Novel : Bila

orentalez
apex_gonz@yahoo.com

Bunga berputik, taman terbiar:

1998
Asrama:
.
“Kak atien! Cepat la.dah lama atie kat bawah ni” jerit atie dari tingkat bawah.

*bising betul atie ni, dah la aku baru balik latihan hoki, itu pun dikira baik aku nak teman.
aku yang baru usai mandi menarik keluar baju kurung ungu kegemaranku dari almari. Bersiap secepat mungkin.

“mana pika?” soalku sejurus melihat atie sedang menantiku di tangga.

“pika ada di pondok jaga, baru nak hantar kad keluar dia” ujar atie sambil menarik tanganku supaya segera berjalan menuju kearah pika yang kelihatan sedang bercakap dengan seseorang di pondok jaga.

Semakin hampir dengan pondok jaga.kedengaran suara ketawa dan diselangi suara syafiqa yang seperti tidak puas hati.Suka benar meraka mengusik si pika ni.*hehe , biasalah tu,aku pun suka usik dia ni .
Aku dapat menangkap satu suara yang dikenali
“Budak kecik, kamu masuk lambat ye tadi, ‘outing’ seorang je tadi?”
Fatin dan atie meneruskan langkah kearah pika.

” pika, jom” ujar atie.

Semua yang ada disitu diam.*kenapa pulak semua diam, aku ni hantu ke.Pada masa yang sama, hafez azfar yang kelihatan gembira mengusik pika sebentar tadi mengangkat kayu hokinya dan terus berlalu.

“kak atien.. tengok diorang ni, suka-suka kata dekat pika” rungut pika pada aku. Aku hanya tersenyum pada mereka.

“kau orang ni tak mandi-mandi lagi, ish..apa nak jadi.” Sengaja aku ingin mengusik mereka.

“kau tu entah-entah tukar baju je kot.” Ujar adi padaku sambil disokong oleh naim dan nazir yang turut berada disitu. Tidak lain, nak kata aku tak mandi lagi la tu. Walaupun kerbau, mandi tetap mandi.

” kaki kau..” ujar naim tiba-tiba. Namun belum sempat naim menghabiskan ayatnya,aku terus menarik atie dan pika.

“pergi mandi la budak-budak” jerit aku setelah berlalu beberapa langkah.

“kak atien tadi kak amalina cari” ujar atie ketika kami sedang berjalan.aku hanya membiarkan kata-katanya.* huh, mesti tidak ada hal lain punya kak lina cari aku.
Apa dia ingat aku ni ‘posman’ dia ke,tak ada masa aku nak jadi ‘posman karat’ dia dengan hafez azfar. Hafez ni pun satu,kenapalah hensem sangat.Setiap kali lihat muka dia, pasti aku rasa macam nak gila.

Tapi apa yang aku muyskil sekarang, kenapa tiba-tiba dia berubah. Semenjak aku masuk sekolah ni..tak pernah dia nak tegur aku,pandang pun susah.kenapa tidak macam dulu.
Mungkin aku tidak layak, entahlah..tapi aku rasa tak salah kalau aku minat pada dia.

———-

Aku menyapu minyak angin yang diberikan fizah sebentar tadi pada kakiku. Aduh, pedih..sakit..aku menggosok-gosok perlahan tulang keringku yang sudah kelihatan lebam dek penangan kayu hoki si ‘bertuah’ tu. Cikgu rahman pun satu, gemar mengarahkan team perempuan lawan dengan lelaki.mana adil.
Mataku tiba tertanggkap bungkusan yang berada didalam almari ku.
*ya Allah.. macam mana aku boleh lupa nak bagi dekat dia. Mama pun satu, suka pesan aku bagi macam-macam pada hafez. Siapa anak dia sekarang,aku atau hafez.Sikit-sikit abang chik. Huh, malas aku nak fikir. Tapi yang malas itu jugak yang selalu aku fikir
.
“sakit sangat ke?” tiba-tiba atie menyergah aku.

Mati terus khayalan aku terhadap lelaki pujaan aku seorang itu.

————-
bersambung~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: