Novel : Kasih Seorang Sahabat

Nazariah

Azman dan Mariah sudah lama bersahabat sejak kecil lagi.Hubungan mereka boleh dikatakan bagai”Bagai Aur Dan Tebing”.Kemana-mana sahaja mereka pasti berdua.Tiada yang dapat pisahkan mereka melainkan Takdir Ilahi.

Satu hari di taman permainan,Azman dan Mariah sedang menjamu selera makan pisang goreng.”Man,aku dapat tawaran pergi melanjutkan pelajaran ke luar negara dalam bidang Diploma Perniagaan,”kata Mariah kepada Azman.
“Bila hendak pergi,kemana?”,Azman bertanya.
“Mariah dapat di London selama 3 tahun.Kalau diizinkan Allah,Mariah pergi sabtu ini”.Kata Mariah.Dengan perasaan sedih,Azman tidak lalu hendak menyuap makanan yang dipegang dimulutnya.Mata Azman berair dengan tetiba sahaja,air matanya mengalir dengan deras dipipinya.
“Man,janganlah begini,Mariah hanya pergi selama 3 tahun sahaja.Pejam celik masa berlalu dengan
cepatnya,sabarlah Man”.Mariah cuba menenangkan Azman dengan mengesat air matanya.

Sudah sebulan Mariah pergi ke London.Mereka tetap berhubung sesama mereka.Kekadang mereka berhubung melalui E-Mel. Semakin hari,Azman semakin rindu pada Mariah dan menanti detik kepulangan Mariah dengan penuh tabah dan penuh keyakinan bahawa Mariah akan pulang suatu hari nanti.

Pada suatu hari,semasa Azman memandu kereta kekedai hendak membeli barangan dapur,Azman dengan tiba-tiba melanggar seorang wanita dengan tidak sengaja kerana terlalu memikirkan sahabatnya itu.
“Cik,maafkan saya. Saya tidak sengaja melanggar cik.Cik tak apa-apa?”.Kata Azman kepada seorang wanita yang ayu lagi manis dihadapannya.Denganlemah-lembutnya,wanita itu menjawab.
“Tak apa-apa.Saya o.k!Saudara janganlah risau”.
Azman yang pertama kali melihat wanita itu,tiba-tiba terkedu untuk berkata.
“Saudari hendak kemana?Kalau boleh biarlah saya menghantar saudari pulang.Saya berharap agar saudari menerima pelawaan saya bagi menembus kesalahan melanggar saudari tadi”. Wanita itu belum sempat menjawab lagi,Azman membuka pintu keretanya dan memapah wanita itu masuk kedalam perut keretanya.

Sejak peristiwa itu,hubungan Azman dan wanita yang dikenali sebagai Suraya semakin rapat dan mesra. Mereka selalu keluar bersama tidak kira hari minggu.Satu hari,Mariah menghantar E-Mel kepada Azman, menanyakan mengapa Azman tidak lagi mengirim berita dalam masa 2 minggu ini?.
Azman memberi alasan bahawa dia terlalu sibuk sampai tiada masa mengirim berita tentang keadaanya.Semakin hari hubungan Mariah dan Azman semakin pudar.Mereka tidak lagi saling berhubung.

Satu hari,Azman mengajak Suraya keluar makan untuk menyatakan hasrat kepada Suraya bahawa ingin menjadikan Suraya sebagai isteri.
Dengan perasaan tidak malunya,Azman berlutut dihadapan Suraya
“Su, sebenarnya Man hendak jadikan Su sebagai permaisuru hatiku dan menjadi isteriku. Sudikah Su menerima lamaran saya?”.Suraya yang duduk terpaku mengalirkan air matanya kerana terharu dengan lamaran Azman tadi. Dengan penuh keyakinan Suraya menerima lamaran Azman tadi.

Azman dan keluarganya menghantar rombongan meminang ke rumah Suraya.Mereka bertunang selama 2 tahun.Satu hari, semasa Azman hendak keluar berjumpa tunangnya itu,tiba-tiba Azman terpaku kerana Mariah terpacak dihadapan rumahnya.Azman terkedu dan terasa bagai mimpi kerana orang yang dirindui dahulu kini kembali pulang dari London.
“Bila Mariah balik?”.
“Semalam,Mariah balik kesini sekejap saja, kerana Mariah dapat
tawaran bekerja disana”. Kata Mariah.
“Azman hendak pergi mana?”.
“Azman nak keluar jumpa kawan.”Dengan perasaan serba salah dia
terpaksa berbohong dengan kawannya sendiri.

Semalaman Azman memikirkan sama ada hendak beritahu Mariah tentang tunangnya itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk berjumpa dengan Mariah untuk memberitahu keadaan sebenarnya.
Keesokanya,Azman dan Mariah berjumpa ditempat biasa.Mariah memulakan perbualan dahulu.
“Azman,sudah lama kita tak keluar bersama begini.Rindu dengan keadaan
yang lepas”.
“Ya,dah lama kita tak berbual macam dulu”.Azman menjawab tanpa semangat.
“Man,sebenarnya masa Mariah dekat London Mariah terasa rindu pada
Man.Tidak tahu kenapa?”.
Azman dengan perasaan serba salah terkedu.
“Mariah,sebenarnya Azman dah berpunya,Azman dah bertunang semasa
Mariah pergi ke London.Man harap kita janganlah selalu berjumpa kerana
Man tak mahu tunang Man salah sangka”.
Mariah terkejut lalu berlinangan air matanya membasahi pipi.
“Kenapa,Man tak bagi tahu Mariah tentang semua ini?”.
Azman dengan selambanya menjawab.”Bukan Man tak mahu bagi tahu Mariah
tetapi,Man takut Mariah akan kecewa terhadap Man. Man tahu Mariah ada hati
pada Man.Tetapi,Man sudah memilih Suraya sebagai tunang Man”.
Mariah,terus berlari balik kerumah dengan meninggalkan Azman.

Seminggu Mariah tidak keluar rumah.Hanya menangis siang dan malam memikirkan nasib yang menimpa dirinya. Satu hari,Mariah mendapat berita bahawa tunang Azman menghidap penyakit buah pinggang.Mariah terus menelefon Azman untuk menanyakan khabar keadaan tunang Azman.
“Man, macam mana keadaan Suraya?\’.
“Dia semakin kritikal dan hanya mampu bertahan selama 3 tahun sahaja”.
Mariah cuba menenangkan Azman dengan menasihatinya.
“Man, sabarlah kita perlu menerima takdir Ilahi”.
“Tapi,Man sayangkan dan mencintai dirinya”.
Mariah hanya mampu menahan air matanya melihat sahabatnya begitu.Mariah
dengan hati terbuka berjumpa dengan doktor yang merawat Suraya.
“Doktor,bagaimana keadaan pesakit yang bernama Suraya?”.
“Setakat ini,keadaan beliau dalam keadaan yang kritikal”.
“Doktor,boleh saya mendermakan sebahagian buah pinggang saya kepada
Pesakit?”’
Dengan perasaan terharu,doctor Zakariamenerima tawaran Mariah.
“Baiklah,tapi kita perlu membuat ujian darah terlebih dahulu”.
“Baiklah doctor,tapi bolehkah doctor merahsiakan perkara ini?”.
“Baiklah”.

Seminggu sudah berlalu, ujian darah sudah diketahui oleh Mariah.
Mariah bersyukur kerana takdir menyebelahi Mariah kerana dapat
mendermakan buah pinggangnya kepada Suraya.

Pembedahan buah pinggang Mariah dan Suraya tidak diketahiu oleh kedua-dua pihak Suraya dan
Azman.Pembedahan akan berjalan lusa.Mariah berjumpa dengan Azman.
“Mesti hati Man legakan sebab Suraya sudah dapat penderma buah
Pinggang”.
“Syukur alhamdulilah.Ada apa Mariah hendak jumpa Man?”’
“Tak ada apa-apa.Mariah hendak beritahu bahawa Mariah akan bertolak ke
London esok”.
“Cepatnya,tunggulah selesai pembedahan tunang Man dahulu”’
Mariah hanya tersenyum kecil.
“Man,Mariah perlu pulanh awal kerana Mariah mendapat tawaran bekerja
Disana”.
Mariah terpaksa berbohong agar perkara ini tidak akan dibau oleh Azman.
“Tidak mengapalah kalau itu yang Mariah mahukan.Man tidak boleh kata
Tidak”.

Hari yang dinantikan sudah tiba.Mariah dan Suraya sudah ditolak masuk kekamar bedah.Dengan
perasaan gemuruh Mariah,doktor Zakaria cuba menenangkan keadaannya.10 jam berlalu dan akhirnya
pembedahan berjaya dengan lancarnya.
“Tahniah,pembedahan telah berjaya.”.
“Terima kasih doktor.Tetapi, siapakah insan yang sudi menderma buah
pinggangnya pada tunang saya?” .Azman bertanya tanpa rasa curiga.
“Maaf,saya terpaksa merahsiakan semua ini.Biarlah anda sendiri yang
tahu”.
“Bagaimana keadaan penderma?”.
“Penderma banyak kehilangan darah dan sudah menghadap Ilahi sebentar
Tadi.Kami tidak dapat menolak kehendak Allah untuk menyelamatkan
dia..Oh ya!ada sepucuk surat untuk cik Azman”.
Doktor Zakaria menghulur surat itu kepada Azman dan berlalu pergi.Azman pula
dengan perasaan ingin tahu apakah isi tersirat dan tersurat didalam warkah itu.
Azman membuka warkah itu dengan perlahan-lahan.

Kehadapan sahabatku,

Azman, apabila Man membaca warkah ini,mungkin Mariah tidak ada lagi di muka bumi ini.Maafkan Mariah kerana terpaksa berbohong pada Man bahawa sekarang ini Mariah berada di London.
Mariah lakukan ini kerana Mariah sayang akan Man dan mencintai Man dengan sepenuh hati Mariah.Mariah ingat apabila Mariah kembali ke tanah air semula Mariah akan dapat bersama Man.Tetapi,takdir tidak menyebelahi Mariah kerana Man sudahpun memilih calon yang sesuai untuk dijadikan pasangan hidup Man.Mariah hanya redha dengan ketentuan Ilahi ini.
Mariah berharap bahawa Man akan menjaga Suraya dengan baik sekali.Jangan mensia-siakan Suraya.Sampaikan salam sayang dan kasih pada kedua-dua keluarga Man dan Suraya.
Sampai disini sahaja warkah yang Mariah mampu coretkan pada Man.Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran Mariah dalam hidup Man sebagai teman dan sahabat .Diharap kita akan berjumpa lagi dialam yang kekal sana.

Sahabatmu,
MARIAH

Azman terpaku dan terduduk serta secara tiba-tiba air matanya mengalir dengan deras. Dia tidak sangka bahawa sahabatnya itu sanggup mengorbankan kerjayanya demi sebuah persahabatan yang amat bermakna dalam dirinya.Azman bangun dan terus melulu masuk kekamar bedah melihat Mariah.Dia tergamam kerana insan yang dahulunya istimewa dalam hatinya kini tebaring kaku dihadapannya.Azman hanya mampu mengucup dahi sahabatmnya
Dan hanya berdoa agar Mariah akan ditempatkan dengan orang-orang yang beriman.Amin

Satu Respons

  1. pengorbanan kasih buat seorang sahabat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: