Cerpen : Setelah Semalam

uyul
amiryein_nice@yahoo.com

Wajah Batrisyah masih sugul.Hatinya remuk.Namun dalam diam dia rela akan apa terjadi.
Farid,lelaki pertama yang bertakhta di hatinya itu terpaksa direlakan pemergiannya.Dia akur dengan ketentuan,dia tak mahu Farid derhaka pada Uminya.Semalam baru sahaja mereka bergurau senda,tapi kali ini dia terpaksa meminta Farid meninggalkannya.

“Semua ni sebab lukisan tu…”rintih Batrisyah dalam hati.Mungkin jika dia tidak berdegil menghantar lukisan potret gambar Farid semua ni tak mungkin terjadi.Namun semua sudah jadi bubur.Hari ini Farid melayannya teruk.Dia dimaki.Seoalh orang tak dikenali.
“Hei perempuan…kan aku dah cakap…jangan hantar apa-apa dekat kampung aku..”
“abang…Sya tak da niat nak susahkan abang,tapi hari tukan abang yang minta isya lukiskan gambar abang..”
“ah…aku peduli apa..”
“sampai hati abang..”
“sengaja kan nak porak perandakan hidup aku?”
“sekarang dah puas?”
“Umi aku dah buang aku..”
“kalu aku masih kawan kau dia tak mengaku aku anak dia…kau suka kan?”
Batrisyah kelu.Sampai begitu.Hatinya sakit.
“Peremouan murah…jangan kacau keluarga aku lagi..FAHAM!!!” Batrisyah tersentak.Suara Farid menjerkah buatnya terkejut biarpun hanya berbual dalam telifon.
“isya…relakan kita putus..terimalah pilihan umi abang..kita hanya bercinta..kita tak da apa-apa..isya maafkan semua salah silap abang..isya harap abang maafkan isya”
“aku tak perlu semua tu bodoh…Aku benci kau sangat-sangat..”
“sampai hati abang..Isya anggap abang terbaik selama ni..”
“sudahlah,tak payah jadi ustazahlah…Anak umi semua boleh pergi luar negara..tak payah pandai-pandai kau ajar aku..”
Batrisya diam.
“tak pellah kalau abang rasa isya yang silap..andai nanti abang tanyakan lagi…Isya tak mahu terlalu banyak kali cakap yang isya dah maafkan abang..”
“Wei perempuan…kau pergi mati lah!”
Batrisya terkesima.Hentakan telifon dan serentak talian terputus.

Sampai hati Farid.Rintih Batrisya.
Dia sedar akan kekurangan dirinya,bukanlah dari keluarga berada,bukan cantik,bukan bijak dalam pelajaran,tapi tadi Farid bermain dengan Maruahnya.Dia jadi benci pada lelaki itu.
Dalam dia memaksa melupakan Farid.

—————————————

“isya..kau jangan menangis k?”
Batrisyah pandang wajah Erna dalam kebingunggan.
“Farid dah tunang..”
Batrisyah diam membisu.Bibirnya pucat.Mengapa kawannya mengingatkan kembali nama itu.Ah…hatinya tiba-tiba sakit.
“Kau ok?”
Batrisyah mengangguk tapi dia tak dapat menahan dan menangis.
“sabarlah..”
“dia dulu tak cintakan akau…dia bermain dengan kata cinta…Aku yang buta..Kalau dia cintakan aku dia tak takut walau apa rintangan..”
Batrisyah cuba menaikkan senmangatnya.
“Isya…dia dayus..”
“”aku nak buktikan,aku tak nak bergantung pada siapa..bukan macam dia yang bergantung harta keluarga dan belagak ada segalanya..”
“baguslah..”
Batrisyah menyeka Airmata.

————————————-

7 tahun kemudian.

“hai Dr…ape khabar?”usik amir.
“alahai awak ni Amir..mengadanya…”
“nak manja pun tak boleh..”
“Manja apa benda..macam nak mengatal je..”
tapi Zamri tidak ambil pusing.Amir suka menyakat Doktor bernama Batrisyah itu.Biarpun umur doktor dan dia tidaklah jauh.cuma dia muda 6tahun dari doktor itu.Dari wajah doktor itu dia pun tak menyangka doktor itu sudah pun berumur 28 tahun.
“ceria hari ini Doktor?”
“Amir..saya kan dah cakap,malulah kalau awak panggil doktor..”
“Panggil doktorpun nak malu..karang i pannggil sayang jangan tanya kenapa..”usik Amir
“Mula lah nak jadi ulat bulu..”
“Alahai dengan Isya je..”
“Ngada…”Batrisya senang dengan Amir
“Hari ni tak pergi office?”
“Malas..”
“Pulak…”
“Kita keluar nak?”
“Mana?”
“Adalah..”
“Orait jugak..”
Batrisyah pun berkemas.Dia mengenali Amir sewaktu di airport.Amir pengsan tiba-tiba.Mujur dia ada ditempat kejadian.Dialah yang menyelamatkan Amir.Amir waktu itu diserang asma.
Bunyi hon mematikan lamunannya.
Batrisyah mengenakan blaus biru,dan bertudung litup.Warna biru laut itu menyerlahkan kecantikannya.
Kereta Perdana itu berbunyi lagi.
Batrisyah masuk dengan senyuman.
“Isya…cantik..”
“Thanks..”
Batrisyah malu diperhati begitu.
“apa ni..pandang macam tak pernah jumpa..”
“saje je..”
“kita nak ke mana?”Sengaja Batrisyah ubah topik.
“secret..”
“menyampahnya..”
Amir hanya tergelak nakal.
“Gelak lagi macam tu,karang i keluar karang..”
“Isyah…u cantik bila marah..”
“banyak u punya songgeh”
“I mana makan songgeh,nenek i ada lah…nak jumpa?”
Batrisyah mencegil mata,Amir tergelak.
Mereka sampai di rumah 2tingkat.
“Ni rumah i…sorry tak cantik..”
“buat apa pergi rumah you?”
“adalah..”
“Jangan macam-macam..”
“Isyah..i bukan macam you fikir…i tahu semua tu..lelaki tak semua sama..Buang prinsip negatif you..”
“Tapi_”
“jom..”Amir mengenggam erat jemari Batrisyah,Batrisyah jadi kaget.
“Mak…ni.Isya..Isya ni lah mak mir…”
Batrisyah tunduk dan bersalaman.
“Cantik..Masuklah..”ujar wanita itu ramah.Batrisyah diam seribu.
Dia diperkenalakn seisi keluarga.
“Maafkan Mir..”Amir sengaja mengambil peluang berbicara dengan Batrisyah yang sedang mengelamun.
“tapi kenapa?”
“Mir nak isya tak kekok nanti..”
“Maksud mir?”
“MIr nak isyah jadi suri mir..-“
Batrisyah diam,dia menangis.Amir diam,dia tak tahu ertikan mengapa.Andai kisah silam itu,Amir tahu,tapi dia tak pernah nampak Batrisyah menangis.
“Kenapa ni?”dia serba-salah.Teragak-agak untuk menyeka airmata.
“Tak pernah ada orang cakap macam tu..”
“mir ikhlas..”
“Isya-“
“jangan terburu”Batrisyah mengangguk.

———————————————-

“Dr…ada orang nak jumpa..tapi dia bukan nak check..”
“siapa?”
“katanya..teman lama..”
“Bagilah dia masuk..”
Batrisyah merunggut dalam hati,macam ni pun ada ke?nak jumpa buat lah apoinment dulu..sedap dia aje..
Pintu dibuka,susuk tubuj\\h itu masuk.
“Maaf..isyah…Boleh abang duduk>.”
Batrisyah kaget,macam pernah dengar suara ni..tapi lupa..
“Abang menyesal…”
Batrisyah diam.Dia jadi batu..
“Sudikah isya jadi isteri abang..”
“Abang cintakan isyah..tolonglah..Abang dah tak lama..”
“Abang hidapi HIV..”
Batrisyah makin diam.Farid,benarkah?
“Dia yang buat abang hidapi Hiv..”
“Sekarang kenapa cari Isya..\’
“Abang cuma nak isya jadi isteri abang sementara hayat ada..abang takkan sentuh isya..cuma sudikah isya jadi isteri abang..Abang menyesal..”
Batrisyah mengeleng…
“Tidak..isyah takkan terima abang,Isyah dah ada yang ounya..maaf..”
“Tolonglah..”rayu Farid.
“untuk apa lagi..?”
“Abang tahu isya tunggu abang..”
“Jangan mimpi..”
Batrisyah menekan interkom.
“nurse panggil pengawal..\’
“Sampai hati isya halau abang..”
“maaf…isya dah buang nama Farid dalam hidup Isyah..sekarang Isya bahagia tanpa bantuan sesiapa..”
“maafkan abang..”
“Nurse..panggil pengawal…”
Farid diheret keluar.Batrisyah diam,Entah macammana Airmatanya mengalir.

————————————

Amir memeluk pinggang isterinya,Batrisyah.
“Abang takkan sia kan sayang..”
Batrisyah jadi hiba.Amir mengucup ubun-ubun Batrisyah.
Tiba-tiba telifon Batrisyah berbunyi.
“Isya..ada bad news..Farid kemalangan,tadi Doktor Johan cuba selamtkan dia,tapi tak sempat..”
Telifon w880i terlepas.Serta-merta Airmatanya gugur.
“Abang…sayang bersalah dekat dia..”
Amir hanya cuba menengkan isterinya.
“yang pergi biarlah..janganlah berdendam lagi..”
“semoga rohnya dicucuri rahmat..”

Kenangan..
Kamu buat aku menjadi berhat-hati
kamu buat aku jadi berani
kamu buat aku jadi tabah
kamu buat aku jadi tenang
adanya pengalaman
asalnya amat sukar

kesedihan
sukar kuluputkan
berbanding hari keceriaan
yang datang singkat dan perginya jua singkat
semoga kenangan itu benar-benar mematangkan

terima kasih Harapan

p/s;walaupun seseorang itu telah memusnahkan hati kita,merampas kepercayaan yang ada,tidak kira sebesar mana dosanya,ampunkan dia.Kerana kita tak pasti esok mungkin dia sudah tiada.Nanti,usah kita merasa terlalu menyesal.

3 Respons

  1. memang sukar untuk memaafkan…tapi yakinlah dengan kemaafan itu…hati kamu akan lapang…

  2. memg betul hati lapang setlh memaafkan ttpi tak semudah lidah yang melafazkan.

  3. mudahnya minta untuk dimaafkan..bukan mudah untuk melafazkan…biarlah kemaafan itu lahir suci penuh iklhas bukan paksaan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: