Cerpen : Demi Waktu Aku Untukmu

Nurul Aini Bakar
eyenie105@yahoo.com

Pandangan mata indah dijamu pemandangan sekitar KLCC, mengagumkan sekali! Disini segalanya bermula. Mimpi, harapan, impian dan… Cinta! Adakah semua itu akan berakhir disini? Demi waktu yang akan menjawabnya kelak; berusaha Nurul!
Nurul kembali ke bumi setelah fikiran dan matanya terbang tinggi menikmati kehalusan senibina agung Kuala Lumpur City Center. Hiruk-pikuk sekitarnya mengetuk ruang dengar. Melodi hidup warga metropolitan yang bergelut untuk terus hidup. Pandangan Nurul beralih pada kotak merah jambu yang erat dalam pautan tangannya. Pergelutan hidup aku baru sahaja bermula. Apa yang perlu aku buat? Berlawan atau menyerah?
“Nurul, maaf Kal lambat!” Suara seseorang mematikan lamunan Nurul. Wajah tuan punya suara itu redup sekali. Dalam mengahnya yang berkejar ke sini, senyuman masih setia di bibir. Haikal melabuhkan punggungnya pada palang penghalang jambatan itu. Di sinilah tempat perjumpaan rasmi mereka, berdepan dengan menara berkembar KLCC yang menjadi saksi mereka bertemu buat pertama kalinya, saksi kepada impian-impian yang mereka lafazkan ketika mengulangkaji pelajaran untuk SPM yang menjadi medan tempur mereka dahulu.
“I heard the good news. Tahniah!” Nurul memulakan bicara. Matanya melekat ke bawah, tiada kekuatan untuk bersemuka dengan Haikal.
“Hei! Kan Kal dah kata Kal tak akan pergi kalau Nurul tak dapat. I’m not going.“ Bersungguh pemuda itu meyakinkan buah hatinya. Tak mungkin dia meninggalkan Nurul di sini sedangkan dia nun jauh di Ireland melanjutkan pelajaran.

‘Maafkan mak cik Nurul. Bukan maksud mak cik nak Nurul dan Haikal berpisah. Kamu berdua masih muda, perjalanan masih jauh lagi. Peluang malanjutkan pelajaran ke Ireland bukannya datang banyak kali. Mungkin bukan rezeki Nurul tidak dapat biasiswa JPA tu. Tapi mak cik tak mahu Haikal melepaskan peluang ini. Dia tak mahu terima biasiswa itu sebab dia tak mahu berenggang dengan kamu. Mak cik harap Nurul boleh nasihatkan Haikal ya! Lagipun kamu berdua masih mentah, belum tentu lagi perhubungan ini. Mak cik mahu kedua-dua kamu dan Haikal fikirkan masa depan dahulu. Kalau ada jodoh tak ke mana, bukan? Masa masih panjang lagi dan mungkin kamu akan berjumpa dengan orang lain yang lebih baik dan sesuai untuk diri masing-masing. Mak cik ni bercakap sebagai orang tua yang punya banyak pengalaman hidup. Mak cik mahu Nurul fikirkan sedalamnya, betul tak apa yang mak cik cakapkan ni?’ Terngiang luahan hati mak cik Husna di gegendang telinga Nurul. Tiada yang salah pada kata-kata itu. Ucap rasa seorang ibu yang tidak mahu anaknya membuat keputusan tidak matang.

“Nurul, Nurul!” Haikal melambai tangannya di hadapan gadis itu.
“Nah!” Nurul menghulurkan kotak merah jambu yang berada di pangkuannya sejak tadi. Raut wajahnya berkerut, gusar akan reaksi yang bakal diterimanya daripada Haikal.
“Apa ni? Kal bagi Nurul gelang tangan ni! Kenapa bagi Kal pula?” Haikal keliru. Kotak comel itu dibuka, diperhatikan isinya. Gelang tangan perak yang tertulis ‘Aku untukmu – Haikal’. Gelang yang ditempah khas olehnya sempena hari jadi Nurul sebulan yang lepas.
“Nurul nak Kal pergi!” Nurul serius.
“Apa maksud Nurul? Kita dah janji kan?” Haikal semakin bingung. Dia inginkan penjelasan.
“Oh come on Haikal! Tak kan Kal ambil serius janji-janji tu. Itu janji budak-budaklah.” Nurul sedaya upaya mengetengahkan realiti kepada Haikal.
“Yes, I do! Apa ni? Haikal ingat Nurul sayangkan Haikal? Apa ni?” Baran Haikal tercetus. Kotak merah jambu itu disua semula kepada Nurul.
“I returning it back to you! Nurul nak kita tumpukan pada pelajaran masing-masing. Haikal patut pergi ke Ireland! Haikal mesti pergi! This is a good opportunity for you.” Nurul meluahkan segalanya.
“O.K. I go! Tapi kenapa pulangkan gelang ni?” Haikal bengang. Tidak mungkin Nurul inginkan perpisahan dengannya.
“Tolonglah Haikal. Ini cinta monyet O.K.! Cinta yang tak matang. Nurul tahu Haikal sedar akan hakikat itu kan? Perjalanan kita masih jauh. Haikal akan jumpa ramai lagi perempuan kat luar sana. Begitu juga Nurul. Jangan jadi bodohlah.” Nurul sedikit keras. Realiti sememang tidak selalunya indah.
“No, you are right! Kal memang bodoh. Jadi semua ini palsu? Cinta monyet? Ni, gelang ni, Nurul ingat gelang ni palsu? Haikal berhempas pulas kerja untuk tempah khas gelang ni untuk Nurul. Nurul fikir itu palsu? Kalau Nurul tak mahu gelang ini, apa yang buat Nurul fikir Haikal akan simpan benda ni lagi?” Haikal marak dengan emosinya. Kotak ditangannya itu dibuang jauh dan jatuh ke dalam terusan di bawah jambatan tersebut.
“This is all bull shit! I can’t believe this is happening.” Tinggi nada suara Haikal. Dalam amarahnya jatuh titis mutiara kesedihan.
Termangu di situ Nurul membiarkan Haikal berlalu pergi tanpa sepatah kata darinya. Matanya menangkap kotak merah jambu yang bergerak perlahan dibawa arus terusan di bawahnya. Jika benar itu semua Haikal, aku memang untukmu! Tetapi bukan sekarang, jika ada jodoh tak ke mana. Cecair panas mengalir ke pipi Nurul, dibiarkan mutiara itu jatuh membasuh pergi semua kepedihannya.

‘Perarakan keluar para graduan daripada dewan akan berlangsung sekarang’ Pengumunan itu bergema kuat di sekitar kampus. Meriah sekali Pesta Konvokesyen kali ini. Lebih-lebih lagi apabila Ijazah sudah selamat berada di genggaman. Nurul ceria, segala penat lelah usahanya belajar selama ini sudahpun berbayar. Membetul-betulkan jubah dan topinya, Nurul melangkah yakin mengikuti perbarisan yang bergerak ke luar dewan.
Tiba di luar dewan itu, perarakan disambut dengan ucapan tahniah dan sorakan ahli keluarga graduan. Sejambak bunga muncul di depan Nurul. Tatkala itu perarakkan sudahpun bersurai, graduan membawa hala masing-masing bagi meraikan kemenangan mereka.
“Terima kasih mak, ayah!” Ciuman daripada kedua orang tuanya hinggap ke pipi Nurul. Saat yang dinantinya akhirnya tiba, melihat senyuman bangga mak dan ayah terhadap pencapaiannya.
“Mana angah dengan adik?” Soal Nurul apabila melihat ketiadaan kelibat kedua-dua adiknya.
“Kak Long, kak long!” Jerit suara Melissa dalam sesak lautan manusia itu kedengaran. Nurul terpusing-pusing mencari tuan punya suara itu. Melissa muncul tiba-tiba di depannya diikuti Faizal di belakang.
“Adik! Cuba jangan jerit-jerit. Buat malu betul.” Nurul menasihati adiknya. Melissa tercungap-cungap mengambil nafas. Faizal pula tersengih-sengih.
“Kenapa tersengih-sengih macam kerang busuk ni angah?” Nurul menegur. Hassan dan Fauziah sekadar menggeleng melihat telatah ketiga-tiga anak mereka itu.
“Nah!” Melissa menghulur sehelai kertas kepada Nurul. Nurul mengambilnya, Hassan dan Fauziah pula menghimpit anak sulong mereka itu mahu berkongsi maklumat yang tertulis di atasnya.
“Haaaaaaaaa! Siapa bagi kertas ni dekat adik?” Panjang lopong Nurul. Matanya terbeliak bagai tidak percaya isi kandungan kertas itu. Hassan, Fauziah dan Faizal sudah pecah gelak.
“Ada abang hensem tadi edarkan kertas ni dekat orang ramai dekat pesta konvo tadi.” Jawab Melissa selamba. Dia juga menahan tawa melihat muka Nurul yang mula memucat.
“Nurul, Nurul!” Beberapa rakan Nurul memanggil namanya. Suara mereka cemas, mengerumuni Nurul dengan tangan masing-masing memegang helaian kertas yang sama. Diperhatikan betul-betul kertas tersebut. Wajahnya yang tersenyum menampakkan barisan gigi yang comot dengan coklat. Gambar kandid yang diambil sewaktu perkhemahan Fakulti Sains dan Teknologi tahun lepas terpampang jelas di tengah-tengah kertas itu. Di bawah tertulis; Kepada sesiapa yang mengenali gadis ini, NURUL HUDA HASSAN, sila beritahu dia bahawa seseorang menunggunya di Dewan Sri Bestari pada pukul 1.00 petang ini.
“Kelakarlah Nurul. Ni gambar kita pergi camping dulukan!”
“Boleh tahan, tapi kau nampak gemuk sikitlah Nurul dalam gambar ni.”
“Apa lagi Nurul? Jomlah pergi Dewan Sri Bestari sekarang. Kejap lagi pukul 1.00.”
Komen-komen dan reaksi kawan-kawannya cukup melemaskan Nurul. Arghhh! Orang bodoh mana yang buat kerja tak siuman ni! Hatinya memberontak, bengang. Dia mendapatkan semula Melissa yang sedang menerangkan sesuatu kepada Hassan dan Fauziah.
“Adik! Cakap betul-betul dengan kak long, adik kenal tak dengan orang yang edarkan kertas ni?” Nurul serius menyoal.
“Dia kata dia kawan lama kak long. Muka dia macam adik pernah tengoklah. Tapi di mana ya?” Melissa menjawab bersungguh.
“Apa susah kak long, pergi jelah Dewan Sri Bestari tu. Orang tu mesti ada dekat sana.” Faizal memberikan pandangannya.
“Pergilah long, mak dengan ayah tunggu dekat sini. Pusing-pusing dekat pesta konvo tu. Hal orang muda, tak akan mak dengan ayah nak campur kot.” Senyum Fauziah pada anak sulongnya itu. Kemudian berlalu pergi bersama Hassan yang masih lagi bersisa sengih.
“Apa lagi Nurul? Mak dengan ayah kau dah bagi green light tu. Jom pergi Dewan Sri Bestari” Nadia, kawan karib Nurul menarik tangannya menghala ke Dewan Sri Bestari. Membontoti mereka adalah segerombolan rakan-rakan Nurul yang lain. Masing-masing tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan drama yang bakal berlangsung. Nurul kusut. Dia melangkah, sekadar menuruti rentak kaki Nadia. Hish! Dah buang tebiat ke mak dengan ayah ni. Macam tak kisah je, anak dia dimalukan macam ni. Waaaa! Rosak hari bahagia aku.
Setiba di Dewan Sri Bestari itu, tempat duduk sudah penuh diduduki pelajar-pelajar. Semakin pucat muka Nurul dibuatnya dek suasana itu. Diorang ni datang nak tengok wayang ke? Pelajar-pelajar yang lain teruja dengan kehadiran Nurul.
“Hai Nurul! Assalamualaikum.” Suara yang amat dikenali Nurul bergema di dalam dewan itu. Kemudian muncul seseorang yang amat dikenali Nurul daripada lautan manusia itu. Wajah redup yang amat dirinduinya itu tersenyum manis. Haikal?
“Waalaikumsalam.” Mikrofon yang diberi Nadia kepadanya diambil Nurul. Agak kasar jawapannya.
“Garangnya! Marah ke? O.K. Kal tahu Nurul keliru sekarang ni. Nurul tak faham kenapa Kal buat semua ni kan? The rule is let me finish all that I need to say and then it will be your turn. Setuju tak?” Haikal tersenyum bertanya. Tanpa sempat Nurul berkata apa-apa, dewan tu gegak gempita dengan jawapan SETUJU!!!. Nurul buat muka. Tak setuju!
“Lima tahun lepas aku terluka kerana seorang gadis. Gadis pertama yang berjaya mencuri hatiku. Orangnya ceria, cantik dan sangat realistik. Ciri yang tiada padaku ketika itu. Mungkin kerana ketidakmatanganku sendiri atau mungkin kerana aku terlalu cintakannya… Dia menentukan perpisahan kami. Tanpa khabar berita, dia mengelak daripada diri ini. Buat satu ketika aku putus asa, dan mencuba nasihatnya yang mengatakan ramai lagi perempuan lain yang akan mengetuk pintu hati ini. Kegagalan demi kegagalan dalam cinta cukup mematangkan. Aku terfikir mengenai si dia dengan lelaki-lelaki yang muncul dalam hidupnya selepasku. Melalui internet, pencarian bermula. Terima kasih buat Nadia, Melissa dan Faizal yang sudi membantu, aku tahu si dia bagai pungguk merindu. Menjadikan buku dan pelajaran sebagai teman. Hati tertanya-tanya mengapa ini berlaku? Adakah si dia menunggu aku? Ingin menuntut janji-janji yang pernah terlafaz dulu? Boleh Nurul jawab persoalan Haikal itu?” Haikal meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya selama ini. Langkah diatur satu-persatu mendekati gadis pujaannya itu. Dewan sunyi menunggu jawapan daripada Nurul. Air matanya menitis mengenangkan peristiwa dulu.
“Apa yang boleh Nurul lakukan apabila seorang ibu merayu supaya Nurul melepaskan anaknya. Tak mungkin Nurul akan meragut peluang keemasan orang yang paling Nurul sayang… Cinta memang bodoh! Kita melepaskan orang itu pergi tetapi merana sendiri kerana hati ini sudah dibawa pergi. Macam mana nak mulakan percintaan baru apabila asyik teringat janji-janji manis percintaan dulu. Percintaan yang secara zahir tidak pernah terputus. Panggilan-panggilan mak cik Husna yang menyampaikan berita-berita terbaru, bagai menyatakan cinta itu masih boleh bersatu. Nurul tak pasti adakah itu cinta monyet? Nurul tak pasti adakah semuanya palsu?” Nurul emosi. Terbayang di kepalanya apabila hari-hari perit yang pernah dilaluinya. Hidup dalam kerinduan yang mengatakan mungkin mimpi, harapan, impian dan cinta itu akan menjadi realiti.
“Jawapan itu membuktikan segalanya. Nurul Huda, Haikal di sini menuntut janji. Janji demi waktu aku untukmu.” Haikal serius, memandang tepat ke mata Nurul dan melutut. Dari koceknya dikeluarkan sebuah kotak merah jambu berisi gelang yang tertulis ‘Aku untukmu – Haikal’. Nurul terlopong.
“Eh, Kal dah campak kotak ni dalam terusan dulu kan?” Nurul hairan.
“Yes! Tapi Haikal ambil balik, membazir je. RM 50 Haikal beli ni! Haikal cuba cari tuan punya yang baru untuk gelang ni. Tapi tiada siapa yang boleh gantikan Nurul. Jadi, Nurul Huda Hassan sudikah tuan puteri menjadi suri hidupku?” Haikal selamba, disambut sorak satu dewan. Manakala Nurul melopong buat sekian kalinya. Biar betul!
“No!” Jawab Nurul ringkas membuatkan dewan itu sunyi serta merta.
“Kecuali kalau Haikal tempah semula gelang ni guna emas. Yang ini palsulah.” Seloroh Nurul, dia mengambil gelang itu daripada tangan Haikal dan disarungkannya, tersenyum sengih. Haikal bingkas, menarik hidung Nurul, tersenyum gembira.
Mimpi, harapan, impian dan… Cinta, semuanya boleh menjadi realiti dengan syarat kita tahu mana satu kepentingan yang perlu dilakukan dahulu. Demi waktu aku untukmu Haikal.
“Semuanya berjalan lancar. Kepada semua yang ada di dalam dewan ini, anda semua dijemput hadir ke majlis perkahwinan kami 2 minggu daripada sekarang. Sebab saya akan berlepas semula ke Ireland untuk menyambun pelajaran saya di peringkat Master dan membawa bersama buah hati saya ini!” Haikal merangkul pinggang Nurul dan membuat pengumuman penuh yakin. Nurul pula; What! Terlopong lagi.

2 Respons

  1. good ending… gaya bahasa okey tapi boleh dipertingkatkan. Mesej cerpen ni boleh dijadikan contoh buat remaja dlm membuat keputusan demi menentukan masa depan…

  2. cite nie mcm ade dlm mjlh laaa…remaja kalu xsilap… xle same tp idea die sejibik… edarkn fmbr n name also cr dkt intrnet… bhs dh cun tp idea x ori laaaa…. sygggg….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: