Novel : Kau Ku Cinta 2

Nina Syafiqah
Put3_nina@yahoo.com

“Awak nak apa datang pagi-pagi ni Reza”ujarku dengan memandang tepat ke arah wajahnya..

“Lisa…saya call awak tak jawab…saya messange awak tak balas..kenapa awak buat saya macam ni Lisa..Kalau Lisa rasa Lisa tak perlukan Reza dalam hidup Lisa terpaksalah Reza mengundur diri”ujar Reza lalu melepaskan keluahan yang kedengaran amat berat…

“Reza…memang awak kena undurkan diri sebab saya telahpun menjadi tunangan orang”ujarku dengan tenang sambil memandang tepat ke arah anak matanya..

“Huh??!!..semestinya awak sedang bermain kata-kata dengan saya,Lisa”Reza yang kelihatan tenang tampak gelisah ketika itu.

“Siapa yang bermain kata-kata dengan awak!!saya tidak pernah menabur harapan untuk awak memiliki saya!!dah berapa kali saya beritahu..awak tak akan berjaya memiliki saya!!berapa ribu kali awak nak suruh saya ulang…AWAK TAK AKAN BERJAYA MEMILIKI SAYA!!!awak faham tak!!”ujarku dengan nada yang kedengaran marah.

“Awak..tolonglah jangan buat saya macam ni ..hidup saya tak akan sempurna tanpa awak…saya mencintai awak seikhlas hati saya Lisa..tak mungkin tak ada lansung sekelumit rasa cinta untuk saya di hati awak Lisa…”Reza kemudiannya menggenggam erat jari jemari aku..aku meronta meminta dilepaskan..aku tak suka diperlakukan sebegitu..kini aku tidak dibenarkan melakukan sesuatu perkara sesuka hati lagi!!..

“Apa yang kau buat !!”jeritan Luqman sekaligus membuat aku terkejut lalu menyentap tanganku dari genggaman Reza..

“Kau siapa untuk bertanyakan perihal kami..”Ujak Reza dengan selamba..

“Kau tanya aku siapa??dipersilakan tanya pada tuan punya tubuh sendiri…siapa aku dalam hidup dia…”Reza membuat mimik muka meminta kepastian..aku melepaskan satu keluhan yang berat…

“Dia tunang saya…Luqman..”ujar aku dengan lambat..serentak itu Luqman menyampuk..

“And both of us love each love…”Ujar Luqman seraya itu dia memeluk erat bahuku..

“Nampaknya saya sudah terlambat untuk menakluki hati awak..saya…harap awak bahagia…”Reza berlalu begitu sahaja..aku kemudiannya menyuruh Luqman melepaskan bahuku..

“Abah mana??”soalnya sambil mengambil tempat duduk berhadapan denganku..

“Abah pergi Johor…cawangan dia dekat sana ada problem..awak tunggu sekejap…saya nak pergi buat air..”ujarku..

“Eh??…kenapa tak suruh Makcik Mawar buat??..”soalnya sambil mengerutkan dahi…kebiasaannya perkara-perkara sebegini memang sudah menjadi tugas Makcik Mawar untuk melaksanakannya..

“Makcik Mawar buat kenduri kahwin anak dia yang bongsu hari ni..Makcik tak jemput awak ke??..bukan ke saya dah beri awak kad jemputan minggu lepas??..”ujarku lagi..

“Oh ya..baru saya teringat..awak pergi dengan siapa Lisa??”soalnya..

“Sorang…nak pergi dengan siapa lagi..cadang nak pergi dengan abah..tapi dah dia pun ada hal..nak buat macam mana..tapi tak apa..sebab lepas balik dari kenduri Makcik saya terus nak pergi Jusco sekejap..”ujarku..

“Kalau macam itu…boleh kita pergi bersama..lepas itu…saya hantar awak dekat Jusco…sebab saya pun ada hal…”ujarnya…aku hanya menurut…setelah aku bersiap…kami pergi ke villanya sebentar untuk dia menyalin pakaian..dan dia mengajak aku masuk ke dalam villanya kerana umi dan ayahnya ada di rumah..

“Assallamualaikum”ujarku…ketika itu kelihatan Dato’ Jazran,Datin Umairah,Faizal,Rizwana, sedang bersarapan..mereka menjawab salamku kemudiaan aku menyalami mereka..

“Jom lah makan dengan kami Kak Lisa..”ujar Rizwana.

“Terima kasih ye…akak dah makan sebelum datang sini…”ujarku..Makcik Zahirah mengulurkan cawan berisi kopi kepadaku..aku menyambutnya kemudian menyalami tangan Makcik Zahirah..dia kemudiannya berlalu..

“Pakcik dengan Makcik apa khabar??”soalku..

“Kami sihat selalu…abah kamu tu sihat ke??dah lama dia tak kesini..”ujar Dato’ Jazran.

“Abah sihat pakcik..kebelakangan ni dia sibuk dengan urusan pejabat..sekarang ni pun dia ada dekat Johor sebab cawangan dekat sana ada problem..”ujarku dengan senyuman..
“Oh ye ke…abah kamu tu buat-buat sibuk sebab rindukan ibu kamu lah tu..”ujarnya dengan tawa…

“Ye lah kot ..”ujarku dengan perlahan..Datin Umairah dapat menangkap perubahan wajahku menyiku lengan Dato’ Jazran.

“Lisa..datang lah sini selalu..makcik bosan duduk dekat rumah ni…Rizwana ni sibuk dengan study je…Abang Faizal kamu ni pula sibuk dengan kerja dekat pejabat…balik rumah je anak beranak ni mula la cakap pasal pejabat je 24 jam…”rungut Datin Umairah sambil menjeling ke arah suaminya..serentak itu kami semua ketawa..aku tertunduk kerana dari tadi aku lihat Abang Faizal memerhatikan gelagatku..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

w

Connecting to %s

%d bloggers like this: