Novel : Cinta Yang Tidak Pasti

Nina Syafiqah
Put3_nina@yahoo.com

Aku terlampau taksub membenci lelaki sehingga aku berani mempermainkan hati lelaki-lelaki yang mungkin terlampau mencintai aku??..Cinta..perasaan yang paling indah dianugerahkan Allah kepada hambanya yang hina ini…adakah aku sudah layak berbicara mengenai cinta??..atau sekadai sebuah perkataan yang tidak mempunyai makna??…argh…persetankan semua perkara seperti itu…aku tidak mahu memeningkan kepalaku yang sudah kusut ini…aku keliru…takut…gembira…semua perasaan wujud dalam perasaan aku..tapi aku tak tahu macam mana hendak menyelesaikan segala masalah yang wujud…

Hanya seminggu saja keputusan PMR akan keluar…gerun juga apabila memikirkan perkara ini…tapi lebih menggerunkan hati aku tatkala hati ini mula disayangi tiga orang lelaki dalam satu masa…Wafri,Farid,Zulnazmi…aku sendiri tidak dapat menyatakan siapa yang ada dalam hatiku…aku rasa aku terlampau muda untuk mengenal apa itu cinta…tapi…cinta tak kenal usia…jantina mahupun kedudukan…aku hanya budak perempuan yang hidupnya sedang diuji oleh allah…aku teringat waktu sebelum aku mula mengenali apa itu cinta..

(**~~**)
“Zalea…kau rasa Ery ada awek tak?”soalku perlahan ketika Teacher Teoh sedang menerangkan formula matematik.

“Who?you mean Wafri?”soalnya kembali.

“Of course him…ada tak?”ujarku dalam masa yang sama tanganku ligat menulis kesemua formula yang ditulis oleh Teacher Teoh di papan putih.

“I’m not sure about that…but from rumour he likes someone in this class..hurm..i’ve forgot her name but that girl group dengan Fatin Zalikha a.k.a perempuan jalang…hekhekhek”kami terentak ketawa apabila sebut tentang Fatin…bukan aku sengaja memanggil dia begitu…tetapi hanya kerana satu insiden…dan sikap aku yang begitu sensetif membuatkan aku senang terusik…telah menimbulkan suatu pertelingkahan…Teacher Teoh mula memandangku…aku mengangkat kedua-dua belah tanganku tanda meminta maaf.

“Ya!!..i know about that rumour..and the girl is Syuhada the most polite girl in this class..not bad..hey!!why i always got clumsy Teacher!!”rungutku.

“Kite memekak…sure arr dia bising..”ujar Zalea.

“Lagi 10 minit nak rehat…lepas tu bebas kita untuk hari ni…”ujarku dalam tawa…aku menghentikan perbualan kami setakat itu…lantas menyalin kesemua nota yang ditulis.

“Kringgggggggggggggggggggggggggggggggggg”

“Great..Shima tak ada…so apa lagi cepat lah”ujar Zalea.

“Stand Upp…Thank you Teacher”ujarku diselangi dengan semua nada pelajar kelasku…setelah itu aku dan Zalea berpimpin tangan keluar dari kelas…mataku ligat mencari Niza…

“Zalea… Niza mane ha?”soalku kepada Zalea.

“Maybe bertugas dekat kantin?”Jawabnya kembali…dalam perjalanan aku ke kantin sekolah…aku ternampak Fazli,Hazmin,Wafri…oh!my god…si Zalea ni sure nak menggedik dekat diorang punya.

“Weih kenapa kau ni sombong sangat?”soal Warfi sambil memerhatikan aku.

“Biar lah…kau sibuk apa…”ujarku perlahan tetapi tegas…lantas aku menarik Zalea yang masih berkepit dengan Hazmin.

“Zalea…kenapa kau suka berkepit dengan orang yang aku tak suka…dah nak habis rehat ..cepat arr makan..”ujarku..

Begitulah hari-hariku…dihujani dengan segala masalah…argh…kadang kala aku terlampau bosan dengan semua ini…diam tak diam…aku sudah pun menjadi awek Wafri…lelaki yang aku paling meluat dengan sikap kelam kabutnya tapi aku juga yang minta dia jadi balak aku…itu pun atas belas ehsan Niza menolong aku…tolong minta number dia jer…tak lebih…masuk esok…sudah hari ke empat percubaan pmr…tapi aku masih tak berubah lagi…aduhai…setiap malam aku bermain sms bersama Wafri…aku tak pernah mempersoalkan dengan siapa dia keluar pekan atau apa-apa saja tentang kehidupannya…aku percaya…bila aku setia…dia juga akan setia…sehinggalah hari esok muncul…segalanya terbongkar…

“Yes!!esok hari last percubaan…Bestnya…”ujarku kepada Kartika dan Hazreen…tiba-tiba Zalea menarik Kartika…aku hanya membiarkan dan terus bersembang dengan Hazreen…Zalea menarik kerusi dan duduk bertentangan dengan aku..Kartika juga begitu.

“Maisarah..aku nak terus terang dengan kau…tapi kau kena janji dulu yang kau tak akan marah..”ujar Zalea.

“Cakap lah…aku tengah happy ni…better ko cakap sekarang..”ujarku dalam tawa.

“Aku nak beritahu sebenarnya Ery couple dengan squickward…and aku tahu sebab aku nampak diaorang date..aku ada tanya dia…kenapa dia buat kau macam tu…kau nak tahu dia jawab apa??dia kata dia dah tak cintakan kau…dia cuma sayang kat kau je..”ujarnya lagi…bagai halilintar membelah bumi…air mataku mengalir ..oh tuhan…dugaan apakah yang kau berikan kepada ku..

“Ko jangan menangis macam ni Maisarah..aku just nak ko tahu kebenaran…”ujar Zalea sambil menggenggam erat tanganku..

“Apa salah aku Zalea…sampai dia buat aku macam ni…aku setia dekat dia…aku serahkan seluruh kepercayaan aku…kenapa dengan begitu mudah dia musnahkan…kenapa!!aku tinggalkan semua balak chat aku semata-mata kerana dia..kerana dia Zalea…senangnya dia buat aku macam ni Zalea…”ujarku dalam sedu…mujurlah ketika itu waktu persekolahan sudahpun hampir tamat dan pelajar lain semua sibuk berada di meja guru kerana ketika itu guru geografi kami sedang menanda kertas soalan kami..

“Aku tak tahu…aku minta maaf sebab rahsiakan perkara ni dari kau..dia dah janji dengan aku yang dia akan putus dengan squickward..tapi sampai hari ni dia tak putus-putus lagi dengan squickward…aku tak sampai hati tengok kau diperbodohkan…selama ni dia keluar pekan dengan squickward…aku diam je..sebab dia dah janji dengan aku…tapi..macam ni pula dia buat..aku minta maaf Maisarah..”ujar Zalea lagi…Kartika dan Hazreen cuba menenangkan aku..setelah lama aku mengugurkan air mata..aku meminta Zalea menemaniku ke tandas untuk mencuci muka..setelah kami keluar kelas…kami terserempak dengan Hazmin..lantas aku memanggilnya…

“Ha??kenapa?”soalnya..

“Zack…tolong terus terang dengan aku…betul ke Ery couple dengan Aisyah??”ujarku dalam sedu…wajahnya berubah seketika..

“Mana ada…tak ada…”ujarnya selamba..

“Cakap betul-betul Zack…”soalku lagi..

“Betul lah…kenyataan…”ujarnya selamba…aku hampir terlupa yang aku sedang bertanya dengan Raja Segala Penipu…mustahil dia akan cakap benda yang betul…lagi-lagi Wafri tu kawan baik dia..bodohnya aku!!..belum pun sempat Zalea membuka mulut..aku kemudiannya menarik Zalea menuju ke tandas…aku benci Wafri!!!Sejak itu aku berjanji akan membalas ape yang dia buat..aku tidak akan setia lagi…begitu senang kau memusnahkan hatiku…aku akan balas…kau hanya perlu tunggu…berbulan-bulan kau memperbodohkan aku…aku bukan lagi Maisarah yang setia… Maisarah itu tidak akan muncul kembali..jangan kau menyesal dengan apa yang telah kau lakukan…kerana itu adalah apa yang kau sendiri inginkan Wafri..kasih sayang aku hanya barang mainan kau…aku sudah jemu menanti kasih yang tidak pasti…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: