat idea, dan mencoret idea itu di kertas.
Tiba-tiba satu benda yang agak keras terjatuh betul-betul di atas kepalanya yang baru ditanggalkan songkok tadi. Shafiq pantas mendongak ke tingkat atas, kali ini bukan untuk melihat langit dan awan tapi ingin melihat siapakah gerangan yang kurang ajar melemparkan… Shafiq berpaling utuk melihat apa yang dilemparkan tadi, yang kini ada di dalam longkang, duster!!
“Patut la habis hilang idea aku pun. Ni kena bagi sound ni”
Seorang gadis bertelekung sekolah berlari-lari anak kearah Shafiq. Namun tidak diendahkan olehnya. Mata empatnya sedang memerhatikan tingkat atas iaitu tingkat bagi budak tingkatan 3 dan 2.
Tak ada orang pun. Mana pulak manusia yang tidak beranggungjawab ni?
“Bang ada nampak duster tak?,”tanya gadis tadi yang kini sudah berada di hadapan Shafiq. Bersahaja lagaknya. Langsung tidak mempamerkan rasa bersalah.
“Duster…”fikiran Shafiq blur sejenak. Diam,”O.. nak duster ya? Jadi awak la orangnya yang tidak memikirkan perasaan orang lain melemparkan duster sesuka hati je dekat sini?”lantang Shafiq menyergah. Matanya terjegil.
“Wo, wo, wo apa kes ni jerit-jerit dekat saya ni bang?”
“Amboi tanya pulak dia, apa kes. Awak tu baling sesuka hati je dekat saya duster tu. Awak ingat kepala saya ni tong sampah ke?”
“Saya tanya abang baik-baik tak boleh ke abang jawab baik-baik jugak?”
“Tu dik dekat situ tu.”lembut Shafiq menjawab dan jari telunjuknya menunjukkan kearah duster itu terletak, dalam longkang sambil tersenyum tidak ikhlas.
“So sekarang ni boleh la saya nak marah. Habis hilang idea saya nak tulis puisi tadi. Ayah saya cakap tak baik kalau lemparkan sesuatu yang keras ke arah kepala mnusia, boleh jadi benak otak kita yang sudah terkumpul ilmu ni”
“Ok dah habis cakap? Sorry.”ujar gadis itu setelah mengambil pemadam papan hitam itu dengan sekeping kertas yang entah di mana dijumpainya.
“Tak kotor ke?” tanya Shafiq yang kini intonasi suaranya berubah serta-merta.
“Alah dah biasa la bang. Chow. Sorry je la sebab ganggu abang tengah buat…puisi.” Sinis.
Gadis itu berlalu berlalu pergi. Shafiq hanya memerhati, membiarkan. Dia dah mintak maaf. Tangannya kini mencapai pen dan mencari-cari di mana kertas puisinya tadi.
“Aik dekat mana pulak kertas aku ni. Aku letak dekat sini je tadi.” Puas dia mencari di sekitar meja batu itu. Tiada. Kalau bukan sebab budak tadi mengacau..
“Budak tadi?! La mesti dia punya yang ambik kertas aku untuk ambik duster tu. Huh geramnya”
Shafiq menoleh pantas mencari kelibat murid tadi. Tiada bayang pun.
Ah biar la. Kalau ada lagi budak tu makin banyak la barang aku hilang, mula-mula idea lepas tu kertas untuk mencoretkan idea. Baik aku balik. Risau pulak mak dengan ayah aku karang.
Lantas, Shafiq mengemaskan barang-barangnya dan disimpan di dalam beg. Mahu pulang dan menyejuk kan dirinya yang sedang panas kini.

———————-

“Hello Fiq.”satu suara yang tidak lagi ganjil di telinga Shafiq menyapa gegendang telinganya.
“Assalamualaikum. Ayah aku cakap tak baik kalau memulakan perbualan sesama Muslim tanpa kalimah salam suci tu,”tegur Shafiq, bersungguh-sungguh.
“Waalaikumussalam. Abah aku pulak cakap tak baik kalau memulakan perbualan dengan bebelan.”sinis suara salah seorang rakan baik Shafiq, Kuzir berkumandang.
“Nak apa pulak kau call aku ni?”garang Shafiq bertanya, malas hendak melayan temannya itu.
“Abah aku pesan jangan marah-marah nanti cepat tua.”sindir Kuzir lagi dicorong telefon.
“Baik la. Ada apa Encik Kuzir?”
“Macam tu la. Ni aku nak tanya esok kita bawa terus ke peralatan, I mean baju untuk Hari Kebudayaan tu?”
“Oh ya la. Tak kan la kau tak dengar apa yang cikgu cakap tadi.”
Hari Kebudayaan merupakan pertandingan tarian antara kelab-kelab sekolah yang biasanya dilangsungkan pada awal tahun. Shafiq juga merupakan salah seorang daripada penari yang akan bertanding.
“Kau rasa boleh ke tak kau tu?”tanya Kuzir.
“Kenapa pulak kau tanya cam tu?”
“Ya la kau tu bukannya datang pun sesi latihan. Asyik aku jer yang kena ajar. Abah aku cakap ilmu kena dipelajari oleh guru sendiri baru ler afdal.”sindir Kuzir dan memutuskan talian, tahu yang Shafiq akan terus membebel.
Shafiq melepaskan nafas panjangnya. Geram. Ganggang telefon diletakkan kembali ditempat asal.
“Sapa yang call tu Fiq?”tanya ibunya yang merupakan seorang surirumah sepenuh masa. Ayahnya yang merupakan seorang arkitek masih tidak pulang ke rumah.
“Kuzir la bu. Sapa lagi?”ujar Shafiq dan berlalu pergi masuk ke dalam biliknya.
Ibunya yang sudah biasa dengan kawan-kawan Kuzir, mengangguk tanda tahu walaupun dia langsung tidak ingat. Ramai sangat.
“Fiq minggu depan Kak Ana kamu nak balik. Kemaskanlah bilik dia tu.”jerit ibunya.
Shafiq menepuk kepalanya. Baru dia ingat kakak sulungnya, Suzana akan dipinang minggu depan. Suzana merupakan seorang setiausaha di sebuah syarikat gergasi di Ibu kota. Kini hanya dia yang tinggal di rumah banglo 2 tingkat itu kerana kakaknya yang kedua sedang menuntut di universiti.
Gatal betul. Dah nak kawin baru nak balik!.getus hati kecilnya walaupun jauh disudut hati kecil Shafiq, dia sebenarnya gembira.

———————-

“Aku ada cakap tak kat kau yang budak perempuan pun ada dalam tarian ni.” Ujar Kuzir perlahan. Mereka berdua dan 2 orang lagi pelajar lelaki lain sudah siap berdandan dan kini sedang berada di bilik perjumpaan Kelab Kembara.
“Ada.”ringkas Shafiq menjawab. Walaupun dia tertanya dimana pelajar perempuan, tapi takut dikatakan gatal.
Semua murid yang tidak terlibat dengan pertandingan sudah berkumpul di medan perhimpunan. Tugas mereka hanyalah menonton.
Shafiq mula gabra. Pasukan perempuan datang, dan Shafiq melihat seorang yang dikenalinya, memakai baju kurung dan tudung hitam dan dia akan berpasangan dengan murid itu kerana baju kumbang yang dipakai nya juga bewarna hitam, manakala pasangan yang lain mempunyai warna masing-masing.
“Bang, awak ni duster kan?” tanya budak itu seraya tersengih.
“Awak budak semalam kan?”
“Yup, ingat lagi ek, abang Duster?”
“Nama saya bukan Duster, nama saya Shafiq la, budak longkang!”
“Saya Amira. Jangan panggil saya macam tu.”
“Budak longkang.”
“Saya dah bagi amaran.”
“Budak longkang.”
” Oh angin lembut menyapa pipiku. Langit biru membentang. Hatiku senang..”
“Diam” jerit Shafiq lantang. Semua yang ada di situ melihat mereka berdua.
“Lain kali Shafiq jangan panggil saya budak longkang lagi, kalau tak habis saya edarkan puisi awak tu dekat editor majalah sekolah. Saya sendiri yang akan siapkan puisi tu”
“Awak berdua orang lain dah nak naik ke stage tu, cepat. Kita mesti menang.”Guru penasihat, Puan Faridah bersemangat.
“Duster, awak mesti buat yang terbaik kalau tak…”ugut pelajar perempuan yang bernama Amira itu.
“Ya la. Tapi kalau awak yang jadi pasangan saya..”ayat Shafiq juga dibiar tergantung. Dia cepat-cepat naik ke pentas bila melihat mata Amira terjegil luas.
Harap aja muka ayu. Perangai entah apa-apa entah.
Tepuk sorak kedengaran seusai mereka selesai menari. Entahkan mereka terhibur atau sengaja menyindir sinis. Shafiq tidak pasti, tapi yang pastinya dia sudah berjaya melakukannya. Almaklumlah mahu sijil kokurikulum.
Setelah semua kelab siap mengada pertunjukan tarian masing-masing, mereka semua diminta berkumpul diatas pentas. Hampir tidak muat pentas itu kerana seluruh kelab mengambil bahagian dan bukannya seorang dua dihantar malahan lebih kurang 9, 10 orang peserta.
“Ok sekarang masa yang ditunggu tunggu oleh guru penasihat masing-masing of course. Dan seperti yang guru besar kita janjikan hadiah bagi tempat pertama ialah wang ringgit berjumlah seratus lima puluh ringgit disertakan sijil. Kedua, seratus ringgit dengan sijil dan yang ketiga lima puluh ringgit beserta sijil. Hadiah saguhatinya pulak berupakan sijil penyertaan.”
5 minit berlalu. Medan Perhimpunan yang tadi gamat sunyi sepi.
Setelah pengerusi menjemput pengetua sekolah dan pk 1 untuk menyampaikan hadiah,
“Kini sudah tiba masanya untuk mereka mendengar siapa yang akan membawa hadiah ini, saya tidak ingin melengah-lengahkan masa tapi..”
Ayatnya tergantung apabila murid-murid mula bersorak, tanda protes.
“Ok la saya cakap sekarang”

———————

“Nasib baik kita menang,”ujar Kuzir setelah sedar dari kejutan yang diterimanya tadi.
Gamat satu sekolah. Kelab Kembara yang tidak memenangi anugerah itu sejak sekolah ini dibuka menerima sorak tepuk kuat daripada ahli-ahli yang lain.
“Sebab aku ada.”kata Shafiq sambil teresnyum simpul.
Amira yang pada ketika itu terdengar perbualan Shafiq tersenyum simpul, dia sudah jatuh hati!!

————————

CUTI AKHIR TAHUN…

Shafiq lega. Akhirnya dia sudah bebas. Kini hanya menunggu result tahun depan.
“Fiq kau boleh la jadi pengapit kak long kau tu”kak ngah Shafiq yang baru pulang kelmarin menyakat.
“Aku jadi pengapit? Lambat sikit. Kau bila pulak?”
“Aku? Lambat lagi. Study la wei. Kau tu tak ada orang nak ngorat ke?”
Shafiq terdiam. Dia masih ingat peristiwa ketika 5 bulan lepas.
“Saya dah jatuh hati dengan kau,”gadis yang berusia 15 tahun itu bersuara perlahan. Mukanya selamba. Tiada riak malu.
“Apa?”
“Tak dengar ke?”
“Huh, awak tu pmr tahun ni. Saya pulak spm. Jangan jagi gatal. Macam ni la budak perempuan senang sangat jatuh hati. Bila yang lagi hensem datang, cari yang lain pulak.”
“Bila pulak saya cakap kau hensem? Saya cuma cakap, saya jatuh hati dekat kau, tu je”
“Adik, apa nama? Amira kan? Ayah saya cakap, tak seharusnya seorang perempuan memikat lelaki. Tak manis.”
“Sapa pulak yang cakap yang saya nak pikat kau?”
“Tu apa?”
“Luah perasaan. Ok la chow dulu.”
Akhirnya Amira berlalu pergi. Shafiq pelik, biasanya perempuan menyinta separuh mati, tapi budak ni tidak. Cinta monyet la kot. Hanya bertahan sementara.
“Adikku sayang kenapa ni?”sergah kak ngah dan kak Ana dari belakang.
“Woi terkejut aku. Apa ni? Mentang-mentang la korang permpuan, nak buli lelaki. Tak aci. Nanti aku ibu beranak lagi sorang.”ujar Shafiq menutup malu.
Tu la berangan sangat.
“Kak Ana, kenapa akak cuti lama sangat ha? Bos akak tak marah ke?”tanya Shafiq cuba menutupo malu.
“Fiq kau tak tahu lagi ke, bakal abang ipar kita ni, anak bos akak kita tu. Pandai-pandai la cover, kau ni.”
“Fiq esok kau teman kan aku pergi shpping nak?”tanya Kak Ana.
“Alah ajak angah la.”
“Dia dah ada date dengan Sameon, jiran sebelah kita tu.”bisik Kak Ana.
“Aku malas la.”
“Kau ni. Nanti akak belikan kau…em komik banyak-banyak. Boleh.”
“Tawaran diterima.”

—————-

“Kenapa akak tak cakap yang your future husband ikut jugak?”tanya Shafiq. Gabra.
“Rilek la. Kau macam tak biasa, dia pun orang biasa gak.”
“Akak janji dengan dia pukul berapa?”
“3 la. Dekat Loving Boutique akak rasa. Jom”
“Aku takut la kak.”
“Hish kita dah separuh jalan ni. Takkan nak mengalah kot. Komik!!”
Shafiq terdiam. Komik? Hish tak boleh jadi ni. Dia menopang dagu. Dilihat jam di dashboard, pukul 3.05 minit. Shafiq gemuruh. Tangan sejuk macam air batu. Seperti dia yang mahu berjumpa dengan jodohnya.
“Hah dah sampai pun.”
Mereka berdua turun setelah Suzana memarkingkan kereta kancilnya. Setelah mereka masuk ke dalam sebuah butik. Shafiq terkejut. Bukan kerana abang iparnya, tapi orang yang menemankan bakal abang iparnya.
Amira. Namun gadis itu kelihatan seperti biasa, bersahaja dan selamba. Dia hanya tersenyum apabila terpandang Shafiq.

———————–

“Saya dah sambungkan dah puisi kau tu. Insya Allah, nanti tahun depan bila majalah sekolah sampai, kau tengok ar. Nanti kalau abang angkat saya tu kawin dengan kakak kau, saya tak datang. So awak tak boleh nak marah dah. Ambik peluang sekarang.”kata-kata itu terngiang-ngiang di telinga Shafiq.
Ah biar la. Biarkan jelah dia ciplak puisi aku tu. Suka hati dia la. Malas nak layan. Just wait and see jelah.

——————–

2 TAHUN KEMUDIAN…

“Entahla ibu. Tanya la kak ngah dia sama jer dengan Fiq.”
“Orang tak tahu jugak bu, maybe kitaorang balik ke u, 2 minggu lagi kot.”
“Ayah kamu ni. Tengok la tu, asyik dok main dengan cucu dia je. Tak layan dah ibu dekat sini.”rungut ibu Shafiq sambil memuncungkan mulutnya kearah ayahnya yang kini sedang asyik bermain dengan cucu.
“Jangan la sedih bu. Nanti ibu lahir baby baru, tapi make sure la itu baby boy. Orang tak nak kena buli dengan Kak Ana dan Kak Ngah.”
“Ade ke pulak ke situ.”
Mereka ketawa. Ayah, Kak Ana, dan Abang Sham yang juga kebetulan terdengar perbualan mereka turut sama ketawa.
KRINGGG!
“Fiq ada orang nak cakap.” Jerit ibu.ganggang itu bertukar tangan.
“Hello, ni Kuzir.”satu suara garau yang memang tidak pernah berubah di pendengaan telinga Shafiq.
“Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam. Kau ni masih tak ubah-ubah. Macam tu jugak,”kata Kuzir yang kini suaranya kedengaran excited. Al maklumlah sudah 2 tahun mereka tidak berjumpa kerana Kuzir kini sedang belajar di luar negara.
Shafiq yang juga menerima tawaran di tempat itu menolak dengan alasan bimbang ibunya ridu. Sebenrnya dia yang homesick!
“Rindu aku engan kau, Zir. Nak jumpa tak?”terus-terang Shafiq memberitahu.
“Ok gak. Aku call pun sebab tu la. Kita jumpa dekat Restoran Flora nak?”
“Sekarang?”
“Set.”talian diputuskan.

—————-

“Kau macam mana sekarang ni?”tanya Shafiq setelah dia siap memesan makanan.
“Aku macam ni jugak. Always maintain like you”ujar jejaka yang berusia 20 tahun itu dan menyambung,”suka membebel.”
“What?”tanya Shafiq dengan mata yang terjegil.
“Rileks ar. Kau nak dengar satu cite yang kow, hot tak?” dengan pantas Kuzir menukar topic bimbang selepas ini ada supmata.
Shafiq yang memang terkenal dengan sikap ‘hantu’nya hanya menjeling tajam dan mengangkat sedikit kepalanya sebagai kata’apa’.
“Aku dah bertunang dah.”bisik Kuzir sperti ada orang yang mahu dengar perbualan mereka.
“What?!”
“Yup, dengan kawan sepupu aku, Maria nama dia.”
“Cantik ke?”tanya Shafiq cepat.
“Of course ler. Eh mana pulak order kita ni?”
“Entah la. Dik.”panggil Shafiq. Harap jer restoran cantik tapi erm… lambat.
Tiba-tiba satu benda yang agak keras terjatuh di atas kepala Shafiq dan kedengaran bunyi deentingan yang kuat. Shafiq menoleh sambil mengusap-usap kepalanya. Dia melihat seorang perempuan bertudung jatuh terjelepok dan di sisinya dulang manakala yang terjatuh di atas kepala merupakan sekotak tisu.
“Sorry bang, tak sengaja. I’m so sorry. Saya tak perasan. Sorry bang, sorry.” Ujar perempuan itu yang kini bangun dan tertunduk, malu.
Mata pelanggan-pelanggan lain melihat situasi itu berbisik-bisik.
“Mira?” tidak semena-mena nama itu terkeluar dar mulut Shafiq.
Perempuan itu mendongakkan mukanya.
“Kau? I mean you?.”bulat mata gadis bertudung itu, tidak percaya.
“Apa ni kecoh-kecoh ni?”tanya seorang perempuan yang agak berumur dalam lingkungan 30-an.
“Mak Ucu orang tak sengaja jatuhkan kotak tisu tu atas kepala pelanggan kita ni. Orang mintak maaf Mak Ucu,”jujur Amira mengakui kesalahannya.
Mak Ucu? Ni mesti mak sedara dia. Kesian pula aku tengok.
“Kenapa pulak mintak maaf dengan Mak Ucu? Mintak maaf ladengan pelanggan kita ni.”
“Orang dah mintak maaf dah tapi dia tak cakap apa-apa pun.”
Shafiq terkedu. Kuzir disebelahnya hanya tersenyum, membiarkan keadaan itu. Yang dia tahu, dia langsung tidak terlibat dalam ‘konspirasi’ itu. Dan dia pun tidak mahu masuk campur.
:Em, tak pe.”balas Shafiq perlahan.
Perempuan yang digelar Mak Ucu oleh Amira itu kelihatan lega. Dia segera menarik lengan gadis itu dan berlalu pergi.
“Kak,”panggil Kuzir.
“Ya dik. Maaf kan jelah anak sedara mak cik ni. Dia baru jer kerja dekat sini.”
“Tak bukan tu, tapi makanan kami. Bila nak siap?”
“Oh, pas ni,”lekas Amira menjawab seraya tersenyum panjang lebar. Mak Ucu menarik sekalilagi lengan gadis itu dan mereka hilang di balik pintu.
Shafiq memperbetulkan kaca matanya. Sudah 2 tahun berlalu namun masih tak berubah lagi perangai. Macam tu jugak.Tak malu betul. Tiba-tiba mata Shafiq tertancap pada dinding restoran itu. Sebuah lukisan yang sungguh indah. Sukar dikatakn dengan kata-kata. Lawa.
“Woi kau tengok apa tu?” tanya Kuzir sambil tangannya menampar kuat tangan Shafq. Jejaka itu terkejut.
“Apa la kau ni buat terperanjat aku je.”
“Dah yang kau melamun tak tentu hala tu kenapa? Dah biol ke kepala kau tu kena hempap dek kotak tisu kosong tadi.”
“Amboi engkau je cakap aku biol. Tu aku tengah tengok lukisan sana tu. Cantik la.”
Kuzir yang sudah sememangnya faham benar dengan jiwa romantis, sastera Shafiq itu hanya berdiam. Tiada apa-apa yang dilihat istimewa daripada lukisan itu. Hanya ada dua bayang manusia, seorang perempuan bertudung yang memegang sesuatu dan seorang lagi bayang lelaki, yang kelihatan sedang mengusap kepalanya. Hiasannya pula pelik. Ada bayang tapi di tengah hari. Langit biru terbentang luas disertai denga apa-apa entah. Di tepi lukisan itu kelihatan sepeti tulisan Puisi.
“Apa yang cantiknya?”
“Entah la. Macam mana aku nak cakap. Aku rasa macam pernah alami peristiwa macam tu tapi aku tak ingat pulak bila. Aku nak pergi tengok la kejap apa yang tertulis dekat situ.”
“Kau jangan la nak malukan aku. Baik tak payah. Nanti bila balik kita buat la nak pergi bayar then kau tengok ler puas-puas. Makanan dah sampai.”
“Ok la,”ujar Shafiq, walaupun tidak puas hati.

————————

“Ibu, ibu taruk mana buku-buku lama?” tanya Shafiq setelah pulang. Ibunya yang pelik dengan sikap anaknya mengerutkan kening.
“Ada dalam stor atas.”
Dengan segera Shafiq berlari ke tingkat atas. Di geledah semua buku-buku.
Ha,jumpa pun!
Buku majalah sekolah yang diprolehinya ketika mengambil keputusan spm dulu dibelek, penuh habuk. Sejak mendapat majalh itu, hanya sekali sahaja dia membeleknya itupun hanya untuk melihat gambar. Dia sakit hati mahu membaca karya-karya kerana salah satu karyanya telah dicilok. Sekonyong-konyongnya dia menciplak.
“Mana pula ni?”
Setelah 20 minit dia membelek majalah itu, akhirnya dia berjumpa satu karya yang dulu tidak mahu langsung dilihatnya,

PUISI MISHA DUSTER

Oh angin lembut meyapa pipiku,
Langit biru membentang luas,
Hatiku senang,
Derita dikalbu kubiarkan seketika,
Aku biarkan diriku alpha,
Namun sesuatu berlaku,
Diluar dugaan kita,
Rupa-rupanya sekeping duster,
Jatuh dikepala,
Aku bangun dan lihat si dia,
Satu perubahan nyata,
Jantungku berdegup kencang,
Rupa-rupanya dia sorang guru!!
Mak ooiii tak jadi aku nak marah.

p/s: saya buat khas untuk awak, nanti saya kan buatkan yang lebih romantis lagi. Puisi ni nama gabungan kita berdua. Dalam satu lukisan!! I promise. Hope u get 10 a1 in spm. Kiriman; MISHA.. 3 Gamma.hA3

5 baris ayat itu adalah karyanya. Dan puisi yang terdapat digambar di restoran tadi adalah gabungan puisinya dengan puisi….. Amira!
“Tapi kenapa kat sini dia tulis lain pulak?”gumam Shafiq perlahan.
Fikiran Shafiq berputar ligat. Tak mungkin Amira yang tulis puisi, mesti ada orang yang tolong sambungkan. Entahlah kenapa hatinya mahu sangat mengenali siapa yang melukis dan menulis puisi indah itu. Sangat indah. Tak mungkin Amira. Gadis mentah itu tidak mungkin tahu tentang puisi.
“Jauh sangat perbezaan kalau nak bandingkan dengan yang dekat restoran tadi,” kata Shafiq perlahan, bercakap sendirian.
Esok aku akan pergi pulak, azamnya dalam hati.
“Kau buat apa tu Fiq?”tanya Kak ngahnya yang sejak tadi sudah berada di situ namn langsung tidak disedari oleh Shafiq.
“Kau ni… tak nampak ke? Tengah berdating dengan Sameon ni.”selamba Shafiq menjawab, geram bercampur malu.
“Apalah kau ni. Cakap yang bukan-bukan.” Ujar kak ngahnya dengan muka yang merah.
“Malu la tu. Tak lama lagi nanti kau kahwin, atas kad perkahwinan tu, Sameon dengan Suraya, semoga berkekalan sehingga ke anak cucu. Ibu mesti happy, rumah mentua dia sebelah. Pastu tak payah la berebut nak balik rumah siapa nanti hari raya ke apa ke. Betul tak?” panjang lebar Shafiq menyakat.
Dia bukannya tidak tahu yang kak ngah dengan Sameon, bakal peguam teramat la rapat. Cuma menunggu ungkapan. Ahli keluarga mereka berdua juga sudah merestui walaupun mereka tidak mengakui hakikat itu.
“Pandai la kau. Kau buat apa dekat sini?”
“Cari buku ar apa lagi?”
“Mana la tau kot kot tertinggal surat-surat awek lama ke. Kalut semacam aku nengok.”
“Aku harap bakal awek aku tak banyak mulut macam kau.” ujar Shafiq dan berlalu pergi sambil ditanganmasih terpegang majalah sekolah tahun 2007.
Pintu biliknya ditutup rapat.
Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku nak sangat bawak majalah buat menyemak jer.
Namun begitu, tangannya ligat menyelak helaian demi helaian kertas itu, mencari kelas tingkatan 3 Gamma. Cantik! Itu perkara pertama yang terlintas difikirannya apabila melihat gambar Amira. Namun dinafikan.
Helaian diselak lagi, gambar kenangan dia dan rakan-rakannya yang mewakili kelab kembara. Dia ditepi Amira yang kelihatan tersenyum gembira. Dan satu lagi gambar dimana dia dan gadis itu sedang menari diatas pentas.
Lantas Shafiq menggelngkan keplanya, ‘muka hodoh macam tayar buruk, tak mungkin dia yang tulis puisi tu.’desis hati keil Shafiq, menafikan kecantikan gadis itu.

————————————–

“Kau kenal dengan budak tu, Mira?”tanya Mak Ucu kepada anak saudaranya yang kini sedang mengelap meja. Restoran itu sudah ditutup.
“Kenal. Mira kenal sangat dengan dia tu. Kalau Mak Ucu nak tahu dia first love Mira.”perlahan Amira mengakui hakikat iu.
Mak Ucu menggeleng-gelengkan kepalanya, terlampau berteus-terang. Namun, sikap Amira yang sememangnya suka melawak membuatkan apa yang dikatakannya tidak dapat meyakinkan orang lain. Namun, disebabkan sikapitu juga, dia mempunyai ramai kawan. Malah ada juga terpikat. Lihat sahaja mukanya yang putih bersih itu. Nampak lembut.
“Mira, mari sini kejap Mak Ucu nak cakap.”
“Ada apa Mak Ucu?”
“Mari duduk sini.”
Amira mengikut. Dia mengambil tempat dihadapan tempat duduk Mak Ucunya. Kain pengelap tadi dibiarkan ditangan. Amira sudah tahu apa yang sedang bermain-main dikepala Mak Ucunya.
“Kenapa Mira nak kerja dekat sini?”
“Kenapa pula Mak Ucu tanya Mira macam tu?”
“Ya la. Kamu tu, bukannya tak mampu. Mama dengan papa Mira pun dah hairan, suruh Mak Ucu tanya kamu.risau betul diaorang”
“Memang ar. Mama dengan papa kaya. Tapi Mira nak cuba jugak rasa air tangan Mira sendiri.”
“Kenapa tak melukis. Mak Ucu tengok cantik je lukisan Mira tu.”
“Terima kasih. Tapi kalau Mira melukis, of course Mak Ucu tak cukup pekerja yang buat masalah kan?”
“Memang pun. Nasib baik tadi ‘first love’ kamu tu tak mengamuk sakan. Jatuh reputasi restoran ni nanti.”
“Dia baik Mak Ucu.”
“Bila result kamu nak keluar?”
“Tahun depan, bulan 2.”

—————————–

“Mak Ucu hari ni Mira setengah hari jelah ya?”
“Kenapa?”tanya Mak Ucu. Amira hanya menunjukkan kearah Shafiq. Dia membuka apron. Tugasnya berakhir awal hari ini.
Shafiq yang ketika itu sedang makan nasi goreng tersedak apabila melihat Amira duduk bersebelahan dengannya. Gadis itu menghulurkan air. Shafiq menyambut pantas.
“Makan tak baca Bismillah.”tegur Amira lembut.
“Sapa cakap?”
“Saya.”
Shafiq berpaling. Dia tersenyum kecil.secara sembunyi-sembunyi. Dan berpaling kearah Amira semula. Gadis itu seperti biasa, selamba.
“Awak kerja dekat sini?”
“Ya la. Takkan saya main-main kot.”jawab Amira pantas.
“Tu la saya dah cakap yang jangan dok bercinta lagi. Tengok kerja dekat mana?”
“Oppps. Saya nak beritahu kau ni yang saya kerja dekat sini sambil tunggu result spm saya. And for your information, I got 8 A’s in pmr.”
“La saya ingat kan awak dah 19 tahun.”
“Tengok le sapa yang tak pandai mengira sebenarnya.”
Shafiq tersipu. Amira tersenyum senang tanda kemenangan. Seusai itu Shafiq Shafiq rasakan yang tekaknya suda tidak boleh menerima makanan. Amira yang menyedari keadaan itu sengaja merenung Shafiq. Lama.
“Awak kita keluar dua nak?” tanya Amira. Shafiq yang pada ketika itu sudah siap membayar dan melihat lukisan itu sekilas. Dia mngambil keputusan untuk bertanya esok.
“Awak tak kerja ke?”
“Hari ni saya mintak cuti. Jom.”Amira melangkah kehadpan dan kemudian menoleh.
“Cepat la.”
Shafiq hanya mengikut. Amira memegang lengan baju Shafiq. Takut terpisah katanya. Nasib baik tak pegang tangan. Haram.
“Kita pergi dekat Zoo Negara nak?”
“Boleh jugak. Awak la bayar sebab saya tak kerja lagi.”
“Ok.”
“Awak, saya nak tanya, sapa yang lukiskan gambar dengan puisi tu dekat Restoran Flora?”
“Saya.”ringkas Amira menjawab. Shafiq terpana.
Adakah ini takdir? Pertemuan pertama disertai sekepingduster yang kedua disertai kotak tisu kosong.
Malah perasaannya juga sepanjang hari itu bedebar-debar.

——————————

6 TAHUN KEMUDIAN…

“Fiq, nanti kalau boleh awak datangla ke rumah saya. Saya akan bertunang bulan Mei ni. Eh minggu depan la.Hope you will come.”suara Amira ceria. Shafiq yang kini sudah bergelar arkitek seperti ayahnya terkedu.
Adakah begini akhirnya cerita aku dengan Amira. Ya aku cintakan dia namun perasaan itu hanya kucoretkan di dalam diari ku. Diari lelaki..
Amira kelihatan sangat gembira. Sepanjang hari dia asyik memuji bakal tunangnya itu. Shafiq hanya mampu mengangguk lemah. Mereka berdua sememangnya seperti ditakdirkan bersama pada mulanya. Se’universiti’, malah orang setiap orang sudah tahu yang mereka punya rasa, namun disembunyikan dengan ikatan persahabatan. Itu lah yang Shafiq sangka, Amira menyintainya. Rupanya tidak.
Petang itu terasa amat panjang. Shafiq yang kini menetap bersama-sama kedua oarng tuanya hanya pulang lewat. Apabila dia pulang, satu keganjilan wujud di rumah itu. Kak Ana dengan Kak Ngah pulang!
Apabila dia membuka pintu, dia lihat Kak Ana dan 2 orang anaknya sedang bermain-main, manakala, Kak Ngahnya yang kini sudah bergelar peguam seperti tunangnya, Sameon juga sedang bermain bersama anak kecil kakak sulungnya. Manakala bayang ibu, bapa dan Abang Sham langsung tidak kelihatan.
“Woi dik kau pergi mana?”tanya Suraya, cemas melihat muka adik bongsunya pucat lesi.
“Aku dok masjid tadi. Korang balik sini buat apa?”
“Kak Ana balik sebab anak sepupu dia nak bertunang, Amira. Budak yang kita jumpa dekat butik tu masa 8 tahun lepas. Alah masa first time kamu jumpa Shamsul.”ujar Suzana.
“Aku pulak balik sebab, rindu nak jumpa Sameon. Dia pun dah minta cuti.”
“Tak pelah. Aku nak pergi naik atas ni. Letih.”
Dia menaiki anak tangga. Perlahan. Bagai tiada semangat. Sampi di bilik,Shafiq menutup pintu. Rapat. Dia duduk di katil. Lesu. Lantas dia ke tandas, yang sememangnya disediakan di bilik itu. Mandi, habis baju basah lencun. Dia mandi bersama-sama air mata harapan.
Setelah itu dia bersembahyang Isyak dan hajat. Memohon ketenangan dari yang Maha Kuasa. Jangan biarkan dia menyintai orang yang sudah dimiliki. Hampir 2 jam Shafiq di sejadah. Menyerah diri pada Allah. Sebulat-bulatnya. Beristighfar dan bermunajat. Belum pernah dia rasa kehilangan sebegini. Kehilangan orang yang masih hidup. Cinta sesama manusia.
Tok! Tok! Tok!
Pintu biliknya diketuk. Shafiq cepat-cepat mengesat air matanya dan memakai kaca mata. Lalu dia bangun dan membuka pintu. Suraya kelihatan risau dimuka pintu.
“Kenapa ni Fiq? Dah banyak kali aku ketuk pintu kenapa kau tak buka. Risau aku dibuatnya.”
“Aku tak ada apa-apa la. Aku cuma nak rehat. Banyak sangat kerja kebelakangan ni.”ujar Shafiq berdalih. Cuba untuk tidak memandang mata kakak keduanya itu.
Suraya masuk ke dalam bilik Shafiq dan menutup pintu. Shafiq hanya membiarkan. Tiada nafsu untuk bergurau.
“Kenapa dengan kau ni?”tanya Kak Ngah nya pelik.
“Aku dah cakap kan aku letih.”
“Tak payah nak tipu aku. Kau mari duduk sini.”arah Suraya, garang. Shafiq hanya menurut.
“Aku tengok kau sekarang ni pelik la. Pucat semacam. Kau ada problem ke?”
“Kerja.”
“Fiq, antara kau dengan Kak Ana, aku lebih rapat dengan kau. Aku rasa kau ada masalah. Kau jangan nak tipu aku. Aku kenal adik aku.”
Shafiq tidak menafikan yang sememangnya antara Kak Ana dengan Kak Ngah nya, dia memang lebih rapat dengan kakak keduanya itu. Tapi untuk memberitahu tentang masalah yang melanda. Dia tidak mahu.
“Tak ada apa-apala. Aku keluar dulu nak pergi makan. Lapar ni.”setelah itu Shafiq membiarkan Suraya di situ seorang diri.
Suraya mencari sesuatu yang dikatakan oleh ibunya kepadanya baru-baru ini. Akhirnya dia jumpa benda yang dicari-carinya.Dengan pantas Suraya keluar dari bilik itu, mendapatkan Suzana dan Abang Sham dibilk mereka.

—————–

“Mira, kan abang dah cakap dia memang betul-betul cintakan Mira.” Shamsul yang sudah kering air liur untuk memujuk Amira.
Amira memerhatikan abang angkatnya yang mempunyai bau-bau bacang dengannya. Dia sudah membaca diari hijau yang diserahkan kepadanya tadi.
“Mira nak dia sendiri yang luahkan perasaan tu bang. Mira tak nak orang lain tolong dia.”
“Tindakan Mira tu kejam sangat. Dia akan terseksa, Mira juga akan terseksa kan bila tengok Shafiq seksa kan?”
Gadis itu hanya mengagguk. Dia membetulkan tudungnya.
“Habis tu apa lagi yang Mira nak?”
“Abang, abang pun tahukan yang kami akan bersama jugak.”
“Macam mana Mira percayakan sangat pada nasib?”
“Mira bukannya nak bantah cakap abang tapi ibu dengan ayah dia dah suruh Mira buat macam ni. Malah mama pun nak orang yang berani and gentleman.”
“Perlu ke semua tu?”
“Mungkin bagi abang tidak tapi bagi Mira this is important. Mira nak tengok setakat mana dia boleh tahan, semacam mana Mira tahan cinta Mira selama 10 tahun.” Ujar Amira dan dia bangun mengambil diari itu dan pergi. Minggu depan dia akan bertunang. Ya minggu depan…

——————

“Mira saya nak jumpa awak . Sekarang! Urgent!”
Shafiq menunggu. Sudah lama dia disitu untuk memberanikan dirinya menelefon Amira, bersemuka dengan gadis itu.
“Fiq, sorry. Awak dah lama tunggu saya ke?”tanya Amira yang baru sampai. Tercungap-cungap.
“Tak de la.”Shafiq berbohong. Tangannya sejuk.
“Apa hal yang urgent sangat tu?”tanya Amira yang kini mengambil tempat disebelah Shafiq.
“Saya nak say something yang important sesangat dekat awak.”
“Apa?”
Shafiq menarik nafas perlahan-lahan. Dia menoleh kearah Amira. Gadis itu kelihatan tidak mengerti dengan perasaan cemasnya.
“Sa… sa… sa”
“Sa apa?,”tanya Amira kurang sabar.
Aku dah nak ‘bertunang’ kau buat endah tak endah jer. Kenapa berani kau hanya dalam diari? Bukan depan aku?
“Saya, saya sebenarnya….”
“Apa?!”tengking Amira.
“Saya cintakan awak.” Semudah ABC ayat itu keluar.
Amira terpana. Shafiq juga begitu. Tidak menyangka yang dia berani. Lama mereka berkeadaan begitu.
“Awak cakap apa tadi?”
“Saya tahu yang saya dah terlambat…”
“Apa yang awak cakap tadi?”ulang Amira.
“Saya tahu yang awak akan marah kan saya kerana mengkhianati hubungan kawan kita. Dan ini mungkin akan menyebabkan persahabatan kita putus tapi.”
“Saya tanya, awak cakap apa?”
“Saya cintakan awak. Saya minta maaf kerana membuatkan awak tak selesa dengan saya. Tapi saya dah tak boleh tahan. Biarlah saya lafazkan sebelum awak jadi milik orang lain.”
“Sapa cakap yang saya akan jadi milik orang lain?” tanya Amira. Mukanya kini kelihatan marah.
“Awak la.”
“Saya cakap macam tu sebab saya tahu yang awak tak akan luahkan perasaan awak tu dekat saya.”
Shafiq kelihatan terkejut.
“Betul ke?”
“Ya la.”
“Habis tu kenapa awak tak cakap dekat saya?”
“Ingat tak yang awak pernah cakap, perempuan tak manis kalau luah perasaan dekat lelaki.”
“Habis tu kenapa awak buat taktik macam ni?”
“Sebab saya tahu kalau saya tak buat macam ni sampai bebila pun awak tak akan cakap.”
“Macam mana awak boleh pasti perasaan saya dekat awak?”tanya Shafiq. Mukanya kelihatan merah menahan malu.
“Diari awak tu. Abang Sham bagi dekat saya. Ibu dengan ayah awak pula suruh saya jadikan awak berani sikit. Kak Ana dengan Kak Su la yang back up saya untuk menipu awak ni.”
“La patut ler.”
“Ni saya nak bagi something dekat awak.”Amira menghulurkan sehelai kertas bewarna pink kepada Shafiq. Shafiq menyambutnya.

PUISI CINTA MISHA

Angin lembut menyapa pipiku,
Langit biru luas terbentang,
Hatiku senang,
Derita dikalbu kubiarkan seketika,
Kubiarkan diriku alpha,
Hadirnya dia mengubati duka ini,
Ibarat sinar mentari yang terang,
Ibarat hujan yang turun di tanah
Gersang,
Ibarat bulan di malam suram,
Ibarat bintang menyinar alam,
Ibarat pelangi petang,
Ia mnegubati lukaku.
Hadirnya dia membuatkan aku sedar,
Bahawa masih ada cinta buatku!!

Shafiq, saya cintakan awak sejak saya di tingkatan satu lagi. Namun ketika itu hati yang tidak matang ini membiarkan saja. Namun ketika saya ni form 3, saya ingin mendekatkan diri saya dengan awak lagi. Oleh itu, saya melemparkan duster, mencuri sajak, menyertai pertandingan Hari Kebudayaan. Ketika saya meluahkan isi hati saya, saya tahu yang saya langsung tidak akan diterima, dan saya redha. Tapi takdir menemukan kita di Restoran Flora. Hati saya mula menyukai awak lagi, tapi kali ini sangat kuat. Sudah sepuluh tahun saya memendam rasa. Dan kini saya hanya menunggu awak, tapi….
Maaf kan saya. Saya cintakan awak.

“Apa ni?” tanya Shafiq seusai membaca kertas itu.
“The truth. Saya ingatkan nak luahkan hari ni tapi rupa-rupanya awak bertindak lebih pantas dari saya. 10 tahun saya memendam rasa, Fiq.”
Keadaan diam. 10 minit berlalu begitu sahaja. Shafiq memberanikan dirinya..
Dia tidak mahu menunggu sebegitu lama seperti mana Amira sanggup menunggunya…
“So bila saya boleh lamar awak?”

Tamat……

4 Respons

  1. best….
    agak lawak..

    p/s:sy suke sesgt kat puisi awak…
    2 thumbs up…

  2. sweet story…

  3. huhuhuhuhu.suka cita ni…rasa macam sy yg jd amira tuh…..tahniah wat penulisnya…

  4. kinda nice story.. 10 years is not a short time kn.. huhu.. she’s so loyal.. anyway mmg bez =)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: