Cerpen : Cinta Milik Siapa?

Evalinlooseinup
nurul_alhada@yahoo.com

Angin sepoi- sepoi bahasa bertiup. Waktu siang sudah hampir berlabuh apabila malam menjengah. Suasana di tepi pantai itu sangat tenang, setenang air di lautan. Jika siang tadi air laut pasang, kini air laut tenang tiada lagi ombak ganas. Kaki terus melangkah seolah tiada tujuan. Jiwa sesak memikirkan masa depan, sesekali hembusan nafas terlepas. Berat sungguh penderitaan ini, bolehkah masalah ini dipikul sendiri. Sesekali igauan lalu dating menghadirkan diri, tatkala diri ini masih lemah untuk berhadapan dengan dugaan lain.
Helaian rambut yang beralun, dibetulkan. Jika tahu dugaan sebegini akan melanda diri, sememangnya Hanna akan bersedia menghadapi. Tapi takdir Tuhan, tiada siapa yang dapat membantah. Kaki mahu melangkah lagi, tetapi terbatas apabila telingaku menangkap suara yang amat kukenali.
” Hanna! Nanti, jangan pergi!” satu suara dibelakangnya memanggil. Turutan nafasnya mula tidak keruan. Hanna tak sanggup lagi mendengar suara itu memanggil namanya. Baginya, cukuplah setakat ini, dia tak mampu lagi menghadapi dugaan. Kakinya terus melangkah walaupun namanya dipanggil berulang kali.
” Hanna! Kenapa perlu lari daripada masalah?” kata Yuzairee separuh menjerit. Kakinya tidak berdaya lagi untuk mengejar kekasih hatinya. Dia juga tidak mampu lagi berhadapan dengan dugaan yang semakin hari kian menghimpit dirinya. Sehingga suatu ketika dia hilang punca. Hanya Hanna satu- satunya tempat dia bergantung. Hubungan mereka suatu ketika dulu sangat baik, namun disangka panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Impian untuk berada disamping Hanna musnah bak kaca berderai apabila munculnya Dania yang mengaku ditiduri olehnya. Sememangnya dia tidak mengenali Dania, sehinggalah Dania muncul diambang kebahagiaannya dengan Hanna membawa berita yang dia seharusnya bertanggungjawab ke atas diri Dania.
Masalah datang bertimpa bak hujan batu. Sehingga keluarganya turut menanggung malu apabila berita ini digembar- gemburkan. Semuanya salah Dania. Dania umpama belati yang menghiris hatinya apabila melihat Hanna mula menjauhi dirinya. Sememangnya dia tidak bersalah. Hanna perlu diyakinkan bahawa semua ini hanya mainan Dania yang sememangnya mahu merosakkan hubungannya dengan Hanna.
Dania menghentikan langkahnya. Hatinya berkira- kira sama ada mahu menoleh ke belakang, memandang kekasihnya yang telah merobek kepercayaannya. Yuzairee telah pun melutut memandang pasir putih pantai. Hatinya sudah tidak mampu lagi menanggung sengsara. Jiwanya sudah sebak apabila memikirkan sekiranya Hanna meninggalkan dirinya.
” Dania…” Yuzairee tiada kekuatan, untuk menyebut nama satu- satunya pengarang jantungnya dia harus meraih segala kekuatan. Untuk menghadapi seorang diri dia tidak mampu. Dia mahu, dirinya dapat menyelesaikan masalah bersama- sama Dania. Dania menarik nafas dalam sebelum menoleh ke belakang. Kelihatan Yuzairee sudah terhinjut- hinjut bahunya menahan gelodak jiwa. Rasa bersalah mula singgah di hatinya, tidak sanggup dia melihat Yuzairee berkeadaan begitu. Kakinya mula menapak menghampiri Yuzairee. Dia turut berlutut menghadap wajah Yuzairee. Jiwanya terpaksa menerima hakikat, dirinya amat memerlukan kehadiran Yuzairee.
Jari jemarinya mengusap pipi Yuzairee yang basah dengan air mata. Jiwanya turut sebak melihat Yuzairee begitu. Yuzairee seolah tersedar dari mimpi. Matanya bertembung dengan mata Hanna. Jiwanya bertambah sebak apabila melihat riak wajah Hanna yang turut keruh.
” Hanna…jangan tinggalkan Ery!” kepalanya digeleng berulang kali, dia tidak mahu kehilangan Hanna. Yuzairee pantas menggenggam erat jari jemari Hanna. Dia tidak mahu melepaskan Hanna. Hanna hanya mampu memerhatikan Yuzairee dengan pandangan berbalam. Hatinya kuat mengatakan Yuzairee tidak bersalah di dalam hal ini, namun fikirannya memikirkan yang sebaliknya. Dia harus membuat keputusan, sama ada meninggalkan Yuzairee ataupun mengecap kebahagiaan yang diimpikan bersama Yuzairee. Ya, dia harus membuat keputusan, tidak kira apa lagi halangan yang bakal muncul di hadapan, dia akan tetap kuat menghadapinya bersama Yuzairee. Masalah ini harus diselesaikan bersama. Dengan berbekalkan semangat yang hampir pupus, Hanna mahu masalah ini diselesaikan dengan segera.
” Ery…” kata Hanna setelah lama berdiam diri. Ery memandang tepat wajah Hanna.
” Ya…”
” Ery…Ery sayang Hanna tak?” Hanna menggenggam erat jari jemari milik Yuzairee. Dia yakin dengan keputusannya. Dengan pantas Yuzairee menggangguk. Tiada langsung riak sangsi untuk mengaku betapa dia amat menyayangi Hanna.
” Kalau Ery sayang Hanna, kita selesaikan masalah bersama. Hanna tau Ery tak bersalah dalam hal ni…” belum sempat Hanna mahu menghabiskan kata- katanya, Yuzairee pantas memotong.
” Tapi kenapa tak dari dulu? Kenapa Hanna mengelak bila Ery nak jelaskan perkara ni? Kenapa biarkan Ery hadapi seorang diri? Ery tak bersalah dalam hal ni. Dania tu yang buat cerita,” katanya meluahan segala yang terbuku di hatinya. Hanna tertunduk. Segala kata- kata Yuzairee benar. Sememangnya dia terkejut apabila menerima Dania membawa berita, Yuzairee harus bertanggungjawab ke atas dirinya. Waktu itu Hanna tidak dapat berfikir dengan rasional. Apa yang dia nampak waktu itu, kejujuran Yuzairee hanyalah pura- pura. Namun kini dia pasti, Yuzairee tidak bersalah.
” Hanna mintak maaf. Waktu tu, Hanna tak dapat nak fikir betul- betul. Maafkan Hanna sebab ragu- ragu dengan kejujuran Ery. I’m sorry…” kata Hanna sambil mengusap pipi Yuzairee.
” Sekarang kita kena sama- sama berdepan dengan Dania. Tak ada sesiapa yang boleh haling hubungan kita!” kata Hanna tegas. Yuzairee tertunduk. Dia tidak yakin dia mampu untuk menghadapinya lagi.
” Ery tak yakin…Ery…” suaranya tersekat- sekat menahan gelodak jiwa.
” Kenapa Ery cakap macam tu?” kata Hanna sambil memanggung kepala Yuzairee.
” Ery dah cuba macam- macam nak yakinkan Dania. Tapi dia tetap tak nak lepaskan Ery. Dia suruh Ery bertanggungjawab dalam hal ni. Keluarga dia pun mendesak. Ery dah tak sanggup nak berdepan lagi. Keluarga Ery dah hilang kepercayaan…apatah lagi Hanna,” kata Yuzairee. Kebelakangan ini jiwanya kacau dengan masalah ini. Dania sememangnya gadis yang tidak bertanggungjawab. Sanggup merosakkan hubungan seseorang.
” Kalau Ery dah tak sanggup, biar Hanna yang pergi jumpa dia!” kata Hanna tegas.
” Tapi…”
” Tak ada tapi- tapi. Hanna silap sebab biarkan Ery menghadap seorang diri. Biar Hanna yang jumpa dia. Selama ni Hanna ambil sikap berdiam diri, tapi dia pulak semakin besar kepala. Biar Hanna perbetulkan keadaan ni!” Hanna pantas berdiri. Kebahagiaannya harus kembali direntap daripada Dania.
” Hanna! Jangan bertindak melulu!” kata Yuzairee turut berdiri. Dia tidak sanggup sekiranya Hanna menerima sindiran daripada Dania umpama belati tajam. Tangannya pantas merentap lengan Dania. ” Jangan!” kata Yuzairee memohon pengertian.
” Ery, kalau Ery sayangkan Hanna…Lepaskan Hanna!” Yuzairee berbelah bagi. Hanna sememangnya bijak memanipulasi keadaan. Dengan berat hati, Yuzairee melonggarkan pegangannya.
” Apa- apa telefon Ery!” Hanna membalas dengan senyuman.
” Awak dan saya perlu berbincang!” Hanna tegas menyuarakan tujuannya. Dania memandang sinis gadis di hadapannya. Gadis tinggi lampai, berkulit cerah dan bermata galak ini serius memandangnya. Setahu Dania, inilah gadis yang menawan hati Yuzairee.
Namun apa yang dia tau, Yuzairee miliknya.
” Nak bincang apa lagi, dah jelas sekarang Ery milik saya!” kata Dania sambil menyilang kakinya. Terselak skirt pendek yang dipakainya sehingga menampakkan betisnya. Hanna beristighfar di dalam hati. Kurang sopan!
” Itu kata awak! Tapi hakikatnya…he’s mine!” kata Hanna tegas menuntut haknya. Walaupun dia dan Yuzairee belum ada apa- apa ikatan, sekadar pasangan kekasih, tapi dia yakin Yuzairee miliknya dan begitulah sebaliknya.
” I think, you are the most stupid girl that I ever known! Awak dah tau kan, yang dia…” Dania mula melancarkan serangan dengan perangkapnya. Hanna tersenyum sinis.
” Itu kata awak, tapi tidak bagi Ery! Awak ni terdesak sangat ke? Sampai sanggup nak rampas kekasih orang lain, ataupun…awak memang dah tak laku?” Hanna bermain- main dengan straw sambil memandang sinis. Dania berasa terpukul dengan kata- kata Hanna.
” Hey, Ery tu milik saya! Milik saya!” Dania menghentak meja. Hanna langsung tidak berasa tergugat. Dia pasti, sangat pasti, Yuzairee hanya miliknya.
” Huh, awak betul- betul pasti ke?” Hanna sengaja menekankan ‘pasti’ supaya Dania sedar jangan menaruh harapan terlalu tinggi. Terkebil- kebil Dania memandang Hanna. Peluh mula merenik. Hanna bukan seperti yang disangka.
” Selama ni, saya cuma berdiam diri. Tapi awak dah besar kepala!” kata Hanna sinis, serentak dia berdiri.
” Tapi Ery milik saya! Bukan awak!” kata Dania separuh menjerit. Dia betul- betul sayangkan Yuzairee. Entah kenapa hatinya telah terpaut dengan Yuzairee tatkala mereka bertembung di pusat membeli- belah. Perwatakan Yuzairee yang comel dan bersahaja memikat hatinya.
” Jangan terlalu mengharap, takut kecewa! Assalamualaikum,” kata Hanna mengundurkan diri. Belum sempat beberapa langkah, Dania berkata sesuatu menyebabkan Hanna berhenti melangkah.
” Baik, kita tengok siapa yang layak untuk Ery!” Hanna menoleh.
” Sure!” Hanna mula melangkah meninggalkan Dania yang terkulat- kulat. Dania mula memasang dendam. Yuzairee tidak seharusnya terlepas ke tangan Hanna. Sekiranya dia tidak dapat memiliki Yuzairee, begitu juga dengan Hanna. Senyuman sinis terukir dibibirnya.

Hanna dan Yuzairee berpimpin tangan menyusuri bibir pantai. Di sinilah selalunya mereka menghabiskan masa bersama. Sejak Hanna bertemu dengan Dania, kelibat Dania sudah tidak kelihatan. Mungkin Dania sedar dia tidak sepatutnya mengganggu hubungan mereka.
” Awak kata apa kat Dania, sampai dia dah tak ganggu saya lagi?” tanya Yuzairee sambil tersenyum. Hanna menyembunyikan senyumannya. Namun Yuzairee dapat melihat senyuman yang cuba disembunyikan Hanna.
” Biarlah benda ni berlalu. Jangan difikirkan lagi!” kata Hanna sambil mencubit pipi Yuzairee. Mereka menyusuri bibir pantai. Waktu pun sudah hampir malam. Sebentar lagi bintang- bintang dan bulan akan menghiasi dada langit.
” Jom balik, hari dah nak malam ni,’” kata Hanna.
” Okey!” mereka berdua menuju ke kereta Satria Neo Yuzairee yang telah diparkir di bawah pokok ru. Angin sepoi- sepoi bahasa sungguh nyaman. Tersenyum mereka berdua mengukir angan- angan.
” Hanna!” kata Yuzairee sebelum masuk ke perut kereta. Hanna memandangnya penuh tanda tanya.
” Yup,” kata Hanna sambil menghadiahkan senyuman paling manis.
” Awak milik saya, dan saya milik awak!” kata Yuzairee dalam maksudnya. Hanna tertunduk malu, seketika kemudian dia menghadiahkan flying kiss. Yuzairee ‘menangkap’ lalu dibenamkan ke dalam hatinya.
” Yes and always, saranghae!” kata Hanna sambil mengucap kata cinta dalam bahasa Korea. Belum sempat mereka berdua memboloskan diri ke dalam perut kereta, mereka terdengar ranting pokok yang patah. Mereka berdua menoleh ke belakang, kelihatan satu baying- baying dibalik pokok ru dibelakang mereka.
” Ery, apa tu?” kata Hanna mula tidak sedap hati. Dia dapat merasakan sesuatu akan terjadi.
” Entah…” Yuzairee kurang pasti. Tiba- tiba sekujur tubuh menjengah dari balik pokok ru. Mereka berdua terkesima. Kelihatan Dania tersenyum sinis memandang mereka. Seketika kemudian dia ketawa sambil mengacukan pistol ke arah mereka berdua. Yuzairee terus berlari ke arah Hanna. Sebelum terjadi sesuatu ke arah Hanna, biarlah dia yang bertanggungjawab melindungi Hanna.
” Jangan mimpilah korang nak bahagia! Ery! Kau kan tau aku sayangkan kau, kenapa kau buat aku macam ni? Aku tak cukup baik ke jika nak dibandingkan dengan Hanna. Apa kurangnya aku?” Dania mula melangkah menghampiri mereka. Yuzairee mendepangkan tangannya, cuba melindungi Hanna. Keadaan di situ agak gelap, kerana malam sudah melabukan tirainya. Sesiapa pun tidak perasan akan keadaan ini. Jumlah pengunjung pun semakin kurang.
” Dania, awak perlukan bantuan. Letak pistol tu!” Yuzairee cuba menenangkan Dania yang kelihatan seperti orang gila. Perwatakannya juga kusut masai.
” Tak…saya okey. Ery, saya sayangkan awak. Kenapa awak layan saya macam ni?!” Dania mula berubah rentak. Sebentar tadi dia kelihatan tenang, sekarang dia mula bengis. Pistol di tangannya bila- bila akan meledak melepaskan tembakan. Tangannya kembali mengacukan pistol, kali ini ke arah Hanna.
” Kerana kau lah, Ery benci aku! Sebab kau lah, Ery lari daripada aku! Kau tau tak Ery tu milik aku!!!” tanpa memikirkan apa- apa, Dania melepaskan tembakan. Berterbangan burung- burung yang sedang berehat di dahan pokok.
” Hanna!!!” jerit Yuzairee sambil memangku tubuh Hanna yang rebah. Tembakan tersebut tepat mengena dada Hanna. Darah membuak- buak mengalir keluar dari tubuh Hanna. Dania ketawa kuat, seoalah suka dengan darah yang mengalir dari tubuh Hanna.
” Padan muka!” Yuzairee memandang tajam ke arah Dania.
” Awak memang melampau!” Yuzairee terus menerpa ke arah Dania, cuba merampas pistol di tangan Dania. Berlaku pergelutan antara mereka berdua.
” Ery, awak milik saya! Haha!” kata Dania separuh ketawa.
” Saya takkan jadi milik sesiapa kecuali Hanna!” serentak itu kedengaran satu tembakan lagi dilepaskan. Mereka berdua terkesima. Terkebil- kebil Dania memandang Yuzairee yang melurut jatuh. Tembakan tersebut tepat mengena perut Yuzairee. Dania terkejut, pistol di tangan dipandang dengan perasaan berbaur.
Yuzairee masih ada kudrat untuk merangkak menghampiri Hanna yang teresak- esak menarik nafas. Tangan Hanna digenggam erat.
” Ery…” pegangan mereka mula longgar. Hanna menghembuskan nafsnya yang terakhir. Yuzairee memandang dengan pandangan berbalam. Pandangan mula kabur, pautannya turut longgar.
” Hanna…” darah merah pekat keluar dari mulut Yuzairee sebelum Yuzairee turut menghembuskan nafas terakhir sambil tangannya masih digenggaman Hanna. Dania memandang dua tubuh yang sudah tidak bernyawa itu. Seketika kemudian, Dania ketawa tanpa memikirkan apa- apa. Pistol ditangan diacukan ke kepala, kemudian dia memetik picu. Bergema bunyi tembakan yang menamatkan riwayat Dania.
Cinta mereka tidak kesampaian apabila Dania dengan senang merampas nyawa mereka. Akhirnya cinta mereka terkubur begitu saja, tanpa ada sedikit pun kebahagiaan dihujungnya. Wajarkah cinta mereka dirampas begitu, tanpa kerelaan mereka?

3 Respons

  1. cite ok laaa… tp apekes amek tndkn yg xrasional lgsg… tlalu tggi la berimaginasi….

  2. harap lain kali penulis check nama btol2…ni skejap hanna skjap dania..x logik pon ade jgk cte ni..huhu

  3. Oo..tima kasih ats komen yg diberi..Ini percubaab pertama tulis cerpen…Apapun nanti sy akn try wat lebih elok! Tima kasih bnyk ats komen!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: