Novel : C.I.N.T.A 8

Dania Syakira
http://www.niakyra_93@yahoo.com

Hatiku jadi tidak keruan apabila perkataan tunang dikeluarkan dari mulut mungil Balqis.Ahhh….betulkah dia hendak bertunang?Kenapa dia tidak beritahu aku?Tapi,apa hal pulak dia kena beritahu aku,kami berdua belum sah jadi pasangan kekasih lagi.Huh!!!Kalau betullah Balqis ni bakal tunangan orang dalam masa tiga hari ni…..aku sendiri tak dapat bayangkan bagaimana keadaan diriku nanti….
“Ha….dah sampai pun!!,”.Balqis tersenyum.Emm…senyuman yang paling manis pernah terukir di bibirnya.Adakah dia bahagia untuk bertemu dengan keluarganya atau tidak sabar untuk meneruskan pertunangannya???Aduh……..sakitnya hati aku.Kalaulah iman aku tak kuat,mahu sahaja aku bawak Balqis lari ke sempadan.Kedah dengan Siam dah dekat,boleh aku kahwin dengan Si Balqis disana…..
“Awak tak nak turun ker Kim??,”.Balqis mengajakku turun dari kereta.Kalau kelmarin,aku excited nak jumpa family Balqis,kini semuanya dah hancur luluh.Hatiku remuk,berkecai bak dilanda tsunami…huh!!Jiwangnya!!
“Kak Qis!!!!!,”.Seorang budak lelaki dalam lingkungan sepuluh tahun keluar dari rumah dan berlari mendapatkan Balqis yang masih ada di dalam kereta.Mungkin lelaki tersebut adik Balqis.Kemudian,terdapat seorang lagi lelaki turun dari tangga rumah papan tersebut.Umur lelaki itu mungkin sebaya dengan adik perempuanku.
“Kim??,”.Balqis masih menanti jawapanku.
“Tak pelah Qis,Kim ingat nak pergi cari hotel dekat-dekat sini.Kim nak rehat,esok Kim nak melawat tapak projek,”.Nak tak nak,aku menolak juga pelawaan Balqis.
“Kak Qis??Kak Qis bawak balik boyprenn ka???,”.Amboi…pandainya budak ni..Takkan kakak dia nak bertunang minggu ni,masih nak mengusik lagi.Kesian Balqis….kalau bakal tunang Balqis denqar,mampus aku.Hidungku yang mancung ni sure penyek!!!!!!!!!Huh!!!
“Kalau macam tu tak apalah Kim,tima kasih sebab hantar saya balik kampung,”.Takkan terima kasih aje kot…tak nak jemput saya ke majlis pertunangan nanti ker???Sampai hati,tapi kalau Balqis jemput pun,aku takkan datang….takut pulak kalau aku hancurkan kenduri tu….frust punya pasal,macam-macam bolah jadi..
Balqis keluar dari perut keretaku.Emm…beg dia berat,lebih baik aku tolong angkat.Tunjuklah ke\’gentleman\’nan aku sikit.Jangan buat muka frust….hodoh!!!Aku turun dari kereta…
“Qis….!!!,”.
“Mak!!!Nek!!!!,”.Balqis meluru mendapatkan maknya dan juga neneknya.Tangan kedua-dua orang tua itu disalaminya.Sopannya Balqis ni…bertambah cair hatiku…
“Sapa tu Qis????,”.Nenek Balqis menyoalkan tentang diriku.
“Oh…itu bos tempat keja Qis!!!,”.
“Assalamualaikum mak cik!!!,”.Tunjuk sopan sikit…mana tau ada rezeki jadi menantu….
“Waalaikummusslam….mai la naik dulu!!,”.
“Tak per la mak cik…saya hal yang perlu diuruskan,”.
“Emm…Kim…ni mak saya,orang sini panggil dia Mak Kiah….ini pulak nenek saya,Nek Jah!!,”.Balqis memperkenalkan satu persatu ahli keluarganya.
“Ini pulak adik-adik saya..Yang kecik ni namanya Aiman,yang tinggi ni,namanya..Amirul…….Man!Mirul!Salam ngan Abang Kim!!!,”.Sebaik sahaja mendengar perintah kakak mereka,kedua-duanya menyalamiku.Terharu aku kalau ada adik-adik macam ni….
“Mai la pekena kopi dulu ka….makan cok kodok nek buat….dok panas lagi tuu…mai masuk meh!!!,”.Baiknya nenek Balqis ni….tapi,hatiku dah tak tahan ni….macam nak merembes keluar air mata terkenangkan status Balqis….Daripada aku ternangis depan diorang,lebih baik aku caw!!!!!!
“Minta maaflah nek…saya nak cepat ni nek!!!!,”.Nak cepat kepala hotak kau Kim!!!Tapi tak per…tipu sunat!!!!
“Kalau lagu tu,bawak kereta baek-baek tau…,”.Ujar Mak Kiah.
“La…abang Kim,mai la masuk!Kami nak kawan dengan abang Kim ni…,”.Aiman memujukku supaya masuk ke rumah papan dua tingkat mereka..
“Tak pelah Man…lain kali eh!!!Kalau abang Kim dijemput,nanti abang Kim datang masa kenduri pertunangan kak Qis…okey?,”.Sengaja aku membangkitkan hal pertunangan Balqis.Manalah tahu,dia betul-betul menjemputku ke majlis tersebut..
“Hah!!kamu nak tunggu majlis pertunangan Qis,jangan haraplah!!!Bila masa pun mak cik tak tau lagi!!!,”.Eh???Iye ke??hatiku berbunga kembali..
“Ntah!!!Kak Qis nak bertunang dengan sapa???Orang nak megorat pun,dia cabut lari!!!!!Nak bertunang??Lawaknya….,”.Tambah Amirul.Dia ketawa berdekah-dekah.”Adoi!!!!,”.Cubitan ketam Balqis singgah pada lengan Amirul.
“Tadi Qis cakap…dia nak bertunang!!!,”.Aku nak memastikan kenyataanku betul.Mataku tepat memandang Balqis,wajahnya merah menahan malu.Aku sabar menanti jawapan bagi persoalanku….
“Hang jangan dok percaya dengan Si Qis tu…Dia memang lagu tu…Perangai dia asyik dok bohong orang ja..!!,”.Nek Jah memberitahu hal sebenar.Fuhh!!!Lega!!Sah balqis tipu aku lagi.Aku ni pun dungu.Selamber rock aje aku percaya kata-kata Balqis.Masuk ni dah dua kali aku kena tipu dengan Balqis mengenai statusnya.Sabo jer laaaa…
“La…Qis saje aje nak usik Hakim ni!!Tak tau pulak yang dia percaya Qis bulat-bulat!!,”.Balqis mempertahankan dirinya.
Vrooommmmm…vrooommmmmm.
Sebuah kereta Wira masuk ke perkarangan rumah Balqis.Setelah kereta diparkir,dua orang lelaki keluar.
“Ayah!!!Atuk!!!,”.Balqis mendapatkan ayah dan atuknya.Dia menyalami mereka.
“Ayah dengan atuk sihat??,\’.
“Ayah sihat!!!!Ayah ingat nak pi ambik Qis kat stesen tadi…tengok-tengok Qis dah balik!!Tak jadi arrr,”.
“Hang balik naik apa Qis!!!Naik teksi ka????……..Aik,tu anak teruna mana hang bawak balik tu????,”.Atuk Balqis memandangku.Dia berjalan menuju kearahku.Wajah atuknya serius semacam.Ketaq lutut aku…..Rasa macam nak terkucil pun ada….
“Assalamualaikum…..,”.Eh,bagi salam kat aku ker???……..
“Waalaikummussalam.,”.Jawabku acuh tak acuh…
“Hang ni orang Kolompo ka??,”.Atuk Balqis yang berkopiah putih berminat untuk mengetahui asalku…
“Ye..saya orang KL!,”.
“Ooooo…orang KL.Orang Kolompo ka???,”.Aik????
“Ye saya orang KL…Asal sana sejak kecik lagi…,”.Layan je laaa
“Tu ka???Orang Kolompo????,”.Aik….atuk ni tanya aku lagi,aku dah jawab,dia tanya aku lagi….???
“Tuk!!!KL tu Kolompo laaaa….,”.Aiman memberitahu Atuk..Fuhh!!!Aku ingat aku yang silap beri jawapan..Selamat!!!!Risau jugak aku.
“Oooooo Tuk lupa….Mai masuk meh!!!Pekena kopi nek hang ni,fuhh!!!!Power!!!!!,”.Atuk ni baik jugak eh??Alang-alang orang pelawa,lebih baik aku terima.Rezeki jangan ditolak.Tadi mungkin aku tolak,sekarang aku takkan lepaskan peluang.Qis masih solo…so,aku on balik!!!!Yahooo!!!Bibirku terukir senyuman….Aku memandang Qis..Dia menundukkan wajahnya..Malulah tu…
“Yang hang dok sengih tu pasaipa???Cepat masuk!!!Hujan nak turun tu!!!!,”.
“Ye tuk!!!!,”.
Kami semua melangkah masuk ke dalam rumah.
—————————-

Aduh!!!!Kenapalah atuk boleh terpikat dekat si Hakim ni????Satu family aku jatuh hati padanya.Ilmu apa yang dia guna pun aku tak tahu!!!Aku geram betullah.Atuk boleh benarkan Hakim tinggal di rumah kami sepanjang tiga hari ni.Huh!!!!Aku terpaksalah menjaga fitrahku sepanjang masa Hakim berada di dalam rumah ni…Tapi,hahahahah..aku tahu,sure dia takkan tahan dengan kerenah atukku itu…..Just wait and see.(^-^)

—————————-

“Hakim,nama yang indah!!!Hang tau maksud nama hang???,”.Atuk menyoalku ketika kami baru selesai solat Asar.Kemudian kami menjamah kuih cok kodok…istilah lain bagi cucur tu aku tak pasti…
“Tahu…bijaksana!!!,”.
“Ha tau pun…..tuk memang berkenan dengan nama tu…First time atuk dengaq nama hang,atuk dah jatuh hati.Ada chance nak jadi menantu atuk nih!!!!,”.Waduh!!!!Yippy!!!!!Gembiranya aku…Rasa bagai nak melompat aje…tapi…aku coollll!!!
“Nama penuh hang apa????,”.
“Nama penuh saya Carl Hakim Ezairy!!,”.
“Hah???Apa dia???,”.
“Carl Hakim Ezairy,”.
“Oooooo…..carl tu manatang apa??Tuk tak penah dengaq pun!!!,”.
“Nama family sebelah papa saya…kami kacukan Belanda!!,”.
“Fuyooooo!!!!,”.Terkejut aku….Atuk ni tak de sakit jantung ker…??Boleh jerit-jerit!!Takut aku…
“Hang ni mat salleh celup la maknanya…???,”.Aku mengangguk.
“Baguih….cicit atuk mesti comey nanti!!!,”.
“Atuk…ape ni????,”.Kedengaran suara Balqis.Rupanya dia mengintip perbualanku dengan atuk.
“Dah ehhh….Atuk saja kata!!!!,”.
Balqis mencebik.Alahai,comeynya…..kalau dia jadi bini aku nanti,aku nak cubit-cubit pipi gebunya itu….Dia terus membawa dirinya ke dapur.
“Hang suka kat Qis dak???,”.Ayoo…atuk ni macam tau-tau jer…
“Emm….saya sebenarnya….,”.
“Tok sah dok ketaq la…..,”.
“Saya suka tuk!!!!,”.Terkeluar juga ayat tu….Fuhh!!!
“Hang nak nikah dengan dia???,”.
“Kalau ada jodoh,saya nak kahwin dengan Qis tuk…tapi kalau tak de jodoh.Saya redha tuk!!!Mungkin ada lelaki lain yang lebih baik untuk dirinya…,”.Amboi!!Pandai betul aku menutur kata..Nak ambil hati bakal mertualah katakan!!!!!
“Hang lulus!!!!,”.
“Lulus apa tuk?,”
“Lulus pusingan pertama!!!Nak jadi cucu menantu lelaki sulong keluarga ni kena lalui ujian!!Kalau lulus baru boleh kahwin!!Dari firasat atuk,atuk tau hang suka kat Qis,sebab tu atuk nak test hang!!!!,”.Bagus betullah atuk nih!!!Boleh scan hati aku pulak tuh…
“Emmm…..hang ni mengaji Quran khattam berapa kali??,”.
“Dua tuk…..,”.Hahahaa….gagap aku nak menjawabnya.Pertama kali aku khattam Quram sewaktu umur aku lima belas tahun.Arwah nenek yang paksa aku habiskan khattam Quran sebelum aku tamat tingkatan tiga.Aku ni liat sikit bab agama.Kali kedua aku khattam ,time aku belajar di UK.Lima tahun di UK,baru khattam sekali…Huh!!!
“Hah???Baru dua kali…Ish!Ish!!Ish!!Hang tau dak Qis dah khattam berapa???,”.
“Berapa tuk?,”.
“Lima kali!!!!,”.Uih!!!!Manyaknyer!!!Malu aku!!!!
“Tapi tak pa….asalkan hang ikhlas….,”.Nasib baik!!!
“Atuk nak mintak tolong sikit boleh tak???,”.
“Tolong apa tuk???,”.
“Tolong jadi imam solat Maghrib nanti!!!!,”.
HAH???????????????????IMAM???????????Aku ni tak de experiance jadi imam seumur hidupku…Ya Allah…kerdilnya aku…
“Boleh tak?????,”.Soal atuk untuk kali kedua…
Aku mengangguk…..
MAMPUS AKU!!!!

Advertisements

4 Respons

  1. lawakla…best!!!!cptla sambg cita nih..

  2. Best r citer nie..Cpt la wat smbngnyer..X sabor nk tunggu nie..

  3. BESTNYER CITE INI CEPATLAH SAMBUNG.X SABAR2 NAK BACA SAMBUNGAN CITE INI.

  4. ~~lalala..cpt smbung..cpt smbung…nk thu cmne dia kna test ngn atuk..hee..best2!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: